BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Darurat: Mahkamah Tolak Rayuan Peguam, Kuasa Agong Tidak Boleh Dicabar

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
ad09e8b86e2b2da8f6bee97726b764185e3a411dec1cf


Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan seorang peguam yang mencabar keputusan Yang di-Pertuan Agong ketika itu Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kerana tidak bertindak atas nasihat Perdana Menteri untuk mengisytiharkan Darurat lima tahun lepas.

Panel tiga hakim dipengerusikan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Collin Lawrence Sequerah yang bersidang bersama Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Supang Lian dan Datuk Dr Alwi Abdul Wahab mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa kuasa Yang di-Pertuan Agong tidak boleh disemak oleh mahkamah.

Sequerah berkata Perkara 150(8) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa perkara tersebut tidak boleh dicabar atau dipersoalkan di mahkamah.

Beliau berkata peruntukan itu menghendaki Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa suatu darurat besar sedang berlaku dan hal puas hati tersebut “adalah muktamad dan konklusif serta tidak boleh dicabar atau dipersoalkan di mana-mana mahkamah atas apa jua alasan”.

Sequerah berkata terpulang kepada pihak eksekutif untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong sama ada terdapat situasi yang membolehkan pengisytiharan darurat dibuat.

Beliau berkata mahkamah tidak boleh menggunakan kuasa kehakiman dalam hal berkaitan keselamatan negara, sambil menambah bahawa perkara berkaitan dasar seperti keselamatan negara, hubungan luar, ketenteraman awam dan moral dianggap di luar bidang kepakaran badan kehakiman.

Pada 15 Feb 2024, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak saman pemula difailkan Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar, yang antara lain memohon mahkamah menentukan sama ada di bawah Perkara 40 dan 150 Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa untuk menolak pengisytiharan Darurat walaupun dinasihatkan untuk berbuat demikian oleh Perdana Menteri atau Jemaah Menteri.

Hakim Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh yang kini Ketua Hakim Negara dalam penghakimannya memutuskan Perkara 150(8) tidak bercanggah dengan struktur asas Perlembagaan Persekutuan dan tidak boleh dibatalkan di bawah Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan, yang menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak atas nasihat Kabinet.

Pada November 2020, Syed Iskandar memfailkan saman itu dengan menamakan Kerajaan Malaysia dan 10 lagi sebagai defendan.

 
Back
Top
Log in Register