BTC USD 81,115.0 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cuaca panas, ular semakin banyak dijumpai

14118594427478981-350047.jpg

14118594427478981-350048.jpg

14118594427478981-350049.jpg

14118594427478981-350050.jpg

14118594427478981-350051.jpg

14118594427478981-350052.jpg

14118594427478981-350053.jpg


#operasi

TEDUNG SELAR HITAM 10 KG MASUK DALAM RUMAH! šŸ

Tarikh : 02.12.2025 (Selasa)
Lokasi : Kg Pantai Prai, 09400, Padang Serai, Kedah
Berat : 10.2 Kg
Panjang : 4.0 Meter



Sebarang kecemasan terus hubungi talian kecemasan APM Kuala Muda di talian 04-4235673 / 5708 / 5682
dan MERS 999

Sumber APM Kuala Muda
 
14122785792996941-352120.jpg

14122785792996941-352121.jpg

14122785792996941-352122.jpg

14122785792996941-352123.jpg

14122785792996941-352124.jpg

14122785792996941-352125.jpg

14122785792996941-352126.jpg


#operasi
TEDUNG SELAR DI BALIK SEMAK


Pasukan operasi APM diketuai Sjn (PA) Done Bin Bakar bersama 4x anggota LLP bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati seekor ular jenis tedung selar bersembunyi berhampiran semak.

Anggota APM bertindak menjalankan operasi menangkap reptilia berbisa tersebut menggunakan peralatan khas bagi memastikan keselamatan penduduk.

Reptilia tersebut kemudiannya dibawa pulang ke Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Sik sebelum diserahkan kepada pihak PERHILITAN untuk tindakan lanjut.

Orang awam di Daerah Sik yang menghadapi kejadian melibatkan haiwan berbisa disarankan untuk tidak bertindak sendiri dan segera menghubungi APM Sik di talian 010-8177991 atau talian kecemasan 999.

Sumber APM Sik
 
14123360975447269-352407.jpg

14123360975447269-352408.jpg


š”š‹š€š‘ š’š€š–š€ šš€š“šˆšŠ šƒš€š‹š€šŒ š’š€šš†šŠš€š‘ š€š˜š€šŒ



š‘ŗš’†š’š’•š’Šš’‚š’”š’‚ š‘²š’“š’†š’‚š’•š’Šš’‡, š’ƒš’†š’“š’Œš’‚š’“š’šš’‚ š’…š’‚š’ š’‘š’†š’“š’‡š’š’“š’Ž š’”š’†š’‘š’‚š’š’‹š’‚š’š’ˆ š’Žš’‚š’”š’‚

"š€ššŒ šŒš¢š«š¢, šššš§š  š’š­šžšššš²"
"š€ššš šŒš®š¬š¢š›ššš”, š‚ššš„š„ š€ššŒ"

Jabatan Perdana Menteri
RTM Sarawak
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
APM Sarawak

Sumber APM Miri
 
0029c76b556013e9fab4bda1cccd2b3e69255dc3d7703


Hujan lebat berterusan sejak tengah malam tadi mengakibatkan banjir melandaĀ daerah ini, menyaksikan ratusan penduduk terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Antara mangsa yang terpaksa berpindah ke PPS Sekolah Kebangsaan Pusat Air Tawar di sini,Ā ialah calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Mohamad Shafiq Amirul Shafri selepas kediamannya di Kampung Air Tawar dinaiki air, kira-kira 3 pagi tadi.

Anak sulung daripada empat beradik itu berkata mereka menerima makluman daripada ketua kampung yangĀ meminta mereka sekeluarga segera berpindah.

"Ini pengalaman pertama kami berpindah ke PPS, tiada sebarang persediaan dibuat kerana tidak pernah melalui situasi sedemikian. Beberapa barangan termasuk sofa yang baru dibeli turut rosak akibat banjir," katanya ketika ditemui Bernama di PPS berkenaan hari ini.

Dia yangĀ akan menduduki kertas terakhir SPM bagi mata pelajaran Sains Komputer pada esok berkataĀ  persiapannya untuk menduduki peperiksaan sedikit terjejas.

