MENGANDUNG DULU BARU NAK NIKAH
Satu pasangan datang ke Pejabat Kadi Kulai untuk urusan nikah segera.
Lelaki bujang umur 20-an dan wanita 30-an di atas kertas dan dalam sistem masih anak dara. Wanita 8 tahun lebih tua dari lelaki. Lelaki baru bekerja manakala wanita dah lama bekerja di sini.
Keluarga wanita dan lelaki turut hadir mengiringi pasangan ini.
Pasangan ini ingin bernikah segera kerana ada kisah sudah mengandung dulu. Jangan tanya kenapa jadi begini sebab ini umpama kisah ada kerang di sebalik mee goreng mamak kurang pedas.
Pasangan ini dirujuk ke Bahagian Penguatkuasa JAINJ untuk tindakan lanjut.
Ibu wanita ini perasan perubahan pada anaknya sehingga anaknya mengaku sendiri telah ditebuk dan dihongges tupai sehingga super merana ditanggung badan.
Wanita terus mengaku buat kerja ini dengan endut dia suka sama suka, rasa sama rasa. Pada peringkat awal, mereka belum terfikir hendak nikah kerana lelaki baru bekerja dan lebih kepada enjoy dan test power saja.
Mereka simpan rahsia ketat-ketat dengan mengamalkan slogan, dah rakam jangan lupa delete.
Lelaki pula duduk tidak berapa jauh dari rumah wanita dan keluarga saling mengenali.
Keadaan pada mulanya tegang antara keluarga wanita dan lelaki tetapi penyelesaian dicapai untuk menutup malu keluarga.
Kerelaan lelaki bersetuju adalah lebih baik dari dia lari menjajor atau menyasor tak tahu hala atau tak bertanggung jawab, atau ditinggalkan begitu sahaja.
Tiada pergaduhan berlaku melibatkan geng kampung, geng tembok atau geng tiang lampu.
Keluarga wanita sangat kecewa tapi kena fikir juga, teh tarik tak akan terjadi tanpa campuran teh dan susu pekat digodak dalam gelas secara sukarela.
Keluarga perempuan pun sendiri sedar, anak perempuan juga sama birah bagai naga berapi menyala dan ini berpunca dari kerelaan sendiri.
Penguatkuasa nenghantar wanita ini ke hospital Kulai untuk pemeriksaan lanjut dan disahkan telah mengandung 3-4 bulan dan bukan perut besar sebab makan banyak.
Wanita mengaku perbuatan terlarang ini berlaku beberapa kali sampai tak ingat berapa kali dan berapa pusingan pertarungan itu. Itu belum ditanya keputusan penuh siapa pemenang pertarungan dan berapa kali pusingan kalah mati.
Bagaimanapun, pasangan ini ingat episod senak dan seram itu kali terakhir pada September 2025 di sebuah hotel di Kulai. Tujam mereka sewa bilik sebelah petang selama sejam sahaja.
Pasangan ini mengaku takut sekiranya tertangkap, sebab itulah mereka tak pernah tidur bersama di hotel. Mereka sewa jam untuk projek saja dan terus balik segera walaupun peluh belum habis menitis lagi. Kalau sangap sebab mengantuk pun kena keluar, nanti tauke hotel suruh tambah duit.
Pasangan ini kata tidak sengaja termengandung walaupun beberapa langkah telah dilakukan termasuk memakai stokin kecil jenama tak tahu.
Ada kalanya tidak memakai apa-apa tetapi mengamalkan petua separuh masak yang dipelajari dalam video di Internet.
Alangkan pasangan suami isteri pun ada yang tak sengaja termengandung tetapi tak mengapa, itu kira rezeki tak dirancang. Jangan marah dengan laki Puan. Inikan pula pasangan yang tak pro macam dia orang ni.
Akhirnya wanita telah menanggung penderitaan apabila bisa ular senduk menyerang menusuk ke sasaran tubuhnya.
Perempuan dah bonyok baru nak nikah tetapi itu lebih baik kerana lelaki ambil tanggungjawab. Semoga dipermudahkan segala urusan dan menjadi suami isteri dan ibubapa mithali selepas nikah nanti.
Pasangan ini akan didakwa seksyen 23 kerana berzina yang boleh membawa hukuman denda sehingga 5 ribu ringgit atau 3 tahun penjara atau 6 sebatan atau kesemua hukuman ini.
Kau umpama bunga yang mekar di hatiku
Ku harap kau mekarlah selama-lamanya
Kau umpama bintang menyinari hidupku
Ku harap kau terus bersinar
Ketika kau perlukan aku
Sentiasa aku ada di sisimu
Ketika kurindu padamu
Terasa cinta semakin dalam
Sumber Penguatkuasa JAINJ