BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tentera Darat Patahkan Cubaan Seludup Lembu Bernilai Lebih RM200,000

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80
f2a49529d07f98453cb695cfdab58ab369f940dd03217

Kredit: Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia

Tentera Darat Malaysia (TDM) mematahkan cubaan menyeludup masuk 20 ekor lembu dari Thailand yang dianggarkan bernilai RM225,000 dalam satu operasi di sempadan, semalam.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan, pasukan operasi yang sedang melaksanakan tinjauan menggunakan mini Unmanned Aerial Vehicle (UAV) telah mengesan pergerakan sebuah lori tiga tan pada 6.45 petang, dalam keadaan mencurigakan di lokasi berhampiran sempadan.

"Pemantauan menerusi UAV berkenaan turut mendedahkan anggaran 20 ekor lembu yang berada di wilayah Thailand sedang menunggu masa untuk diseludup masuk ke Malaysia melalui laluan Sungai Golok," menurut kenyataan itu.

Sebaik sahaja serbuan dilakukan, seorang lelaki yang dipercayai warga tempatan bertindak melarikan diri dari lokasi kejadian.

"Suspek bertindak meninggalkan kenderaan itu bersama muatannya bagi mengelakkan daripada ditahan.

"Hasil pemeriksaan lanjut di lokasi, sebanyak 20 ekor lembu yang tidak mempunyai permit import yang sah dan sebuah lori jenis Isuzu tiga tan yang digunakan untuk mengangkut ternakan berkenaan telah dirampas,” menurut kenyataan itu.

Keseluruhan nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM225,000.00, dan susulan itu satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Lubok Stol, Rantau Panjang di Pasir Mas.

Kesemua rampasan telah diserahkan kepada pihak kastam, Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan Bukit Bunga untuk tindakan selanjutnya.

 
Back
Top
Log in Register