BTC USD 62,571.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dadah skim ansuran mudah

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA LUMPUR: Skim ansuran mudah. Itu taktik digunakan dua lelaki untuk menarik pelanggan membeli dadah dengan cara berhutang sebelum perbuatan terbabit terbongkar apabila mereka ditahan di sebuah pangsapuri di Jalan Kuching, dekat sini, Jumaat lalu.

Dua lelaki berusia 32 dan 36 tahun diberkas selepas polis menerima maklumat orang awam dan pemeriksaan di rumah itu menemui pelbagai dadah dipercayai untuk diedarkan kepada pelanggan.


Mereka menjual dadah kepada pelanggan secara hutang dan menyediakan buku nota kecil mempunyai senarai nama serta tarikh bahan terlarang terbabit diambil pelanggan.


Difahamkan, pelanggan tetap yang dikenali dan dipercayai itu akan mendapat layanan istimewa dengan mereka boleh membayar ansuran jika mahu mengambil dadah.


Ketua Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL), Asisten Komisioner Kang Chez Chiang, berkata hasil serbuan itu, polis merampas pelbagai jenis dadah iaitu heroin, ganja, syabu dan Eramin 5.


“Semua nilai dadah terbabit dianggarkan RM120,000 dan kami percaya kedua-dua lelaki terbabit turut menjadikan pangsapuri itu sebagai tempat membungkus dadah sebelum dijual.
 
hahaha..lepas ni confirm ada skim member gets member,komisyen dibayar ikut sistem matriks atau binary
 
kalu MLM dadah nih....customer tertarik pada produk ker system hahahahha...
 
buat cara MLM..nak beli dadah kena jadi ahli dulu..beli dadah 10kg, takde duit boleh buat loan..
 
salam. sekali macam courts mammoth da.
 
Back
Top
Log in Register