BTC USD 62,356.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dikejar Oleh Seekor Lembu

Print_Screen

Super Active Member
Messages
5,921
Joined
Nov 13, 2010
Messages
5,921
Reaction score
231
Points
73
KUALA LUMPUR – Seorang lelaki mengalami trauma apabila dirinya telah dikejar oleh seekor lembu ketika asyik mencari kayu api di salah sebuah kawasan felda terpencil di tengah-tengah ibu kota, awal pagi semalam.

Ketika ditanya mengenai kejadian itu, lelaki berusia 20-an yang enggan namanya didedahkan menunjukkan reaksi seakan-akan trauma, beliau turut menggelengkan kepala serta mengeluh apabila ditanya mengenai pengalamannya yang unik tetapi sedih itu.

“Beliau juga turut mendakwa bahawa ketika dikejar oleh lembu terbabit, beliau terserempak dengan seekor kuda yang sedang khusyuk meminum air serta menunjukkan reaksi seakan-akan "tidak ada sebarang tahi pun yang telah diberikan pada hari itu", katanya

Katanya, beliau akan mengadakan sidang akhbar di ibu pejabat polis yang berdekatan jam 2 pagi ini mengenai perkembangan selanjutnya tentang kes berkenaan.

Kejadian ini juga telah menyebabkan penduduk kampung terutamanya peneroka-peneroka felda berasa bimbang tentang keselamatan diri mereka. Mereka juga berharap agar pihak-pihak yang berwajib tampil bagi menyelesaikan permasalahan ini.

Sementara itu, polis menahan seekor lembu untuk membantu siasatan berhubung kejadian terbabit. Tahanan reman selama 4 hari akan dijalankan bermula hari ini terhadap lembu terbabit bagi siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Zimbabwe, ACP Jamal Jamali Jumaat ketika dihubungi oleh pihak kami tengahari ini, mengesahkan perkara tersebut.

Menurutnya, kes ini disiasat mengikut Seksyen 125, Kanun Keseksaan. Seksyen berkaitan kesalahan menyerang orang awam.
 
Lembu pun kena tahan reman?..nk soal siasat camne??
 
huhu di tgh2 ibu kota kawasan terpencil............tepi longkang ke?
 
nak ketawa ke tak ni?:-?:-?:-?
 
ada ke lembu yang ditahan reman, xder akal ke aper...lembu tu mmg xdk akal dh
 
Back
Top
Log in Register