BTC USD 80,454.8 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cuaca panas, ular semakin banyak dijumpai

Seekor ular sawa besar ditangkap orang ramai di dalam parit di Jalan Kg. Bakau. Kangar perlis.
 


14112514073798965-347039.jpg
 
14113332107102485-347438.jpg

14113332107102485-347439.jpg

14113332107102485-347440.jpg

14113332107102485-347441.jpg

14113332107102485-347442.jpg

14113332107102485-347443.jpg

14113332107102485-347444.jpg

14113332107102485-347445.jpg

14113332107102485-347446.jpg

14113332107102485-347447.jpg


Banjir: 2 ibu bersama bayi terperangkap sembilan jam diselamatkan APM



MARANG: Dua ibu muda terpaksa meletakkan bayi mereka di atas meja makan selama hampir sembilan jam selepas paras air setinggi setengah meter dengan arus deras banjir serta keadaan gelap menghalang laluan keluar dari rumah mereka awal pagi tadi.

Kejadian berlaku di Kampung Padang Mengkuang, Bukit Payong apabila kediaman didiami Nurul Fateha Mohd Bakri, 36, dan adiknya, Nurul Nabila Nastasya Edy Faisal, 18, mula dinaiki air sekitar jam 2 pagi.

Nurul Fateha berkata, sebaik menyedari air mula mencecah lantai, mereka segera mengangkat bayi masing-masing iaitu Mohd Aisy Aryan berusia dua bulan, dan Mohamad Naqil Naufal, berusia lima bulan di atas meja makan sebagai langkah keselamatan.

“Keadaan air semakin meningkat dan kami bimbang untuk mengharungi air bagi menyelamatkan diri kerana cuaca gelap manakala arus deras,” katanya ketika ditemui selepas diselamatkan pegawai dan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) daerah Marang, hari ini.

Sementara itu, Nurul Nabila Nastasya berkata, mereka turut bimbang kemungkinan kemasukan haiwan berbisa seperti lipan dan ular ke dalam rumah berikutan air semakin meningkat.

“Kami pada mulanya bercadang meredah air yang ketika itu separas pinggang, tetapi beberapa penduduk berhampiran memaklumkan arus air laju dan terpaksa mengharungi air kira-kira tiga kilometer ke kawasan lebih tinggi.

“Kami mengambil keputusan untuk bermalam bersama bayi kami di rumah dan menghubungi pasukan penyelamat hari ini,” katanya.

Kedua-dua beradik itu bersama bayi masing-masing akhirnya diselamatkan sepasukan anggota APM menggunakan bot gentian kaca sebelum dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Payong.

Nurul Fateha turut menasihatkan mangsa banjir lain supaya tidak berlengah berpindah ke PPS apabila melihat air mula meningkat.

“Kami akui bersikap berlengah untuk berpindah, walaupun air semakin naik sedalam kira-kira 0.2 meter pada sebelah petang, semalam,” katanya.

Artikel : Buletin Tv3
 


Ular hitam gergasi muncul masa banjir


BANGKOK – Satu klip video tular memaparkan seekor ular gergasi berwarna hitam menyusur di dalam banjir dalam kejadian yang mencetuskan kebimbangan penduduk, lapor portal berita Free Press Journal.

Kejadian itu dirakam di daerah Hatyai, wilayah Songkhla, selatan Thailand, baru-baru ini.


Air banjir dilihat mencapai paras pinggang orang dewasa.

Penduduk tempatan berkata, ular akan mencari tempat berlindung termasuk kawasan perumahan apabila habitat asalnya dinaiki air susulan hujan lebat berterusan.

Rakaman itu mencatatkan lebih 1 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.

“Setiap haiwan juga mahu hidup,” kata seorang netizen.

“Kalau saya, saya takkan turun daripada bumbung,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Artikel : Kosmo Online
 

14114505180606845-348122.jpg

14114505180606845-348123.jpg

14114505180606845-348124.jpg

14114505180606845-348125.jpg

14114505180606845-348126.jpg

14114505180606845-348127.jpg

14114505184821117-348128.jpg

14114505184821117-348129.jpg

14114505184821117-348130.jpg

14114505184821117-348131.jpg

14114505184821117-348132.jpg

14114505184821117-348133.jpg

14114505184821117-348134.jpg

14114505184821117-348135.jpg

14114505184821117-348136.jpg

14114505184821117-348137.jpg

14114505209532605-348139.jpg

14114505209532605-348140.jpg

14114505209532605-348141.jpg


#OPERASI

APM KUANTAN GIAT LAKSANAKAN OPERASI
MENYELAMAT MANGSA BANJIR


• PPS SK Pelindung - 95 orang mangsa
• PPS SK Sungai Ular - 51 orang mangsa
• PPS SK Sungai Karang - 256 orang mangsa
• Beberapa lagi PPS turut dibuka di kawasan yang terjejas bagi menampung jumlah mangsa yang semakin meningkat.

