hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 27,513
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 27,513
- Reaction score
- 1,681
- Points
- 201
Bomba tangkap ular sawa 70kg
TAIPING – Seekor ular sawa batik seberat 70 kilogram dijumpai di dalam parit di Kampung Sungai Limau, Trong di sini hari ini.
Ular sepanjang enam meter itu bagaimanapun berjaya ditangkap oleh sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Trong.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Trong, Mohd. Shahidan Hassan berkata, maklumat kehadiran reptilia itu diterima daripada penduduk kampung pada pukul 12.09 tengah hari.
Katanya, anggota yang tiba di lokasi segera menangkap ular sawa berkenaan dengan menggunakan peralatan khas penjerut ular.
“Semasa proses tangkapan, ular itu agak agresif dipercayai kerana lapar sehingga menyebabkan operasi mengambil masa hampir setengah jam.
“Reptilia yang berjaya ditangkap itu dilepaskan ke habitat asal jauh dari penempatan awam atas nasihat Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan),” katanya. – KOSMO! ONLINE
#Kosmo
==

![]()
![]()
![]()
![]()
ULAR SAWA KEKENYANGAN SEPANJANG 12 KAKI DITEMUI DI SEBUAH KEBUN DEKAT BUKIT KAYU HITAM
26.2.2024: Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Kayu Hitam menerima panggilan kecemasan pada jam 2.48 petang melalui talian terus ke balai tentang penemuan seekor ular di sebuah kebun di Batu 6 ,Jalan Kodiang, Projek Limau Bali, Bukit Kayu Hitam, Kedah.
Bertindak atas maklumat, pasukan bertugas daripada balai tersebut seramai 9 orang telah digerakkan ke lokasi kejadian bersama 2 buah jentera sebaik panggilan diterima.
Menurut Pegawai Operasi, PBK II KUP Abdullah bin Osman, setelah pasukan Bomba menjalankan pemeriksaan, didapati seekor ular sawa dengan anggaran sepanjang 12 kaki telah ditemui di dalam kebun itu.
Pasukan Bomba bertindak menggunakan penjerut bagi menangkap ular tersebut yang dipercayai sedang kekenyangan setelah menelan seekor kambing.
Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia
![]()
Orang ramai diingatkan agar berwaspada dengan ancaman ular berbisa ketika melakukan pembersihan kawasan rumah dalam tempoh fenomena cuaca panas ketika ini.
APM KUALA LUMPUR