BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Diperkosa dua lelaki dalam kereta bergerak selepas ditumpangkan

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146
3417794.webp

Kedua-dua suspek berjaya diberkas dalam tempoh 24 jam selepas mangsa tampil membuat laporan. - Foto Agensi

DEHRADUN - Seorang wanita berdepan detik hitam apabila dia diperkosa bergilir-gilir oleh dua lelaki di Uttarakhand, India ketika mahu ke tempat kerja pada Selasa lalu.

Dua suspek dikenali sebagai Rahul Das dan Furqan ditahan dalam tempoh 24 jam selepas mangsa membuat laporan.

"Siasatan awal mendapati pelaku menawarkan tumpangan kepada mangsa ke tempat kerja di kawasan perindustrian di daerah Udham Singh Nagar.

"Kedua-duanya menodai wanita itu dalam kereta yang masih bergerak. Dia kemudiannya ditinggalkan di kawasan berhampiran tempat kerjanya," kata jurucakap pihak berkuasa.

Menurutnya, kereta digunakan pelaku turut berjaya ditemui.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan. Kami menanti laporan forensik dan bukti lain untuk mengukuhkan lagi kes tersebut," jelasnya lagi. - Agensi

 
Back
Top
Log in Register