BTC USD 80,516.0 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cuaca panas, ular semakin banyak dijumpai



Kuat ular ni melawan ya’


PETALING JAYA – Sepasukan anggota bomba bertungkus-lumus menangkap seekor ular tedung yang masuk ke sebuah rumah mengundang rasa gerun dalam kalangan pengguna media sosial.


Pada video tersebut, kelihatan sepasukan anggota bomba berusaha menangkap reptilia berkenaan dengan alas khas.

Seorang anggota bomba memijak ekor ular tersebut bagi mengawalnya.

Bagaimanapun, ular tedung itu berpusing cuba melepaskan diri dan ia dibawa keluar rumah, seterusnya berjaya dimasukkan ke dalam karung.

Menerusi ruangan komen, orang ramai gerun dan seram dengan kehadiran ular tersebut di dalam rumah, lebih-lebih lagi saiznya yang besar.

“Trauma aku kalau ular besar-besar ni. Mahu sebulan tak nak masuk rumah,” kata pengguna TikTok ct_renata.

“Kuat melawan ya,” komen Aqilahqila89.

“Rumah jiran saya ular sawa sampai bertelur atas bumbung. Dia selalu dengar bunyi atas bumbung, fikir musang. Lama macam tu, anak dia nampak ular naik atap dari luar rumah. Bila dia periksa, ular sawa berterus atas atap, panggil bomba dan tangkap dengan telur-telur sekali,” komen RiRaiRa.

Artikel : Kosmo Online
 
14073198217426445-327884.jpg

14073198217426445-327885.jpg


Pada jam 12mlm 29/9/2025 hari ini isteri saya berusia 29tahun sedang hamil anak kedua usia kandungan 8bulan sedang gunakan tandas, dia dipatuk ular sawa, sekarang sedang di rawat/pantau di hospital batu pahat, johor. Mengalami luka kesan gigitan, mangsa berapa dalam keadaan setabil. Kejadian berlaku di (rumah taman) batu pahat johor.


Sekarang ular nya hilang masuk semula dalam lubang tandas, apa yang perlu saya buat?

Jpam sarankan siram lubang tandas dengan air panas atau guna clorox, tapi saya masih risau

Kredit ➡️ Parit Raja Ayer Hitam
 
14074353565957005-328359.jpg

14074353565957005-328360.jpg

14074353565957005-328361.jpg


Seawal 3.28am tetamu depan rumah. Kejadian dialamat pekan razaki.

Anggota membuat tangkapan ular sawa sepanjang 14kaki dan dilepaskan ditempat selamat

Sumber Bbp Ipoh
 


14079499858291213-331096.jpg

14079499858291213-331097.jpg

14079499681046789-331093.jpg


Seorang penunggang motorsikal bernasib baik apa bila sedang menunggang motorsikal terserempak ular tedung selar melintas.

Ular tersebut kemudian tersangkut dan tersepit di celah pemijak kaki motorsikal.

Kejadian jarang berlaku ini terjadi di kampung Bonggol, Sik Kedah.

08 okt 2025

Eddie, Black umum tinggalkan Wings

Black (kiri) dan Eddie, mengundurkan diri dari WINGS.
KUALA LUMPUR: Industri hiburan tanah air dikejutkan dengan pengumuman dua anggota Wings iaitu Eddie dan Black apabila bertindak mengundurkan diri daripada kumpulan rock legenda terbabit.

Pemain bass dan dram itu mengedarkan kenyataan ringkas kepada media berhubung pengunduran mereka, malam ini.

“Kami, Azmi Hashim atau dikenali juga sebagai ‘Black Wings’ dan Samsaidi Ulong Idris atau dikenali juga sebagai ‘Eddie Wings’, telah mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dari kumpulan WINGS berkuat kuasa serta-merta iaitu pada hari ini, Rabu bertarikh 8.10.2025.

