BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cuaca panas, ular semakin banyak dijumpai

14292940603229253-417458.jpg

14292940603229253-417459.jpg

14292940603229253-417460.jpg

14292940603229253-417461.jpg

14292940603229253-417462.jpg

14292940603229253-417463.jpg


ULAR SAWA SEPANJANG 15 KAKI TUMPAS DI PUSA

APM Debak telah menerima satu aduan daripada orang awam berhubung penemuan seekor ular sawa yang dianggarkan sepanjang 15 kaki di kawasan pengadu. Kehadiran ular berkenaan telah menimbulkan kebimbangan kepada penduduk kerana saiznya yang besar dan kedudukannya yang berada berhampiran kawasan aktiviti orang awam.

Sejurus menerima maklumat, anggota APM Debak telah bergerak ke lokasi kejadian bagi menjalankan pemeriksaan dan tindakan lanjut. Setibanya di lokasi, anggota terlebih dahulu membuat penilaian keadaan kawasan serta memastikan orang awam berada pada jarak yang selamat. Pemeriksaan kemudiannya dijalankan bagi mengenal pasti kedudukan ular sawa tersebut.

Hasil pemeriksaan mendapati seekor ular sawa berukuran kira-kira 15 kaki berada di kawasan berkenaan. Anggota APM Debak menjalankan operasi menangkap ular tersebut dengan penuh berhati-hati serta mengutamakan keselamatan anggota dan orang awam. Kerjasama daripada pengadu turut membantu melancarkan operasi sehingga ular berjaya dikawal dan ditangkap.

@top fans
Jabatan Perdana Menteri
APM Sarawak
Mohtar Samat
Mohd Hanif

Sumber Apm Debak
 
14297491931809757-418832.jpg

14297491931809757-418833.jpg

14297491931809757-418834.jpg

14297491931809757-418835.jpg

14297491931809757-418836.jpg


🐍 ULAR SAWA SAIZ BESAR DITEMUI DALAM HUJAN, BOMBA SERI KEMBANGAN TURUN MENANGKAP! 🚒

Ular Sawa Besar Gegarkan Taman Puncak Jalil, Bomba Bertindak Pantas!


Setibanya di lokasi, pasukan mendapati seekor ular sawa yang bersaiz besar berada di kawasan jalan berhampiran kawasan kediaman.


Operasi dijalankan dalam keadaan hujan dan waktu malam dengan anggota mengambil langkah keselamatan bagi memastikan ular dapat dikawal serta ditangkap tanpa membahayakan orang awam.

Ular sawa tersebut berjaya ditangkap dan operasi kemudiannya diselesaikan dengan selamat.

JBPM – CEPAT, MESRA DAN PRIHATIN

#JBPM #BombaMalaysia #BombaSelangor #BBPSeriKembangan
 
14299612107515013-419486.jpg

14299612107515013-419487.jpg

14299612107515013-419488.jpg


Dipatuk ular ketika demonstrasi, anggota APM meninggal dunia

Temerloh: Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Temerloh yang dipatuk ular ketika melakukan demonstrasi pengendalian reptilia, semalam, disahkan meninggal dunia awal pagi ini.


Pengarah APM Pahang, Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata, jenazah Allahyarham akan diuruskan dan disolatkan di Masjid Kampung Bukit Kelulut sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Bukit Kelulut, pagi ini.

Difahamkan, Allahyarham masih bujang dan mempunyai seorang kakak.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.50 pagi semalam, Muhamad Muazam Shah dipatuk ular tedung selar pada bahagian kuku jari tengah tangan kanan ketika melakukan demonstrasi pengendalian ular di Dewan Taman Temerloh Jaya.

Ketika kejadian, APM Daerah Temerloh dijemput menyertai Program Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat dengan mengadakan demonstrasi pengendalian ular kepada peserta program berkenaan.

Che Adam berkata, selepas dipatuk, anggota terbabit keluar dari dewan untuk mencuci tangannya sebelum tiba-tiba pitam di luar dewan.

Mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Kecemasan HoSHAS untuk mendapatkan rawatan lanjut dan ditempatkan di Zon Merah di bawah pemantauan doktor.

Keadaannya terus dipantau sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 1.50 pagi hari ini.

Khirrul Nirwan Bahaudin
 

Anggota APM Dipatuk Ular Ketika Demonstrasi Meninggal Dunia​

f168c9073288585c044142c5c65c3b866922f4a9a8e24

-- Gambar hiasan

Seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang dipatuk ular tedung selar ketika melakukan demonstrasi di sebuah program di Temerloh semalam, meninggal dunia awal pagi ini.

Pengarah APM Pahang Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata Sarjan (PA) Muhamad Muazam Shah Kamardin, 39, meninggal dunia kira-kira 1.50 pagi tadi.

“Muhamad Muazam Shah meninggal dunia ketika sedang mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Che Adam berkata jenazah Muhamad Muazam Shah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Bukit Kelulut, Temerloh pagi ini.

Sebelum ini, anggota berkenaan dilaporkan dipatuk pada jari tangan kanan dalam kejadian 10.50 pagi semalam dan bertindak keluar dewan untuk mencucinya.

Mangsa kemudiannya telah pitam di luar dewan dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

 
14312394556055157-424144.jpg

14312394556055157-424145.jpg

14312394556055157-424146.jpg

14312394556055157-424147.jpg

14312394556055157-424148.jpg

14312394556055157-424149.jpg


Terkejut tengok ular tedung selar 8kg ‘bertarung’


BALING – Seorang pemilik kolam pancing ikan terkejut melihat dua ekor ular tedung selar sedang ‘bertarung’ di dalam parit berhampiran kolam pancingnya di Kampung Lubuk Batu, di sini, semalam.

