BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cucu Cederakan Nenek Diarah Jalani Pemeriksaan Mental

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Cucu Cederakan Nenek Diarah Jalani Pemeriksaan Mental​

a7cb81dd1e55791993559b5c4c16fad76a42152517ad7

Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini mengarahkan seorang lelaki, Muhammad Nor Iman Abdullah, 25, (tengah) yang dituduh mencederakan neneknya menggunakan tukul besi hingga parah pada 19 Jun menjalani pemeriksaan mental.

Mahkamah Sesyen di sini hari ini mengarahkan seorang lelaki yang dituduh mencederakan neneknya menggunakan tukul besi hingga parah pada 19 Jun menjalani pemeriksaan mental.

Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli mengeluarkan perintah itu terhadap Muhammad Nor Iman Abdullah, 25, selepas pihak pendakwaan memohon lelaki itu menjalani pemeriksaan mental sebelum sebarang pengakuan direkodkan.

Pada prosiding itu, Muhammad Nor Iman memberitahu dia tidak memahami pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

Lelaki itu didakwa menyebabkan kecederaan parah terhadap Gayah Omar, 79, dengan menggunakan tukul besi di sebuah rumah di Kampung Baru Kuala Abang, Dungun pada 6.30 petang 19 Jun.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama-sama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah memerintahkan lelaki itu dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak bagi menjalani penilaian untuk menentukan tahap kesihatan mentalnya dan menetapkan 29 Julai untuk sebutan semula bagi status laporan tersebut.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Aisyah Mohammad manakala Muhammad Nor Iman diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Abdul Hayyi Salim.

 
Back
Top
Log in Register