Selain itu, APM Kuantan turut menghantar bantuan kubikel TANT ke beberapa lokasi tambahan sebagai langkah persediaan awal bagi menghadapi kemungkinan pertambahan mangsa banjir.


Talian Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Kuantan, 09-572 4723 / 09-572 4351.

Untuk sebarang kecemasan, orang ramai boleh menghubungi 999 atau 09-5171457 (Talian Terus APM Kuantan) yang beroperasi 24 jam.

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
APM Pahang
Adam Rahman
Zahidi Zainudin Zahidi

Sumber APM Kuantan
 
14115858044174869-348690.jpg

14115858044174869-348691.jpg

14115858044174869-348692.jpg

14115858044174869-348693.jpg


APM KLUANG

- KES MENANGKAP ULAR

Pada jam 1007H, Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Kluang telah menerima satu panggilan daripada RCMLK bahawa terdapat 01x Kes Menangkap Ular di Kampung Bentong Dalam, Kluang. Kes telah diselesaikan pada jam 1037H seramai 01 x Pegawai dan 03 x Anggota Lain-Lain Pangkat, Ular berjaya ditangkap.

Sebarang Kecemasan boleh hubungi talian 999.

©️2025 Unit PRO APM Daerah Kluang

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Johor
Jabatan Perdana Menteri

Sumber APM Kluang
 
14117339720693613-349440.jpg

14117339720693613-349441.jpg

14117339720693613-349442.jpg

14117339720693613-349443.jpg


𝑺𝑰 𝑯𝑰𝑱𝑨𝑼 𝑫𝑰 𝑲𝑨𝑩𝑬𝑳 𝑬𝑳𝑬𝑲𝑻𝑹𝑰𝑲



📞
Hubungi APM Betong jika anda menghadapi sebarang kecemasan di talian 📠 (083-472861) atau talian kecemasan 🚨 999

SEDIA, PANTAS, BERINTEGRITI

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Jabatan Perdana Menteri
Mohtar Samat
Apm Betong
Apm Spaoh
APM DEBAK
Apm Negeri Sarawak
APM Sarawak

Sumber APM Betong
 


Seram, Dua Ekor Ular Sawa Besar & Panjang 'Sembunyi' Dalam Siling Kedai Motosikal


Seram, Dua Ekor Ular Sawa Besar & Panjang 'Sembunyi' Dalam Siling Kedai Motosikal
Fenomena ular masuk ke dalam rumah adalah perkara biasa dan pernah dilaporkan sebelum ini.

Ketika masuk ke rumah-rumah yang ada penghuni, haiwan itu cenderung bersembunyi di kawasan gelap dan terasing seperti di bawah katil, celah-celah dapur dan di atas siling rumah.

Situasi boleh jadi cukup berbahaya sekiranya tetamu tidak diundang itu tergolong dalam spesis berbisa dan berbahaya.

Sebarang pertembungan secara tidak sengaja mungkin boleh mengundang malapetaka yang kita semua tidak sanggup untuk bayangkan.

Apa yang menakutkan, kehadiran ular berbisa mahupun tidak ini tidak boleh dijangka, yang pastinya membuatkan kita meremang bulu roma.

Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan dua ekor ular sawa bersaiz besar dan panjang hampir terjatuh dari siling sebuah kedai motosikal di Butterworth, Pulau Pinang.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @rimo7018 di TikTok, pada awalnya individu tersebut ingin mengambil topi keledar di dalam bilik stor. Namun, ketika hendak menutup semula pintu, ia tiba-tiba tersangkut dan tidak dapat ditolak.

Lebih mengejutkan, haiwan itu kelihatan tersembunyi di dalam siling kedai dan hampir terjatuh, sekali gus mencetuskan panik serta ketakutan kepada semua yang berada di sekitarnya.

Turut dapat dilihat sepasukan anggota bomba bertungkus-lumus dan mengambil masa kira-kira 15 minit untuk menangkap ular sawa terbabit.


Manakala ular kedua yang bersaiz besar dilihat agak sukar untuk dikeluarkan, memerlukan beberapa anggota bomba bekerjasama sebelum akhirnya berjaya membawanya keluar dari kawasan kedai.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberikan pelbagai reaksi dan memberikan komen tentang saiz ular tersebut.

"Cara dia tergantung dari siling tu terbayang anaconda... ni dah pun dah besar. Takutnya," komen seorang wargamaya.

"Dari mana dia masuk? Aduh seram pula nak tidur," komen seorang lagi wargamaya.

