BTC USD 63,043.1 Gold USD 4,448.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Daily Scalp

:)
Assalammualaikum dan hi semua.
Daripada pembacaan aku dengan teknik-teknik orang lain dengan kaedah pending buy High daily dan pending sell Lower daily seperti link dibawah



aku telah menemui kaedah yang mudah dan aku telah menterjemahkan kepada indicator.Indicator ini pada asalnya adalah indicator Spudfibo tapi aku telah buat sedikit editing untuk mana-mana trader yang berminat kaedah ini melihatnya lebih mudah.

Cara nak guna:
1.Buka semua pair yang anda minat dengan timeframe H1
2.Baca doa dan pending Buy dan Sell mengikut apa yang telah diberitahu oleh indicator
3.Letak stoploss mengikut maklumat yg diberikan oleh indicator.
4.Take profit juga ikut apa yang indicator beritahu.
5.Moneymanagement ikut disiplin sendiri

Garisan-garisan indicator ini berdasarkan apa?
1.BUY dan SELL adalah Daily High dan Daily Low candlestick hari sebelum.
2.Take profit berdasarkan kiraan fibonacci iaitu 0.236.
3.Stoploss pula berdasarkan kiraan fibonacci juga iaitu 0.768 dan 0.236.Ratio untung rugi adalah sama iaitu 1:1.Untuk lebih jelas lagi seperti contoh dibawah

Kenapa buat kaedah begini?
Kaedah ini direka utk mereka yang tak selalu mengadap pc,dan nak kerja jadi mudah tanpa susah-susah tarik-tarik trendline dan tgk price sudah berada diparas mana.Ini lebih kepada kaedah mekanikal,fikiran otak tak guna sangat kecuali guna otak untuk sanggup menerima jumlah loss yang sudah sedia tahu pada paras stoploss tersebut.

Kenapa nama dia DailyScalp?
Sebab aku tak reti nak scalp kat timeframe kecil sangat,jadi buat camni tp berdasarkan fibo 20 pip tu kira scalp ah bagi aku..heheh

Apa kelebihan yang ada pada indicator atau kaedah ini berbanding kaedah yang sudah wujud diatas tu?
Kelebihannya adalah datang dari kekurangan yang ada pada sistem pada link tersebut iaitu
a)tak tahu berapa pip nak ambil.Jadi kita gunakan fibonacci/nature yg kirakan untuk kita.
b)tak tahu nak letak stoploss berapa banyak

Apa tujuan dicipta kaedah ini?
Tujuan disini untuk berkongsi dan dimantapkan lagi jika ada yang sudi untuk memantapkan kaedah ini.:D

Macammana aku nak backtest sistem ni?
Senang je,ko nampak garisan merah kat template tu pastu ko tarik berdasarkan daily high dan low kat hari-hari yang lain.Garisan kotak (indicator range) dapat membantu ko lihat paras high dan low dia.

Soalan cepumas,kenapa ko suka buat banyak-banyak sistem?
Sebab ni dah jadi hobi aku dekat setahun:D

lagi apa ko nak tanya
Aku nak tanya apa ko nak?
Aku nak orang buatkan EA utk ni..boleh?hehehe

Progress of DKDS (DarkKiller Daily Scalp)

1. Sistem asal DKDS

dkdscr0.gif



2. DKDS V1

dsmw1.gif

:) satu idea yg bagus juga.. utk yg baru n lama pun ok
 
kalau kotak breakout,ade mase2 trtntu kuar signal,indi ni ade mase2 trtntu x?or letak je mmg de signal?satu ari bape kali sehari?
sowi byk tnya..:D:D
 
Tuan tanah dah tak update thread ke? Ok lagi tak teknik scalping nih?









blank_v.jpg
blank_o.jpg

blank_c.jpg
blank_m.jpg

blank_f.jpg
blank_y.jpg

blank_p.jpg
 
Assalamualaikum DK,

Teknik scalping DK mmg cun....terima kasih daun keladi bro....
Rasa save bila trading guna scalping ni....so kita tahu sempadan.
Hari ni dpt gak 50 - 60 pips.Gue caya sama lu bro DK.
 
Bro DK,

Teknik DKDS Ver.1 ....sapa yg alter/modified dlm TSD tu,tapi saya suka
pakai yg versi asal sbb mudah.
 

Latest Posts

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.16068
USD / JPY
159.911
GBP / USD
1.34257
USD / CHF
0.79125
USD / CAD
1.38944
EUR / JPY
185.606
AUD / USD
0.71308
Back
Top
Log in Register