"Subjek ituĀ agak mencabar, namun saya tetap akan berusaha lakukan yang terbaik selain bersyukur kerana peperiksaan hampir tamat," katanya sambil menambah bahawa dokumen rasmi dan barangan penting sempat diselamatkan.

Mohamad Shafiq Amirul turut berkongsi detik cemas yang dihadapi mereka sekeluarga apabila terdapat haiwan berbisa antaranya ular dan lipan ketika bersiap untuk berpindah ke PPS.

Seorang lagi mangsa, Zalina Md Ali, 54, yang berkerusi roda dan lumpuh separuh badan,Ā antara yang terawal dipindahkan ke PPS sama selepas rumahnya dinaiki air, kira-kiraĀ 2 pagi.

 
1b54d8b1fe2efe046875b06d22d55bbb694679f03f036

Kredit : Zon Maritim Batu Pahat

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) merampas sejumlah 245 ekor hidupan liar yang dilindungi dalam operasi bersepadu bersama dengan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), di sebuah kelong,Ā di perairan Batu PahatĀ malam tadi.

Pengarah Zon Maritim Batu PahatĀ Komander Maritim Mohammad Zaini Zainal berkata rampasan berkenaan dilakukan kira-kira 10.30 malam di sebuah kelong di Sungai Ayam dengan kedudukanĀ 1.2 batu nautika Barat Daya Sungai Suloh.

Beliau berkataĀ hasil pemeriksaan pihaknya di kelong terbabit menemukanĀ sejumlah 245 ekor haiwan dipercayai dilindungi terdiri daripada 234 burung Murai Kampung, 10 ular sawa dan seekor monyet.

ā€œKegiatan ini disyaki telah melanggar peruntukan di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010. Kesemua hidupan liar yang diselamatkan ini telah dibawa ke Zon Maritim Batu Pahat sebelum diserahkan kepada Jabatan Perhilitan Negeri Johor untuk siasatan dan tindakan lanjut.

ā€œZon Maritim Batu Pahat menegaskan komitmen dalam membanteras sebarang aktiviti penyeludupan serta pemerdagangan hidupan liar dan akan terus bekerjasama dengan agensi penguat kuasa lain demi memelihara khazanah biodiversiti negara,ā€ katanya menerusi kenyataan hari ini.

 
14129928430143805-355902.jpg

14129928430143805-355903.jpg

14129928430143805-355904.jpg


Ular tedung selar paling berbisa di malaysia

Kuala Lumpur, 20 Disember – Malaysia terkenal sebagai antara negara yang kaya dengan spesies reptilia termasuk ular berbisa yang boleh mengancam nyawa manusia jika dipatuk.

Menurut pakar hidupan liar, ular tedung selar atau Ophiophagus hannah dikenal pasti sebagai ular paling berbisa di Malaysia. Walaupun tidak dianggap paling ā€œtoksikā€ dari segi kekuatan bisa, ular ini menghasilkan jumlah bisa yang sangat banyak dalam satu gigitan, sekali gus menjadikannya paling berbahaya.

Tedung selar juga merupakan ular berbisa terpanjang di dunia, mampu membesar sehingga lima hingga enam meter. Bisa yang disuntik boleh menyebabkan kelumpuhan sistem saraf, kegagalan pernafasan dan jantung, malah kematian jika rawatan tidak diberikan segera.

Selain tedung selar, Malaysia turut merekodkan beberapa spesies ular berbisa lain yang sering ditemui di kawasan perumahan, ladang dan hutan.

Antaranya ialah ular tedung (Naja spp.) yang terkenal dengan kebolehan mengembangkan leher ketika terancam. Bisa ular ini menyerang sistem saraf dan boleh melumpuhkan mangsa dalam masa singkat.

Turut tersenarai ialah ular kapak hijau atau Trimeresurus spp. yang banyak ditemui di kawasan semak dan hutan. Bisa ular ini bersifat hemotoksin yang boleh menyebabkan pendarahan dalaman dan kerosakan tisu.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mendekati atau cuba menangkap ular sekiranya terserempak, sebaliknya segera menghubungi pihak berkuasa seperti bomba atau Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Langkah berjaga-jaga seperti menjaga kebersihan persekitaran, menutup lubang dan mengelakkan longgokan sampah dipercayai dapat mengurangkan risiko kehadiran ular berbisa di kawasan kediaman.
 