Artikel : Siakap Keli
 
349742-349742.jpg


MENGANDUNG DULU BARU NAK NIKAH

Satu pasangan datang ke Pejabat Kadi Kulai untuk urusan nikah segera.

Lelaki bujang umur 20-an dan wanita 30-an di atas kertas dan dalam sistem masih anak dara. Wanita 8 tahun lebih tua dari lelaki. Lelaki baru bekerja manakala wanita dah lama bekerja di sini.

Keluarga wanita dan lelaki turut hadir mengiringi pasangan ini.

Pasangan ini ingin bernikah segera kerana ada kisah sudah mengandung dulu. Jangan tanya kenapa jadi begini sebab ini umpama kisah ada kerang di sebalik mee goreng mamak kurang pedas.

Pasangan ini dirujuk ke Bahagian Penguatkuasa JAINJ untuk tindakan lanjut.

Ibu wanita ini perasan perubahan pada anaknya sehingga anaknya mengaku sendiri telah ditebuk dan dihongges tupai sehingga super merana ditanggung badan.

Wanita terus mengaku buat kerja ini dengan endut dia suka sama suka, rasa sama rasa. Pada peringkat awal, mereka belum terfikir hendak nikah kerana lelaki baru bekerja dan lebih kepada enjoy dan test power saja.

Mereka simpan rahsia ketat-ketat dengan mengamalkan slogan, dah rakam jangan lupa delete.

Lelaki pula duduk tidak berapa jauh dari rumah wanita dan keluarga saling mengenali.

Keadaan pada mulanya tegang antara keluarga wanita dan lelaki tetapi penyelesaian dicapai untuk menutup malu keluarga.

Kerelaan lelaki bersetuju adalah lebih baik dari dia lari menjajor atau menyasor tak tahu hala atau tak bertanggung jawab, atau ditinggalkan begitu sahaja.

Tiada pergaduhan berlaku melibatkan geng kampung, geng tembok atau geng tiang lampu.

Keluarga wanita sangat kecewa tapi kena fikir juga, teh tarik tak akan terjadi tanpa campuran teh dan susu pekat digodak dalam gelas secara sukarela.

Keluarga perempuan pun sendiri sedar, anak perempuan juga sama birah bagai naga berapi menyala dan ini berpunca dari kerelaan sendiri.

Penguatkuasa nenghantar wanita ini ke hospital Kulai untuk pemeriksaan lanjut dan disahkan telah mengandung 3-4 bulan dan bukan perut besar sebab makan banyak.

Wanita mengaku perbuatan terlarang ini berlaku beberapa kali sampai tak ingat berapa kali dan berapa pusingan pertarungan itu. Itu belum ditanya keputusan penuh siapa pemenang pertarungan dan berapa kali pusingan kalah mati.

Bagaimanapun, pasangan ini ingat episod senak dan seram itu kali terakhir pada September 2025 di sebuah hotel di Kulai. Tujam mereka sewa bilik sebelah petang selama sejam sahaja.

Pasangan ini mengaku takut sekiranya tertangkap, sebab itulah mereka tak pernah tidur bersama di hotel. Mereka sewa jam untuk projek saja dan terus balik segera walaupun peluh belum habis menitis lagi. Kalau sangap sebab mengantuk pun kena keluar, nanti tauke hotel suruh tambah duit.

Pasangan ini kata tidak sengaja termengandung walaupun beberapa langkah telah dilakukan termasuk memakai stokin kecil jenama tak tahu.

Ada kalanya tidak memakai apa-apa tetapi mengamalkan petua separuh masak yang dipelajari dalam video di Internet.

Alangkan pasangan suami isteri pun ada yang tak sengaja termengandung tetapi tak mengapa, itu kira rezeki tak dirancang. Jangan marah dengan laki Puan. Inikan pula pasangan yang tak pro macam dia orang ni.

Akhirnya wanita telah menanggung penderitaan apabila bisa ular senduk menyerang menusuk ke sasaran tubuhnya.

Perempuan dah bonyok baru nak nikah tetapi itu lebih baik kerana lelaki ambil tanggungjawab. Semoga dipermudahkan segala urusan dan menjadi suami isteri dan ibubapa mithali selepas nikah nanti.

Pasangan ini akan didakwa seksyen 23 kerana berzina yang boleh membawa hukuman denda sehingga 5 ribu ringgit atau 3 tahun penjara atau 6 sebatan atau kesemua hukuman ini.

Kau umpama bunga yang mekar di hatiku
Ku harap kau mekarlah selama-lamanya
Kau umpama bintang menyinari hidupku
Ku harap kau terus bersinar

Ketika kau perlukan aku
Sentiasa aku ada di sisimu
Ketika kurindu padamu
Terasa cinta semakin dalam

Sumber Penguatkuasa JAINJ
 
Back
Top
Log in Register