BTC USD 84,729.0 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dapatkan rm35k dlm setengah jam dari kredit kad anda

aku takut tajuk tt ni berubah jadi... "Dapatkan utang rm35k dlm setengah jam untuk kredit kad anda"

Dapatkan utang??mohon pencerahan sikit.
aku ada 3 kredit card..
credit limit semua 12krm setiap 1..
so 35krmx3 boleh ke..?hehe
 
buat biz biarlah telus....takyah na sembunyi2 atau nak kena jumpa dulu baru tau plan....

ini mmg teknik dan taktik yg sesetengah leader ajar...

knp malu utk bukak marketing plan terus terang? u hv to be proud of what u are doing coz u earn ur living from this biz....

kalau uptrend yg u nak promote....modal plg tggi hanya 3500....kalau 35k, means u dh mempromosikan sesuatu plan yg tak dibuat oleh sykt...

as one of uptrender yg mempromosikan plan tanpa sembunyi...dan mempromosikan produk bintang uptrend....me myself mmg tak suka cara marketing camni....dh ramai dr team unstoppable came to me dan luahkan rasa x puas hati sbb terperangkap....then bila join rasa frust but what can they do?

dulu...ayatnya...."letak modal dulu 3500 baru sy cerita plan....modal takde tak guna cerita plan.kalau tak ada modal, blk dulu...dh ada 3500 baru kita jumpa"

aduhai.....jgn smpi thread ni tercampak ke section scam

biasalah tu kak. dari ape yang aku nampak cara diorang ni, RM35k tu sekadar untuk KABURKAN mata orang yang PERLUKAN DUIT.

sebab tu tajuk thread pun "Dapatkan rm35k dlm setengah jam dari kredit kad anda". sebab orang yang terdesak perlukan duit confirm contact lahabau2 ni dengan segera.

ini adalah perniagaan Uptrend. tapi aku tak suka cara diorang meniaga sebegini rupa. nak selindung2. lepas tu agak2 customer tu macam tak de harapan nak letak duit untuk join, terus bagi ayat "kasar".

modal macam kak insyi cakap pun tak sampai RM4k. tapi kenapa guna kaedah guna CC buat RM35k?

sebab, pertama untuk orang yang nak duit tu, confirm2 dah bawak CC untuk apply RM35k tu. then dalam RM35k tu, aku rasa diorang mesti minta RM3k+ untuk modal join uptrend.

lepas tu, baki RM30k+ tu la yang orang2 baru lepas LULUS buat HUTANG RM35k tu amik gambar dengan DUIT HUTANG mereka. susun laaaa 1 meja penuh. bergambar kat atas katil laaa apaa laaa.

macam mane nak settle HUTANG RM35k tu nanti?? alah, senang je. buat macam "mr.email" ni buat la. guna ayat " Dapatkan rm35k dlm setengah jam dari kredit kad anda" kat semua orang.

bila ada orang contact nak tahu, set appointment, then jadikan customer tu sebagai LAUK HIDANGAN diorang pulak. secara tak langsung bila diorang guna CC untuk apply RM35k tu, diorang tu pun jadi network dia dalam uptrend.
 
BUMP!!!...Sapa ada kad krdt mau berubah blh kontek kalau tak ada kad krdt & tak mau berubah blh blah...jgn marah haa :D :D :D(saja kasi panas thread nie...#:-S #:-S #:-S)

ko ni langsung tak ada adab eh ? ko nak kasi panas thread ni ke?

dah tak tak respect langsung discussion dalam thread nih !

apa yang orang tanya ko buat dunno je?? macam ni ke cara ko meniaga untuk cari rezeki yang halal bro??

kalau setakat ko ni mata duitan tak kisah lagi bro. tapi ko ni teruk ko tau. semua orang tertunggu2 pencerahan dari ko. tapi ko buat tak tahu je.

macam gini gaya ko, aku betul2 simpati dengan downline2 ko. mesti ko buat tak reti je kat downline2 ko yang dalam kesusahankan??

ko nak aku panaskan lagi thread ni???

btw, aku ada jumpa 1 flyers ni. lagipun flyers ni dah tersebar luas kat internet ni. dah tengok flyers ni aku harap ko tak marah haaaa........
:D :D

* tak perlu la kut aku letak gambar flyers tu kat sini. kesian plak ko nanti tak boleh cari makan dengan cara ko meniaga macam gini rupa.*
 
Last edited:
ada macam2 cara plk skg ni.. sorang kawan aku pun dah hampir terjebak..
 
Minta MOD pindahkan thread ni ke suspicious scheme coz TT tidak menjawab soalan warga CG berkenaan loan yang ditawarkan. Thread ini tidak menjurus kepada perbincangan LOAN secara keseluruhanya. Lebih kepada mempromosi sesuatu skim. Mintak kerjasama dari tuan MOD. TK.
 
Untuk TT, anda telah melanggar peraturan di sini:


Kita minta kerjasama pada mana-mana ahli forum ini supaya dapat report/adu terus di dalam topik ini sekiranya ada mana-mana ahli yang menawarkan loan di dalam section Loans, Credit Cards yang mempunyai agenda untuk mempromosi apa-apa skim atau MLM di sebalik loan yang mereka tawarkan.

Untuk pengetahuan, di dalam section ini TIDAK DIBENARKAN menawarkan sebarang loan yang mengandungi unsur-unsur MLM, program mana-mana syarikat/pertubuhan/koperasi atau skim-skim yang meliputi agenda tersembunyi ataupun yang telah dibincangkan di dalam forum.

Ada antara ahli telah di 'ban' kerana masih berdegil melakukan promosi walaupun telah diberi amaran atau topik telah dipadam dan mereka sentiasa akan membuka ID yang baru untuk meneruskan promosi.

Kita percaya masih ada ahli yang prihatin untuk membantu moderator-moderator memantau aktiviti ini supaya section ini masih relevan dengan penawaran loan/pinjaman/creditcard tanpa melibatkan mana-mana skim atau MLM.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih pada ahli yang prihatin di dalam hal di atas.
 
kesian TT... kalau kata nk tolong..biarlah ikhlas...dunia dpt, akhirat dpt..dan kalau kata nk carik rezeki pun tuluslaa....dan kalau nk pekena pun biar tulus jugak... hehe

ini mcm kalu sivik,manyak susah woo...sama2 bumi...tu yg ramai yg susah bertambah susah...yg senang bertambah senang..

kesian..
 
Back
Top
Log in Register