BTC USD 63,787.9 Gold USD 4,466.05
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dapat Pampasan RM200,000

jimie lee

Permanently Banned - Multiple ID
gem
Messages
5,244
Joined
Jul 1, 2011
Messages
5,244
Reaction score
839
Points
111
Keluarga jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd Nor yang maut akibat terkena tembakan curi di Mogadishu, Somalia akan menerima pampasan sebanyak RM200,000 di bawah perlindungan insurans yang dibeli oleh Kelab Putera 1Malaysia.

Presidennya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata pada Isnin bahawa badan bukan kerajaan (NGO) itu turut menamakan salah sebuah kem kemanusiaan kelab tersebut di Somalia sempena nama Noramfaizul.

Noramfaizul terkena tembakan curi ketika melakukan liputan misi kemanusiaan di negara itu.

"Saya sudah berhubung dengan ibu bapa Noramfaizul mengenai perkara ini sebaik saja kami bertemu pada Ahad," kata Abdul Azeez dalam temu bual pagi di RTM bersama Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim di Angkasapuri, Isnin.

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/9/5/mstar_berita/20110905094653&sec=mstar_berita
 
Syukurlah...ada jugak pampasan untuk anak bini dengan keluarga dia.
 
hmm RM200000 tu tak cukup untuk anak anak dan keluarga dia.

paling kuat itu perbelanjaan untuk lebih skit dari 3 tahun (kira rm5000 sebulan) sedangkan anak arwah kecik kecik lagi.
 
ok la ade pampasan..
kurg la ckit beban keluarga arwah..
 
hmm RM200000 tu tak cukup untuk anak anak dan keluarga dia.

paling kuat itu perbelanjaan untuk lebih skit dari 3 tahun (kira rm5000 sebulan) sedangkan anak arwah kecik kecik lagi.

200k .. kalu digunakan dengan betui .. bule bertambah lagi ..


:)
 
aritu kata xder... tetiba ade pulak.. hmmm... cam ada bau ikan jer
 
ok laa byk tu, atleast dapat menampung keperluan anak bini dia buat waktu terdekat ni...
 
Back
Top
Log in Register