combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Pegawai Pertama syarikat penerbangan AirAsia Bhuvanraj Rajasingam
Sejak kecil, setiap kali mengikut ayahnya seorang juruteknik pesawat di Airod Sdn Bhd ke tempat kerja, mata Bhuvanraj Rajasingam tidak pernah lepas daripada memandang pesawat yang berlepas dari landasan.
Bunyi ngauman enjin dan kelibat kapal terbang yang semakin mengecil membelah langit biru menyebabkan dirinya dalam diam menyimpan cita-cita menjadi juruterbang untuk mengemudi pesawat apabila dewasa.
Namun, laluan untuk duduk di kerusi kokpit tidak mudah dan Bhuvanraj, 32, berkata dirinya terpaksa mengharung pelbagai cabaran sebelum dapat menjadi Pegawai Pertama syarikat penerbangan AirAsia pada tahun ini.
“Pada mulanya saya berhasrat menjadi juruterbang, tetapi pada masa itu peluang agak terhad. Jadi, ayah menasihatkan saya untuk meneruskan pelajaran dalam bidang penyelenggaraan kapal terbang dahulu untuk memperkukuh asas dan pemahaman tentang pesawat,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Bermula dengan mengambil jurusan penyelenggaraan pesawat di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Shah Alam, Bhuvanraj membuktikan laluan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mampu membuka peluang kerjaya berperingkat sehingga ke tahap tertinggi dalam industri penerbangan.
Selepas menamatkan pengajian dan menerima lesen sah, Bhuvanraj berkhidmat sebagai Juruteknik Kapal Terbang di AirAsia selama lapan tahun sebelum menyertai Program Juruterbang Kadet syarikat itu pada 2023 untuk mengejar cita-cita asalnya.
Pendedahan awal tentang sistem pesawat serta pengalaman bekerja memudahkan dirinya melepasi lima peringkat ujian saringan sebelum diterima masuk ke program latihan juruterbang selama dua tahun.
“Berbeza dengan mereka (daripada Sijil Pelajaran Malaysia) yang masuk terus ke bidang juruterbang, mereka tidak tahu bagaimana kapal terbang berfungsi atau mengaktifkan sistem. Jadi mereka perlu belajar asas sistem dari awal.
Daripada Juruteknik Pesawat Kepada Juruterbang, TVET Buka Laluan Kerjaya Berperingkat
TVET, ADTEC, UniKL, alumni, penuntut