fcr tilapia 1.5, paling tinggi 1.7, tempoh ternakan terpulang, kalau nak buat gred C, 3 - 4 bulan dah ok. kalau nak gred A, 6 bulan, harga ikut gred dalam lingkungan RM 4.8 hingga RM 9.50. perlu pengudaraan , paling baik guna kolam tanah, cepat besar, kalau tangki mau sampai setahun lebih. masalah terbesar sekarang ialah penyakit, sebab tu bekalan ikan besar kurang sebab ramai yang bungkus sebab ikan mati, berpenyakit. buat ikan ni poket kena tebal. makanan tak bley tahan. kalau survival rate tinggi, memang untung , kalau tak, memang bungkus.
Ha tu dia, otai bahagian akuakultur dah mai...
Pendapat aku jer: bagi aku bidang penternakan tidak menjanjikan pulangan yang lumayan berbanding dengan lain2 bidang.
Bidang akuakultur ni bukan satu bidang yang baru, ianya telah lama di negara kita..
Cuba kita lihat ada tak jutawan yang berada dalam bidang ini, eg, ada tak jutawan ikan keli, jutawan ikan tilapia, dsbnya
tak termasuk jutawan skim penipuan penternakan ikan keli, or ketam,
dan kita lihat juga berapa ramai jutawan dalam bidang lain eg, hartanah, telekomunikasi, komputer, MLM, dsbnya..
Kebanyakan yang terlibat dalam bidang ini sekadar cukup makan jer.. dan selalu mengharapkan bantuan dan subsidi gomen plak tu..
kalu ok sikit mereka yang terlibat dalam penternakan ikan marin (siakap/kerapu/udang) serta pengeluaran benih ikan, dan ikan hiasan jer, kalu ikan air tawar nampak macam berat jer...
TAPI mengapa bangsa ***a tu buleh bertahan dan berjaya, kebanyakan mereka dapat sumber makanan ikan yang minima dan percuma eg, bangkai2 ayam dan b***...
Pernah suatu ketika beberapa tahun lepas masuk paper pasal keli dan patin b***... he he geli aku..
Aku bukan negatif tapi sekadar pandangan...
Just nak bela dan utk makan sendiri dan kalu lebih buleh jual tak apa, sebagai hobi yang menyeronok kan..
aku pun minat gak bela ikan ni, just sebagai hobi .
bela dalam kolam hiasan depan umah jer.. kalu tak ader lauk, tangkap jer, goreng pun sedap.., he he
Ha ha,, sekadar pendapat, jer..
