BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

DIPN Tonggak Baharu Perkasa Industri Pertahanan Negara - Mohamed Khaled

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,777
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,777
Reaction score
289
Points
146
410973aa6d6746685b607360b38dfbbf69704ee6ae97d

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berucap ketika menghadiri Majlis Peluncuran Dasar Industri Pertahanan Negara di MITEC hari ini.

Kerajaan hari ini melancarkan Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN), pelan strategik jangka panjang bagi mengurangkan kebergantungan Malaysia terhadap pihak luar dalam soal keselamatan dan pertahanan, serta membina industri pertahanan tempatan yang kendiri, lestari dan berdaya tahan.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata landskap keselamatan global yang semakin kompleks, rapuh dan tidak menentu menuntut Malaysia memperkukuh keupayaan pertahanannya  melalui pembangunan industri domestik yang kukuh dan berdaya saing.

“Adalah kerugian besar sekiranya peruntukan tinggi yang disalurkan kepada Kementerian Pertahanan setiap tahun tidak dimanfaatkan sepenuhnya untuk membangunkan industri pertahanan negara yang mampu berdiri atas keupayaan sendiri,” katanya ketika berucap pada majlis peluncuran DIPN di sini hari ini.

Peluncuran dasar itu disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan mencerminkan komitmen tertinggi kerajaan dalam memperkasa ekosistem industri pertahanan negara.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari dan Panglima Tentera Darat Jen Datuk Azhan Md Othman.

Mohamed Khalid berkata kejayaan DIPN bergantung kepada pembinaan ekosistem menyeluruh, merangkumi komitmen kerajaan, reformasi dasar perolehan pertahanan, pemindahan teknologi yang berkesan, serta pengukuhan penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Antara pembaharuan utama, penetapan kandungan tempatan minimum 30 peratus bagi setiap perolehan pertahanan, selain penegasan bahawa semua aktiviti penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) perlu dilaksanakan oleh syarikat tempatan, kecuali dalam tempoh jaminan yang hanya boleh dikendalikan oleh pengeluar peralatan asal (OEM).

“Mana-mana syarikat tempatan yang gagal berinovasi, meningkatkan kandungan tempatan atau mengurangkan kos, kontrak MRO mereka boleh ditamatkan kerana keutamaan kita adalah kepentingan negara,” katanya.

Dalam aspek pemindahan teknologi, Mohamed Khaled berkata Program Kolaborasi Industri (ICP) akan dilaksanakan secara lebih agresif dan bersasar, memberi penekanan hanya kepada syarikat tempatan yang berkeupayaan memanfaatkan teknologi dan menghasilkan produk bernilai tinggi.

 
Back
Top
Log in Register