BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pembaharuan Lesen Vokasional Wajib Jalani Pemeriksaan Kesihatan Menerusi PSS - Ramanan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Pembaharuan Lesen Vokasional Wajib Jalani Pemeriksaan Kesihatan Menerusi PSS - Ramanan​

8d923bc6b6dd160361dede9c88b1e0806a43ad963eef9

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R. Ramanan menyampaikan ucapan pada Majlis Pelancaran Program Pemandu Sihat dan Selamat di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wangsa Maju.

-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Pemandu yang ingin memperbaharui lesen vokasional kini perlu menjalani pemeriksaan kesihatan komprehensif menerusi Program Pemandu Sihat dan Selamat (PSS) di 500 klinik panel di seluruh negara.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan berkata pemeriksaan itu meliputi pemeriksaan fizikal, penglihatan, pendengaran, saringan gangguan tidur seperti Obstructive Sleep Apnea (OSA), penilaian fungsi utama tubuh badan termasuk sistem kardiovaskular, respiratori dan neurologi serta ujian darah ‘glycated haemoglobin’ (HBA1C) bagi pemandu yang memerlukan.

“Pemeriksaan berkenaan bukan bertujuan menyusahkan pemandu, sebaliknya bagi mengesan masalah kesihatan lebih awal supaya rawatan dan intervensi dapat diberikan segera.

“Menerusi inisiatif ini, pemandu hanya perlu membayar RM30 bagi menjalani pemeriksaan kesihatan, manakala baki kos sebanyak RM55 ditanggung oleh kerajaan MADANI menerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO),” katanya ketika berucap dalam Majlis Pelancaran PSS, di sini, hari ini.

Beliau berkata kementeriannya menyasarkan untuk memperluaskan pelaksanaan program itu kepada 3,000 klinik panel di seluruh negara bagi memudahkan lebih ramai pemandu mendapatkan pemeriksaan kesihatan.

Sementara itu, Ramanan berkata PSS mencerminkan komitmen berterusan Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Pengangkutan dalam memperkukuh agenda keselamatan jalan raya serta melindungi kesejahteraan pekerja, khususnya pemandu profesional yang menjadi nadi kepada sektor pengangkutan negara.

Beliau berkata pada 2025 sebanyak 115 pekerja maut dalam kemalangan jalan raya, meningkat daripada 94 kes pada tahun sebelumnya.

“Jumlah ini merangkumi pelbagai kategori pekerja yang bergantung kepada jalan raya untuk mencari rezeki termasuklah pemandu lori bas van, kereta dan penunggang motosikal.

“Daripada jumlah itu, pemandu lori merekodkan kematian tertinggi iaitu 62 kes, bersamaan 21 peratus (daripada keseluruhan korban),” katanya.

 
Back
Top
Log in Register