BTC USD 84,530.8 Gold USD 4,273.26
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cuaca panas, ular semakin banyak dijumpai

14043369750391541-315371.jpg

14043369750391541-315372.jpg

14043369750391541-315373.jpg

14043369750391541-315374.jpg


#Operasi

17 OGOS 2025 | AHAD

KES MENANGKAP ULAR DI MINI MARKET CAHAYA, LIPIS

Masa : 12.23 tengahari
Lokasi : Mini Market Cahaya, Lipis
Petugas : 2x Anggota
Kenderaan : 1x Ambulan 4x4 (CC221)
Catatan : Seekor ular jenis sawa burung (Chrysopelea paradisi) berjaya ditangkap.

Hubungi kami APM Daerah Lipis di talian MERS 999 atau talian terus 09-3122999 / 09-3101710 untuk bantuan dan kecemasan.

APM | SEDIA | PANTAS | BERINTEGRITI

Angkatan Pertahanan Awam Daerah Lipis
APM Pahang
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Jabatan Perdana Menteri

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMadani
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunBaratDaya2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221


Ular tak bisa

Pernah menjalar kat tembok rumah saya.
Teringin nak tangkap
tapi baru nak dekat..dia dah ghaib!

Dia ni laju..boleh meluncur mcm terbang!



...

errr

tapi kenapa ada org terbarimg sakit dalam gambar tu?

Terkejut?
Terjatuh sebab takut ular??
 
14048782025883293-317389.jpg

14048782025883293-317390.jpg

14048782025883293-317391.jpg

14048782025883293-317392.jpg


🐍 Laporan Kes APM Kuala Selangor 🐍

🕘 Masa Respond: 9.22 pagi
📍 Lokasi: Parit 3 Ban 2, Sungai Burong, Tanjung Karang

👮‍♂️ Jenis Kes: Menangkap Ular (KMU)
📞 Sumber Panggilan: Orang Awam

Pasukan APM Kuala Selangor yang terlibat:

LKPL (PA) Shaari Nuning

PBT (PA) Fazalina

PBT (PA) Suraya Fatonah

PBT (PA) Armand Salleh

✅ Status Operasi: Berjaya menangkap seekor ular tedung hitam bersaiz dewasa.

#APMKualaSelangor #KesMenangkapUlar #KeselamatanKomuniti
 
hari tu ada nampak jugaklah ular hitam tapi kecik je dalam rumah...bila g dapur nak capai apa2 datang balik hilang dah...harap2 lari luar lah tak buat sarang alam rumah
 


Diganggu bunyi misteri, rupanya…


PETALING JAYA – Misteri bunyi pelik yang kedengaran di bilik tidur sebuah rumah akhirnya terjawab apabila anggota Angkatan Pertahanan Awam Amalaysia (APM) berjaya menemui seekor ular sawa bersembunyi di sebalik almari.

Menerusi perkongsian seorang anggotanya di TikTok @pijaiecha, pemilik rumah mendakwa sering terdengar bunyi misteri di dalam bilik

Curiga dengan keadaan tersebut, pemilik rumah memeriksa kawasan sekitar sebelum ternampak reptilia itu tersepit di celah almari.

“Diganggu bunyi misteri, akhirnya terjawab hari ini,” tulis @pijaiecha di ruangan kapsyen video tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai rekasi diberikan orang ramai dan perkongsian anggota APM tersebut berjaya meraih lebih 38,000 tontonan dalam tempoh dua jam.

“Syukur, tiada kecederaan. Tuan rumah pantas, abang APM pun pantas tangkap ular, besar juga tu,” kata Aizat.

“Weh besarnya. Macam mana dia masuk tu,” soal Afiza.

“Teringat wayar belakang televisyen bergoyang. Mak intai, mak cakap kain buruk. Takkan la wayar goyang, aku tengok betul-betul rupanya biawak besar. Jerut dengan tali, dia lari sekali tali tu terikat dekat leher. Entah hidup ke tidak lagi sekarang,” kongsi @lychee09.

Artikel : Kosmo Online
 



Ular Tedung Selar, RISIKO Nak Meninggal Tinggi Sedaghaa Bila Kena Patukkkkk! Sediakan Payung Sebelum Hujan!😂 #TqAPAM_JPAM #Risiko
#LihatKomen
.
Credit : mohamad_Sofee83
.
Kg. Telaga Mas, Pokok Sena Kedah
 
676f2a5868a330a1ebe714f614d2baf068aebe27aa4c1

9c240b009a69c53a482571e018b5dcb968aebe16d985c

f6006372f3f51b1ccf8d63f4047dddfb68aebe02b3020


Penghuni sebuah rumah di Kampung Kempadang di sini hari ini dikejutkan dengan kehadiran seekor ular sawa seberat lebih 80 kilogram (kg) yang jatuh dari siling bilik kediaman itu.

Penghuni rumah, Mazlan Zakaria, 67, berkata pada mulanya dia terdengar bunyi runtuhan dan mendapati ia akibat siling di bilik anak perempuannya yang jatuh.

Seketika kemudian, pesara itu terdengar bunyi runtuhan kedua lalu pergi ke bilik berkenaan sebelum terlihat ular sawa dengan panjang dianggarkan 10 meter berada di atas katil bersama sisa runtuhan siling.

“Kebelakangan ini memang terdapat bunyi di atas bumbung, saya ingat tikus atau anak musang yang berlari pada waktu malam dan hari ini kami sekeluarga dikejutkan dengan kehadiran ular yang sangat besar dari siling bumbung rumah.

