BTC USD 80,415.7 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cuaca panas, ular semakin banyak dijumpai

Terkejut lihat ular sawa ekori kambing

SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA

BALING - Penduduk Kampung Tebing Tinggi di sini dikejutkan dengan kehadiran seekor ular sawa batik seberat kira-kira 90 kilogram yang dikesan mengekori sekumpulan kambing ternakan di sebuah kebun getah pada petang Isnin.


Menurutnya, penduduk berkenaan terkejut apabila terlihat reptilia bersaiz besar berhampiran kawasan ternakan kambing lalu segera menghubungi pihak berkuasa.

"Maklumat awal mengatakan seekor ular sawa batik besar dan panjang itu dilihat mengekori sekumpulan kambing ternakan," katanya.

Bagaimanapun, jelasnya, tindakan pantas pemilik ternakan yang menyedari kehadiran reptilia tersebut berjaya mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

“Ketika kami tiba, didapati ular sawa seberat kira-kira 90 kilogram dan sepanjang kira-kira lima meter itu berada dalam kebun getah berhampiran kawasan ternakan kambing.

“Operasi menangkap ular mengambil masa kira-kira 30 minit dan berjaya dilaksanakan dengan lancar tanpa sebarang kesulitan,” katanya.


Jelasnya, APM sentiasa bersiap siaga menghadapi sebarang kecemasan, lebih-lebih lagi dalam keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini.

"Orang ramai dinasihatkan untuk terus berwaspada dan segera melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya menemui haiwan berbahaya berdekatan kediaman serta tidak bertindak sendiri bagi mengelakkan sebarang risiko," katanya.

Artikel : Sinar Harian

6170160377350964752_121.jpg

6170160377350964753_121.jpg

6170160377350964754_121.jpg
 
Meremang... dua minggu tinggal dengan ular sawa


Semenyih: Menakutkan! Itu yang dirasai Rajesh Khanna Subramaniam selepas dua minggu 'tinggal' bersama ular sawa tanpa sedar kewujudan reptilia itu di dalam rumahnya di Taman Desa Mewah di sini.

Menurutnya, sepanjang tempoh itu dia menjalani rutin hariannya seperti biasa termasuk memasak di dapur yang menjadi tempat ular sawa itu bersembunyi.

Rajesh, 52, berkata, dia hanya menyedari kewujudan ular sawa itu selepas menemui kulit ular di sinki tandas, ruang makan, tepi tingkap dan lantai rumah, sebelum menghubung Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk bantuan, Jumaat lalu.

Berkongsi pengalamannya, Rajesh berkata, dia mendiami rumah itu sendirian dan lebih sebulan rumahnya tidak berpenghuni selepas dia dimasukkan ke Hospital Serdang akibat jangkitan kuman pada buah pinggang bermula 7 April lalu.

Menurutnya, apabila dibenar keluar hospital pada 24 April, dia kemudian menjalani proses pemulihan di rumah keluarga dan hanya pulang ke rumahnya pada 1 Jun lalu.

"Tetapi sepanjang tempoh ditahan di wad, adik ada singgah ke rumah saya untuk ambil barang keperluan dan beritahu bingkai gambar yang tergantung di dinding rumah jatuh. Cuma mustahil nak kata ia angkara kucing kerana tidak nampak ruang untuk haiwan itu masuk.

"Dua minggu lalu, saya pulang dan dapat rasakan ada 'sesuatu' dalam rumah, tetapi tak nampak tanda apa-apa sehinggalah terjumpa kulit ular.

"Gelabah dan meremang dibuatnya dan saya duduk di ruang tamu selepas hubungi APM untuk pantau (keberadaan ular sawa) sementara tunggu anggota tiba," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Rajesh yang bekerja sebagai cef berkata, anggota APM mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mencari dan menangkap ular berkenaan yang berada di atas almari di dapur.

"Agak besar juga saiz ular itu. Tak sangka ia bersembunyi di situ dan terima kasih sangat kepada anggota APM atas kecekapan mereka melakukan tangkapan.

"Saya syak ular itu menjalar dalam rumah pada malam hari untuk cari makanan dan sebab itu kulitnya tertanggal (di beberapa tempat) kerana dalam tempoh bersalin kulit. Cuma saya tak terserempak dengannya waktu di dapur," katanya.

Menurut Rajesh, apa yang berlaku memberi peringatan untuknya supaya lebih berhati-hati dan sentiasa menjaga persekitaran rumah agar tidak semak.

Kisah itu turut dikongsi di Facebook yang kemudian tular dan mendapat pelbagai reaksi.


Artikel : Harian Metro

 
Geli-ular1-scaled.jpg

SEEKOR ular melingkar di atas penutup enjin kereta. - Foto Stomp

SINGAPURA – Seekor ular besar ditemui melingkar di atas penutup enjin kereta di 53 Ubi Avenue 1, Singapura, lapor portal berita Stomp hari ini.

Seorang lelaki dikenali sebagai Justin berkata, rakannya sedang membawa kereta itu untuk diservis di sebuah bengkel kelmarin.