“Dengan ini kami juga ingin memaklumkan bahawa kami tidak akan terlibat dalam ‘Konsert WINGS 40 Tahun Celebration’ yang dijadualkan berlangsung pada 28 November 2025 di Kuala Lumpur dan 24 Disember 2025 di Singapura nanti. Sekian,” kata kenyataan itu.

Kenyataan berkenaan turut disertai tanda tangan masing-masing.

Difahamkan, konsert terbabit mendapat sambutan peminat apabila banyak tiket sudah terjual.

Kredit ➡️ Buletin TV3
 
Remaja terjun motosikal elak ‘King Cobra’


SIK: Seorang remaja lelaki sempat membrek motosikalnya selepas terkejut melihat seekor ular King Cobra melintas di hadapannya, malam tadi.

Dalam kejadian 7.30 petang semalam, mangsa yang berusia 16 tahun itu sempat terjun daripada motosikalnya untuk menyelamatkan diri di halaman rumahnya di Kampung Banggol Sik Dalam, dekat sini.

Malangnya, ular tedung selar itu tersangkut pada brek motosikal dan terlekat di situ.

Bagaimanapun, remaja itu tidak mengalami kecederaan dan pihak bomba tiba di lokasi tidak lama kemudian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik, Penolong Penguasa Bomba Mohd Jamil Mat Daud berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 7.40 malam.

Beliau berkata, sepasukan anggota yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) I, Soffuan Sabri bersama lima anggota tiba di lokasi tidak lama kemudian.

“Ular tedung selar sepanjang empat meter yang tersangkut pada brek motosikal itu akhirnya berjaya ditangkap menggunakan penjerut.

“Operasi selesai pada jam 7.54 malam,” katanya.

📹 Credit owner.

Sumber : Buletin TV3
 


14079756866235925-331113.jpg
 


10 saat jinak tedung selar sepanjang 5 meter

09 Oktober 2025 02:57pm

KUALA KRAI – Seorang lelaki hanya mengambil masa 10 saat untuk menangkap seekor ular tedung selar sepanjang lima meter seberat 12 kilogram (kg) yang bersembunyi di dalam sebuah peti sejuk buruk di Kampung Sungai Embak, di sini pada Khamis.

Mohd Hamdan Mahadi yang berpengalaman luas dalam kerja-kerja menangkap ular berkata, beliau menerima panggilan daripada penduduk kampung mengenai kehadiran reptilia berkenaan kira-kira jam 9.30 pagi dan segera ke lokasi kejadian.

“Berbekalkan pengalaman, saya hanya mengambil masa 10 saat untuk menangkap ular sepanjang lima meter itu,” katanya ketika dihubungi.

Beliau yang juga Pengerusi Pasukan Khas Cobra Malaysia (PKCM) berkata, ketika tiba di lokasi, ular berkenaan ditemui berada di dalam sebuah peti sejuk buruk yang terletak di belakang rumah penduduk.

Ujarnya, ular itu kemudiannya dilepaskan semula ke kawasan habitat asal yang jauh dari penempatan penduduk bagi memastikan keselamatan orang ramai.

Sementara itu, Hamdan turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa membersihkan kawasan halaman rumah bagi mengelakkan kehadiran haiwan berbisa tersebut.

“Keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini menyebabkan ular memilih kawasan kediaman penduduk untuk berlindung.

“Jadi, orang ramai perlu lebih berhati-hati. Jika terlihat kehadiran ular di dalam rumah, segera hubungi pasukan penyelamat bagi mendapatkan bantuan,” katanya.

Artikel : Sinar Harian
 
14084777651367989-333512.jpg

14084777651367989-333513.jpg

14084777647339365-333502.jpg

14084777647339365-333503.jpg

14084777647339365-333504.jpg

14084777647339365-333505.jpg

14084777647339365-333506.jpg

14084777647339365-333507.jpg

14084777647339365-333508.jpg

14084777647339365-333509.jpg

14084777647339365-333510.jpg

14084777647339365-333511.jpg


Ular sawa batik seberat 120kg, 12 meter panjang ditangkap di Pekan



PEKAN: Kebimbangan masyarakat Orang Asli terhadap kemunculan seekor ular sawa batik yang dipercayai turut membaham beberapa ekor kambing penduduk sebelum ini berakhir apabila reptilia seberat 120 kilogram (kg) itu ditangkap di Tanjung Batu, di sini, semalam.

