BTC USD 86,314.2 Gold USD 4,328.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jabatan Perhutanan Perlis Kenal Pasti 83 Gua Belum Diterokai

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,401
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,401
Reaction score
346
Points
141

Jabatan Perhutanan Perlis Kenal Pasti 83 Gua Belum Diterokai​

93671abfb53adae9b4f9692037cda98e6a2559a1054ed

1b1fc926a29aa425adb94da329c834b36a2559bb26a42

Pengarah Perhutanan Perlis Ag Shaffie Ag Ahmadni (kanan) menerima Sijil Pengiktirafan Malaysia Book of Record (MBOR) daripada Ketua Bahagian Rekod dan Penyelidikan MBOR Siti Nurhanim Mohd Noh pada Majlis Perasmian Penutup Nawakan Rainforest Festival 2026 sempena Hari Hutan Sedunia Peringkat Negeri Perlis di Kompleks Ekopelancongan Sungai Batu Pahat.

Jabatan Perhutanan Perlis berjaya mengenal pasti 83 gua yang belum diterokai di sepanjang Banjaran Nakawan di negeri itu menerusi kajian inventori selama 21 hari untuk pendokumentasian.

Pengarah Perhutanan Perlis Ag Shaffie Ag Ahmadni berkata daripada jumlah itu terdapat enam gua cantik dan unik dilihat mempunyai potensi dijadikan produk ekopelancongan baharu, namun memerlukan penilaian dan penelitian lanjut oleh pakar berkaitan kesesuaian dan risiko.

“Ada yang dalam gua itu ada satu kolam mungkin bersesuaian untuk aktiviti diving dalam gua, kita akan buat semakan lanjut tentang kebolehlaksanaan aktiviti itu. Sebab cantik tidak menjamin untuk kita buka tempat pelancongan, kita tengok potensi dan juga risiko.

“Kalau cantik sahaja tetapi cenderung untuk memberikan kesan kepada risiko kemalangan tinggi, jadi tak sesuailah,” katanya kepada pemberita selepas majlis penutup Nakawan Rainforest Festival bersempena dengan sambutan Hari Hutan Antarabangsa peringkat negeri tahun ini di Taman Eko Rimba Bukit Ayer, Kompleks Ekopelancongan Sungai Batu Pahat, di sini hari ini.

Majlis penutup itu disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail. Turut berangkat pada majlis berkenaan ialah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Ag Shaffie berkata bagaimanapun sebelum membuat pilihan untuk produk pelancongan baharu itu, pihaknya akan menyediakan pelan induk pengurusan gua di sepanjang banjaran itu bagi pengelasan gua berdasarkan nilai fosil, artifak arkeologi, biodiversiti dan potensi pelancongan.

“Mana paling sesuai untuk kita buka, kalau kita nak buka bila (tempoh) paling dekat kita boleh buka? Apa perancangan untuk memudahkan akses laluan masuk dan sebagainya, jadi (ia) satu perancangan yang sangat kompleks,” katanya.

Beliau berkata setakat ini hanya dua gua yang menjadi lokasi ekopelancongan di Perlis, iaitu Gua Kelam dan Gua Wang Burma.

Ag Shaffie berkata kerja lapangan 21 hari bagi melaksanakan kajian inventori itu melibatkan lapan komuniti hutan di Perlis yang memiliki kepakaran masing-masing digabungkan untuk gerak kerja berpasukan dengan dibantu pihak Jabatan Perhutanan negeri berkenaan.

 
Back
Top
Log in Register