“Kami segera buat panggilan 999 untuk minta bantuan sebelum pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) datang mengeluarkan ular berkenaan dari rumah,” katanya ketika ditemui Bernama.

Sementara itu, anak perempuan Mazlan yang hanya ingin dikenali sebagai Wani, 20, berkata sekitar dua tahun lepas rumah berkenaan pernah ‘dikunjungi’ reptilia berkenaan.

“Ketika itu ular hanya berada di laman rumah tidak sempat masuk dan ditangkap tetapi hari ini seekor lagi berada di atas siling bilik mujur ketika kejadian saya sedang berada di luar bilik,” katanya.

Pegawai APM Daerah Kuantan Mejar (PA) Zahidi Zainudin berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 11.53 pagi tadi sebelum 10 anggota dan dua pegawai bergegas ke lokasi kejadian.

Zahidi berkata operasi mengeluarkan ular sawa dari rumah berkenaan mengambil masa kira-kira 45 minit berikutan saiz reptilia itu yang besar dan panjang.

 
14051154688293717-318356.jpg

14051154688293717-318357.jpg

14051154688293717-318358.jpg

14051154688293717-318359.jpg

14051154688293717-318360.jpg

14051154688293717-318361.jpg

14051154688293717-318362.jpg


TARIKH : 27/8/2025
MASA. : 22:28:00 - 23:26:00
TEMPAT: NO2 JLN SURIA 14 SIMPANG RENGGAM

PERIHAL KEJADIAN :-

SETIBANYA PASUKAN KELUARAN OPERASI DITEMPAT KEJADIAN DIDAPATI BENAR TERDAPAT SEEKOR ULAR SAWA PANJANG 20 KAKI DI DALAM SEMAK BELAKANG RUMAH DAN TELAH MEMBUNUH SEEKOR ANJING. KOMANDER OPERASI MEMBUAT SIZE UP DAN MENGARAHKAN ANGGOTA DENGAN PPE LENGKAP MENANGKAP ULAR TERSEBUT MENGGUNAKAN ALAT 1 PENJERUT SEHINGGA ULAR BERJAYA DITANGKAP . SETELAH DIPASTIKAN KEADAAN SELAMAT PKO BERTOLAK BALIK KE BALAI

SEKIAN TERIMA KASIH.

Bbp Renggam
 
14051483488281957-318448.jpg

14051483488281957-318449.jpg

14051483488281957-318450.jpg

14051483488281957-318451.jpg


Ular sawa dua meter ditemui di halaman rumah berjaya ditangkap

Utusan Sarawak

MIRI: Seorang penghuni sebuah rumah di Jalan Perkasa Senadin di sini dikejutkan dengan kehadiran seekor ular sawa batik sepanjang lebih dua meter di halaman rumah, pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong Henry Jugah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada pengadu sekitar 6.30 pagi meminta bantuan menangkap ular.

Katanya, sepasukan bomba BBP Lutong bergegas ke lokasi yang terletak pada jarak lapan kilometer dari balai.

“Setibanya bomba di lokasi kejadian, didapati benar ada seekor ular sawa di halaman rumah pengadu seperti yang dilaporkan.

“Setelah membuat penilaian, pasukan bomba bertindak menangkap ular tersebut menggunakan penyepit dan penjerut ular,” katanya di sini.

Henry berkata, ular itu kemudiannya berjaya ditangkap pihaknya kira-kira lima minit. Reptilia itu kemudian dilepaskan ke kawasan hutan berhampiran.


Artikel : Utusan Sarawak
 
14057137909078125-320687.jpg

14057137909078125-320688.jpg

14057137909078125-320689.jpg

14057137909078125-320690.jpg

14057137909078125-320691.jpg

14057137909078125-320692.jpg


Ular sawa batik bersembunyi bawah rumah

Utusan Sarawak

SPAOH: Seorang penduduk di Kampung Hilir Spaoh gempar sebaik sahaja mengetahui ular sawa batik sepanjang tujuh kaki bersembunyi di bawah rumahnya malam tadi.


Beliau segera menghubungi Angkatan Pertahanan Awam (APM) Spaoh untuk memohon bantuan.


Hanya lima minit selepas tiba di lokasi, pasukan APM Spaoh berjaya menjerut dan menangkap ular sawa berkenaan dengan menggunakan peralatan khas.

Reptilia itu kemudian dibawa balik ke Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Spaoh untuk tindakan pelepasan semula ke habitat asal.

APM Spaoh menegaskan orang ramai dinasihat untuk menghubungi pihak APM terutamanya yang berkemahiran dalam mengendalikan kes kediaman atau premis diceroboh haiwan berbisa terutama ular bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Jika mempunyai sebarang kes kecemasan, sila hubungi PKOD APM Spaoh di talian 083-473006 atau talian kecemasan 999.


Artikel : Utusan Sarawak
 

14065198010573477-324569.jpg

14065198010573477-324570.jpg

14065198010573477-324571.jpg

14065198010573477-324572.jpg


#operasi

RABU | 17.09.2025
𝐊𝐄𝐒 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐏 𝐔𝐋𝐀𝐑

PKOD Apm Daerah Baling terima 1 laporan daripada orang awam mengenai Kes Ular di KG GUAR , KUALA KETIL . Anggota Apm Daerah Baling bergerak ke lokasi dan berjaya menangkap ular tersebut. Terima Kasih pada Anggota yang menjalankan tugas dengan sempurna.

#APMsanasini
#APM
 
Back
Top
Log in Register