Ular itu dikesan berada pada penutup enjin itu pada pukul 3.15 petang.

Persatuan Penyelidikan dan Pendidikan Keprihatinan Haiwan (Acres) telah dipanggil untuk mengeluarkan reptilia itu dengan selamat

Justin berkongsi video menunjukkan dua anggota Acres mengangkat ular itu daripada  penutup enjin dengan lembut.

“Besar eh,” kata seorang anggota itu.

Selepas ular itu ditangkap, mereka memasukkan haiwan itu ke dalam bekas khas bagi menyimpan haiwan tersebut. – AGENSI

 
7ab5b4b874711aabbbc243957a0726f6687398887c0e5

fb Taman Agroteknologi Mardi Cherating

Seekor tapir jantan yang sering kelihatan di Taman Agroteknologi MARDI Cherating mati selepas dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di KM35 Jalan Kuantan-Kemaman di sini, tengah malam tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuantan Supt Mohd Adli Mat Daud berkata kemalangan kira-kira 12.10 tengah malam itu dipercayai berlaku ketika haiwan berkenaan sedang melintas jalan sebelum dilanggar sebuah Perodua Alza dipandu lelaki berusia 41 tahun.

"Pemandu kenderaan itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan, " katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Adli berkata bangkai tapir yang dianggarkan melebihi 120 kilogram itu telah diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu, Badrol Hisham Mohamad, 44, yang merupakan antara individu terawal berada di lokasi kemalangan berkata beliau terus menghubungi polis dan Perhilitan supaya tindakan segera dapat diambil.

"Tapir berkenaan dipercayai dirempuh kereta yang dinaiki sekeluarga dari arah Kemaman menghala ke Kuantan berdekatan Taman Agroteknologi MARDI Cherating.

"Ketika kejadian terdapat orang awam yang memberhentikan kenderaan dan membantu mengawal lalu lintas kerana kedudukan tapir berada di tengah jalan dengan keadaan gelap dikhuatiri mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain," katanya yang merupakan penduduk Kampung Sungai Ular di sini kepada Bernama.

Taman Agroteknologi MARDI Cherating dalam hantaran di laman Facebook turut berkongsi kisah duka mengenai tapir itu yang merupakan antara keunikan taman berkenaan.

"Hilanglah antara keunikan di Taman Agroteknologi MARDI Cherating dan kehilangan besar buat pencinta haiwan ini.

 
14023967475519813-307961.jpg

14023967475519813-307962.jpg


Lelaki Temui Ular Tedung Selar Gergasi Ketika Potong Rumput di Trang — "Kami Meremang Bila Ia Keluar"


TRANG, THAILAND – Dua lelaki tempatan di Trang mengalami detik mengejutkan apabila secara tidak sengaja menemui seekor ular tedung selar gergasi semasa sedang memotong rumput di sebuah ladang kelapa sawit, memaksa mereka segera menghubungi pasukan penyelamat tempatan.

Pasakorn Keerirak, 26, dan Phanuwat Muangsut, 21, sedang bekerja di Moo 6, Subdaerah Thung Krabue, Daerah Yan Ta Khao, apabila mereka ternampak sesuatu yang disangka ekor tedung kecil. Namun, selepas diperiksa dengan lebih dekat — dan dengan bantuan pasukan penyelamat — mereka mendapati bahawa ia sebenarnya adalah salah satu ular tedung selar terbesar yang pernah dilaporkan di wilayah tersebut.

Pengendali ular berpengalaman, Supat Eadchata, yang lebih dikenali sebagai "Benz Asoraphit" dari Yayasan Penyelamat Sawang Yan Ta Khao, tiba di lokasi bersama pasukannya. Selepas pencarian selama sejam di kawasan belukar tebal, mereka akhirnya berjaya menemui dan menangkap reptilia gergasi itu.

Ular tedung selar tersebut dianggarkan sepanjang 5 meter dan seberat lebih 30 kilogram, menjadikannya yang terbesar pernah ditangkap di Trang. Supat menyatakan bahawa sepanjang kerjayanya, dia tidak pernah menemui ular sebesar itu dan menyifatkannya sebagai “seekor raksasa sebenar”.

Penemuan itu menimbulkan kegusaran dalam kalangan penduduk tempatan, ramai yang tidak pernah melihat ular sebesar itu di kawasan mereka. Ular tedung selar tersebut telah dipindahkan dengan selamat bagi mengelakkan ketakutan atau bahaya berterusan.

"Pada mulanya kami sangka ia cuma ular biasa," kata Pasakorn. "Tetapi apabila pasukan penyelamat menariknya keluar, kami tergamam. Kami tak pernah lihat ular seperti itu — ia benar-benar buat kami meremang."

By pattaya mail.
 
14024718064732245-308323.jpg

14024718064732245-308324.jpg

14024718064732245-308325.jpg

14024718064732245-308326.jpg



"DIAM-DIAM MENGEJUTKAN"

BETONG - Pasukan Apm Betong telah merespon satu Kes Menangkap Ular di Jalan Betong - Skrang pada Isnin pagi tadi.