355909-355909.jpg


Ular taipan pedalaman paling berbisa di dunia

PETALING JAYA, 20 Disember – Ular taipan pedalaman atau Oxyuranus microlepidotus disahkan sebagai ular paling berbisa di dunia, menjadikannya antara reptilia paling ditakuti walaupun jarang ditemui manusia.

Spesies yang berasal dari kawasan pedalaman Australia itu memiliki bisa paling toksik pernah direkodkan, dengan satu gigitan mengandungi racun yang secara teori mampu membunuh lebih 100 manusia dewasa. Bisa tersebut menyerang sistem saraf, darah dan otot mangsa secara serentak.

Pakar herpetologi menjelaskan, tanpa rawatan segera, mangsa yang dipatuk ular ini boleh mengalami kegagalan pernafasan, pendarahan dalaman dan lumpuh otot, sebelum maut dalam tempoh 30 hingga 45 minit.

Walaupun digelar paling berbisa di dunia, taipan pedalaman dikenali sebagai ular yang pemalu dan tidak agresif. Ia lebih cenderung melarikan diri berbanding menyerang manusia,
menyebabkan kes kematian akibat gigitannya amat jarang berlaku.

Ular ini biasanya mendiami kawasan kering dan terpencil seperti padang rumput serta tanah retak di pedalaman Australia. Saiznya boleh mencecah dua meter panjang, dengan warna badan coklat zaitun yang boleh berubah mengikut musim.

Menurut laporan, kejayaan rawatan perubatan moden dan ketersediaan antivenom menjadi faktor utama mengurangkan risiko kematian akibat gigitan taipan pedalaman.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak panik dan tidak cuba mendekati mana-mana ular berbisa, serta segera mendapatkan rawatan perubatan sekiranya berlaku gigitan.
 
14130243984705605-356020.jpg

14130243984705605-356021.jpg

14130243984705605-356022.jpg

14130243984705605-356023.jpg

14130243984705605-356024.jpg

14130243984705605-356025.jpg

14130243984705605-356026.jpg


| SAWA BATIK 115 KILOGRAM BERJAYA DITANGKAP |


Pada jam 6 pagi, seramai tiga orang anggota APM telah ke lokasi kejadian selepas menerima aduan. Menurut pengadu, beliau terkejut apabila melihat seekor ular Sawa Batik bersaiz besar melingkar di atas para sebuah kandang Kambing. Berdasarkan rekod laporan, pihak APM telah menangkap Sawa Batik dengan anggaran berat 120 Kilogram di lokasi yang sama pada 24 November 2025.


Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Sembilan
Jabatan Perdana Menteri

Sumber APM Kuala Pilah
 
4017530257941a8625f2856719e796c4694925cba7a31

Kredit: APM Daerah Sik

Cuaca panas dan kering menyebabkan peningkatan mendadak kes tangkapan ular di daerah ini, termasukĀ membabitkan ular berbisa.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah SikĀ Lt (PA) Haisul Aishah Mohd Napiah berkata sejak awal hingga pertengahan bulan ini, sebanyakĀ 36Ā ular termasukĀ tujuh ular tedung selar dan lima ular senduk telah ditangkap.

"Peningkatan agak ketara berbanding November lepas yangĀ membabitkan 27 ekor ular termasuk dua ular tedung selar dan duaĀ ular senduk.

"Cuaca panas dan kering turut menjadi faktor reptilia ini keluar dan mencari tempat sejuk untuk berlindung dalam rumah penduduk seperti di dapur dan bilik air," katanya dalamĀ kenyataan hari ini.

Beliau berkata orang ramai diminta sentiasa peka dan waspada dengan keadaan sekeliling.

"Berdasarkan pemerhatian spesies tedung selar dipercayai gemar memakan biawak, ini kerana kawasan penemuan ular turut dijumpai biawak.

ā€œOrang ramai yang mempunyai maklumatĀ kes kecemasan khususnya diĀ daerah iniĀ boleh menghubungi APM Sik di talian 010-8177991 atau talian kecemasan 999," katanya.

 
Back
Top
Log in Register