Ular sawa batik sepanjang 12 meter itu ditangkap enam anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pekan yang mengambil masa lebih sejam untuk menundukkan reptilia terbabit.


Katanya, enam anggota APM yang bertugas terpaksa berhati-hati sepanjang operasi kerana reptilia terbabit begitu agresif dan beberapa kali cuba menyerang. Kawasan berpaya menyukarkan lagi usaha menangkap reptilia itu.

Menurutnya, beberapa penduduk Orang Asli yang menetap di situ mendakwa sebelum ini mereka beberapa kali terserempak dengan ular sawa berkenaan dalam kawasan ladang kelapa sawit pada sebelah malam.

“Penduduk Orang Asli di situ turut yakin episod kehilangan beberapa ekor kambing sebelum ini kerana di baham ular sawa berkenaan yang hanya aktif pada sebelah malam. Reptilia bersaiz besar seperti mampu menyerang manusia terutama apabila terdesak.

“Pengalaman luas enam anggota melancarkan lagi operasi menangkap dan memindahkan ular sawa itu tanpa sebarang perkara yang tidak diingini,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.


Artikel : Buletin Tv3
 


‘Saya nampak benda berjuntai depan periuk sup’


PETALING JAYA – Seorang pengguna media sosial berdepan detik cemas apabila seekor ular sawa tiba-tiba muncul di dapurnya ketika dia baru sahaja selesai memasak.

Menerusi satu hantaran video di TikTok, pengguna akaun @intanshazrina._ sempat merekod reptilia berkenaan yang kelihatan tenang berada di kawasan dapurnya.

“Bila ada tetamu yang tak diundang nak makan sup ayam yang kau baru masak,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menurutnya di ruangan komen, dia tidak menyedari kehadiran ular tersebut sehingga dia pergi menghampiri kawasan dapur ketika ingin mengambil lauk.

“Saya tak perasan. Waktu nak tambah lauk saya buka penutup periuk, tahu-tahu ada depan muka.

“Dari jauh nampak benda berjuntai, tapi saya ingat besi sebab saya rabun. Dah buka periuk baru saya perasan, nasib baik tak kena sambar,” katanya.

Rata-rata pengguna media sosial turut terkejut dan meninggalkan komen lucu terhadap kejadian itu.

“Beraninya ambil gambar, kalau saya memang tak pandang lagi dah. Terus lari jauh-jauh,” komen @Rosmawatie.

“Terliur sangat tu cara renung, teringin sangat sup ayam sampai air liur pun ikut meleleh,” kata @sofea.

“Gelinya. Ni kalau depan mata aku, tak tahu lah. Memang terkejut, sumpah seranah, makian semua dia kena,” komen @anggun. – KOSMO! ONLINE

Sumber : Kosmo Online
 
333845-333845.jpg


Taring ular tedung adalah lebih daripada sekadar gigi. Ia merupakan senjata biologi yang dicipta dengan tepat.

Apabila ular menyerang, otot khusus mengecut di sekeliling kelenjar racunnya, mendorong cecair toksik melalui saluran dalaman yang sempit di dalam taring berongga.

Racun ini dihantar dengan ketepatan dan serta-merta akan melumpuhkan mangsa.

Berukuran sehingga 3 sentimeter panjang, taring ini dilipat kemas ke belakang apabila tidak digunakan, terselit seperti jarum yang boleh ditarik sehingga "pukulan" seterusnya.

Apa yang lebih menakjubkan ialah keupayaan ular tedung untuk menjana semula taringnya sepanjang hayatnya.

Ini memastikan sistem penghantaran racunnya kekal tajam, berfungsi dan sedia sepanjang masa.

Reka bentuk alam semula jadi adalah begitu sempurna di setiap perincian.
 
Back
Top
Log in Register