Menurut Basri Ramli, 56, ketika kejadian kira-kira pukul 6 petang itu beberapa pemancing sedang leka memancing di kolam itu sebelum terdengar bunyi pelik dari parit di belakang bangsal tempat mereka memancing.

“Beberapa pemancing pergi melihat dan terkejut apabila mendapati dua ekor ular tedung selar sedang ‘bertarung’.

“Mereka segera beritahu dan saya terus menghubungi Angkatan Pertahanan Awam (APM) Baling,” katanya di sini, hari ini.

Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd Faizol Ab Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan tentang kejadian pada pukul 6.40 petang semalam sebelum bergegas ke lokasi tersebut.

“Anggota APM berjaya menangkap kedua-dua ekor ular itu dengan seekor daripadanya seberat kira-kira lapan kilogram (kg) serta panjang lima meter, manakala seekor lagi seberat lima kg dan panjang kira-kira 4.5 meter.

“Kedua-dua reptilia itu dibawa pulang ke pejabat APM Baling dan akan diserahkan kepada pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara,” tambahnya.

Artikel Kosmo Online
 


WEST BENGAL, India, 13 September – Seorang lelaki berusia 74 tahun dilaporkan meninggal dunia selepas dipatuk ular tedung selar atau King Cobra di Nimbong, Kalimpong, West Bengal, India.

Mangsa, Anand, dilaporkan menemui ular berkenaan di atas katilnya sebelum dipercayai cuba menangkapnya menggunakan tangan, namun dipatuk ular terbabit.

Penduduk tempatan segera membawa mangsa ke hospital untuk mendapatkan rawatan, namun dia meninggal dunia akibat patukan ular berkenaan.

Orang ramai diingatkan supaya tidak menghampiri atau cuba menangkap ular berbisa, sebaliknya mengekalkan jarak selamat dan mendapatkan bantuan penyelamat profesional.

Penerbit: Rekha Sevaloga Nathan
Sumber Visual: Media Sosial

Yang sahih di RTM
#RTM #BeritaRTM #MalaysiaMadani #TaatSetia #BersamaMALAYSIAKU #RancakkanMADANI #MADANIBekerja
 
14315438893471981-425372.jpg

14315438893471981-425373.jpg


Ular Tedung Selar Sepanjang 4.2 Meter Ditangkap Di Dalam Rumah Penduduk Di Nakhon Ratchasima

​NAKHON RATCHASIMA – Seekor ular tedung selar (king cobra) sepanjang 4.2 meter dan seberat 20 kilogram berjaya ditangkap selepas dikesan menyusup masuk ke sebuah kediaman di Kampung Thai Phatthana, Daerah Wang Nam Khiao, Ahad lalu.

​Ketua Pasukan Penyelamat Hook 31 Thai Samakkhee, Boonrueng Subking menerusi kenyataan rasmi memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kehadiran reptilia berbisa berkenaan pada jam 3.10 petang.


​Sepasukan anggota sukarelawan yang digerakkan ke lokasi bertindak mengendalikan operasi penangkapan mengikut SOP penangkapan haiwan berbisa.

​“Pasukan penyelamat berjaya mengawal dan menangkap ular tedung selar berkenaan secara selamat tanpa melibatkan sebarang kecederaan kepada penduduk mahupun anggota.

​“Reptilia berkenaan kemudian dimasukkan ke dalam pundi khas dan dipindahkan keluar dari kawasan pemukiman sebelum dilepaskan semula ke habitat asal di kawasan hutan rizab,”

​Ular tedung selar (Ophiophagus hannah) diiktiraf sebagai spesies ular berbisa terpanjang di dunia. Pihak berkuasa tempatan memuji tindakan pantas penduduk yang tidak mengambil tindakan sendiri dan terus menghubungi pasukan penyelamat bertauliah.
 


Terkejut lihat ular menjulur keluar dari mangkuk tandas'

JAKARTA – Seorang lelaki di Karanganyar, Kota Tangerang, Banten, Indonesia, terkejut apabila mendapati seekor ular sawa sepanjang kira-kira tiga meter muncul dari mangkuk tandas di kediamannya, baru-baru ini.

Menurut pemilik rumah, Arbiyanto Ardi, kejadian itu disedari anaknya selepas seekor tikus dilihat keluar dari tandas sehari sebelum penemuan ular berkenaan.

“Sehari sebelum kejadian, seekor tikus keluar dari mangkuk tandas. Pada keesokan hari, anak saya melihat kepala ular terjulur keluar,” katanya, lapor Detik.

Arbiyanto kemudiannya meminta bantuan penduduk setempat bagi mengeluarkan reptilia berkenaan selepas selesai solat Maghrib.

Usaha itu mengambil masa beberapa jam sebelum empat lelaki dewasa berjaya mengeluarkan ular sawa terbabit dari mangkuk tandas sekitar pukul 11 malam waktu tempatan.

Ular yang tidak berbisa itu kemudiannya dilepaskan ke kawasan habitat yang jauh dari penempatan penduduk bagi mengelakkan ia kembali ke kawasan perumahan. – AGENSI

Artikel Sinar Harian
 
Back
Top
Log in Register