Kes berjaya diselesaikan dengan cekap dan cepat tanpa sebarang kecederaan.

📞
Hubungi APM Betong jika anda menghadapi sebarang kecemasan di talian 📠 (083-472861) atau talian kecemasan 🚨 999

SEBARANG INFO LANJUT BOLEH DIPEROLEHI DENGAN MENGIKUTI

SEDIA, PANTAS, BERINTEGRITI

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Jabatan Perdana Menteri
Mohtar Samat
Harith Irfan Qaseh Amanda
Apm Spaoh
Apm Betong
APM DEBAK
Apm Negeri Sarawak
APM Sarawak

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMadani
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut2025
#MonsunBaratDaya2025
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#Taatsetia
 
f9e0762c6e489262a0f7bbaa53d1979c5f3be152ef0f1


Pasukan Gerakan Am (PGA) menumpaskan cubaan seludup 100,000 batang rokok putih tidak bercukai selepas menahan sebuah kenderaan di Jalan Tali Air, Kampung Paya Ular, Bunut Susu, Pasir Mas semalam.

Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata hasil pemeriksaan mendapati, rokok tidak bercukai berkenaan yang dipercayai untuk dijual ke pasaran tempatan itu berada dalam kereta suspek.

“Bagaimanapun, suspek berjaya melarikan diri dan meninggalkan kenderaan di tepi jalan. Anggaran rampasan bernilai RM 227,000 termasuk kenderaan dan diserahkan ke Ibu Pejabat Daerah Pasir Mas untuk tindakan selanjutnya.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 
14032377519568365-311230.jpg

14032377519568365-311231.jpg

14032377519568365-311232.jpg


Atuk simpan 32 tan ‘harta karun’ dalam rumah


JOHOR BAHRU – Seorang lelaki warga emas yang mempunyai hobi pelik iaitu mengumpul sampah atau hoarding disorder di kediamannya di Taman Sentosa, di sini sejak 30 tahun lalu telah ‘berjaya’ kumpul 32 tan sampah.

Ahli Majlis Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) kawasan Taman Sentosa / Taman Pelangi, Sally Ng Lied Ying berkata, hobi pelik lelaki berkenaan telah membawa banyak masalah kepada kawasan sekitar.

Menurutnya, antara masalah itu termasuklah bau busuk dan juga kehadiran haiwan perosak seperti tikus, ular, lipas, anai-anai serta lalat.

“Akibat terlalu banyak sampah dikumpul, kediaman ini sudah tidak boleh didiami. Lelaki itu sendiri tidur di lorong belakang rumahnya kerana terlalu banyak sampah di dalam rumah.

“Longgokan sampah bukan sahaja dalam rumah, tetapi turut memenuhi ruang garaj sehingga ke kawasan hadapan rumah menyebabkan jiran-jiran berasa tidak selesa,” katanya ketika ditemui semasa operasi pembersihan yang dijalankan MBJB bersama SWM Environment Sdn. Bhd.

Tambah Sally Ng, sebanyak 32 tan sampah telah berjaya dikeluarkan selepas pihaknya berjaya memujuk bekas guru itu termasuk dengan memberikan wang bagi barangan kitar semula.

“Sebenarnya kita sudah pujuk dia untuk bersihkan rumah sejak dua tahun lalu, tetapi dia enggan beri kerjasama. Namun kali ini kami terpaksa ambil tindakan kerana aduan banyak diterima.

“Lelaki ini dakwa barangan itu dikumpul untuk dijual secara kitar semula dan berharga RM8,000. Namun berdasarkan pengiraan kami anggaran nilai kitar semula tidak sampai RM1,000, namun kami berikan dia RM1,000,” ujarnya.

Artikel : Kosmo Online
 
14032466267092757-311271.jpg

14032466267092757-311272.jpg

14032466267092757-311273.jpg

14032466267092757-311274.jpg


Anggota APM berjaya tangkap ular sawa batik 12 kaki

Utusan Sarawak

SIMANGGANG: Seorang penduduk di Jalan Batang Lupar, Simanggang terkejut apabila melihat seekor ular sawa batik bersaiz besar berada di dalam longkang hadapan rumahnya, petang tadi.

Menurut Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sri Aman, Leftenan Kamal Bujang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.06 petang daripada pengadu yang baru sahaja pulang ke rumah sebelum menyedari kehadiran reptilia tersebut.

Beliau berkata, empat anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sri Aman dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima laporan.

“Operasi menangkap ular mengambil masa selama 28 minit dan berjaya dilaksanakan dengan menggunakan teknik menjerut dan menyepit.

“Ular yang dikenal pasti sebagai spesies sawa batik dengan anggaran panjang 12 kaki itu kemudian dibawa keluar dari kawasan perumahan bagi memastikan keselamatan penduduk sekitar,” katanya.

Kamal memberitahu pihak APM menasihatkan orang ramai agar tidak panik sekiranya menemui haiwan berbisa atau berbahaya, sebaliknya segera menghubungi pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.


Artikel : Utusan Sarawak
 
Back
Top
Log in Register