BTC USD 76,474.1 Gold USD 4,297.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cuaca panas, ular semakin banyak dijumpai

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,511
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,511
Reaction score
1,681
Points
201
Bomba tangkap ular sawa 70kg
FB_IMG_1689425793122.jpg
FB_IMG_1689425799066.jpg
FB_IMG_1689425808867.jpg

TAIPING – Seekor ular sawa batik seberat 70 kilogram dijumpai di dalam parit di Kampung Sungai Limau, Trong di sini hari ini.

Ular sepanjang enam meter itu bagaimanapun berjaya ditangkap oleh sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Trong.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Trong, Mohd. Shahidan Hassan berkata, maklumat kehadiran reptilia itu diterima daripada penduduk kampung pada pukul 12.09 tengah hari.

Katanya, anggota yang tiba di lokasi segera menangkap ular sawa berkenaan dengan menggunakan peralatan khas penjerut ular.

“Semasa proses tangkapan, ular itu agak agresif dipercayai kerana lapar sehingga menyebabkan operasi mengambil masa hampir setengah jam.

“Reptilia yang berjaya ditangkap itu dilepaskan ke habitat asal jauh dari penempatan awam atas nasihat Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan),” katanya. – KOSMO! ONLINE

#Kosmo


==
 
3047.jpeg
3050.jpeg
3053.jpeg
3056.jpeg

ULAR SAWA KEKENYANGAN SEPANJANG 12 KAKI DITEMUI DI SEBUAH KEBUN DEKAT BUKIT KAYU HITAM

26.2.2024: Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Kayu Hitam menerima panggilan kecemasan pada jam 2.48 petang melalui talian terus ke balai tentang penemuan seekor ular di sebuah kebun di Batu 6 ,Jalan Kodiang, Projek Limau Bali, Bukit Kayu Hitam, Kedah.

Bertindak atas maklumat, pasukan bertugas daripada balai tersebut seramai 9 orang telah digerakkan ke lokasi kejadian bersama 2 buah jentera sebaik panggilan diterima.

Menurut Pegawai Operasi, PBK II KUP Abdullah bin Osman, setelah pasukan Bomba menjalankan pemeriksaan, didapati seekor ular sawa dengan anggaran sepanjang 12 kaki telah ditemui di dalam kebun itu.

Pasukan Bomba bertindak menggunakan penjerut bagi menangkap ular tersebut yang dipercayai sedang kekenyangan setelah menelan seekor kambing.

➡️ Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia

3059.jpeg

Orang ramai diingatkan agar berwaspada dengan ancaman ular berbisa ketika melakukan pembersihan kawasan rumah dalam tempoh fenomena cuaca panas ketika ini.

➡️ APM KUALA LUMPUR

9128.jpeg
9131.jpeg

ULAR TEDUNG SELAR SEPANJANG 12 KAKI

29.2.2024: Pada jam 9:35 pagi, Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Kayu Hitam menerima panggilan melalui talian terus ke balai tentang ancaman ular yang berlaku di sebuah kebun getah berhampiran Pejabat Felda Bukit Tangga, Bukit Kayu Hitam, Kedah.

Pasukan Bomba yang bertugas seramai 9 orang telah digerakkan ke lokasi kejadian bersama 2 buah jentera sebaik maklumat diterima.

Pegawai Operasi, PBK II Zaizatulniza bin Razali melaporkan, terdapat seekor ular tedung selar dianggarkan sepanjang 12 kaki ditemui di dalam kebun getah.

Anggota Bomba bertindak dengan menggunakan penjerut bagi menangkap ular berkenaan yang ketika itu berada di dalam celahan batu.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah
 
3047.jpeg
3050.jpeg
3053.jpeg
3056.jpeg

ULAR SAWA KEKENYANGAN SEPANJANG 12 KAKI DITEMUI DI SEBUAH KEBUN DEKAT BUKIT KAYU HITAM

26.2.2024: Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Kayu Hitam menerima panggilan kecemasan pada jam 2.48 petang melalui talian terus ke balai tentang penemuan seekor ular di sebuah kebun di Batu 6 ,Jalan Kodiang, Projek Limau Bali, Bukit Kayu Hitam, Kedah.

Bertindak atas maklumat, pasukan bertugas daripada balai tersebut seramai 9 orang telah digerakkan ke lokasi kejadian bersama 2 buah jentera sebaik panggilan diterima.

Menurut Pegawai Operasi, PBK II KUP Abdullah bin Osman, setelah pasukan Bomba menjalankan pemeriksaan, didapati seekor ular sawa dengan anggaran sepanjang 12 kaki telah ditemui di dalam kebun itu.

Pasukan Bomba bertindak menggunakan penjerut bagi menangkap ular tersebut yang dipercayai sedang kekenyangan setelah menelan seekor kambing.

➡️ Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia

3059.jpeg

Orang ramai diingatkan agar berwaspada dengan ancaman ular berbisa ketika melakukan pembersihan kawasan rumah dalam tempoh fenomena cuaca panas ketika ini.

➡️ APM KUALA LUMPUR
 
Ular sawa batik jatuh dari siling rumah

KUALA PILAH - Sebuah keluarga di Rumah Rakyat Padang Lebar, Batu Kikir di sini dikejutkan dengan kehadiran seekor ular sawa batik seberat 15 kilogram yang tiba-tiba jatuh dari siling rumah mereka, pada Khamis.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Kuala Pilah, Leftenan Mohamad Ghazali Abd Rahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 9.50 pagi sebelum tiga anggota bersama seorang pegawai ke lokasi.

Setibanya di lokasi, anggota dimaklumkan terdapat seekor ular berada di dalam bilik air.

Salah seorang penghuni rumah lelaki warga emas berusia 70 tahun, sempat menghalau ular itu masuk ke dalam bilik air lalu mengurungnya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Ujarnya, operasi diketuai oleh Leftenan (PA) Mila Hirmah Tahiruddin bersama tiga lagi anggota APM berjaya menangkap ular berkenaan.

"Ular itu dibawa ke Pusat Kawalan Operasi Daerah Kuala Pilah sebelum diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan selanjutnya,"katanya.

#sinarharian

6258068208892363475_121.jpg

6258068208892363476_121.jpg

6258068208892363474_121.jpg

6258068208892363473_121.jpg


 
6262562686009197034_121.jpg

6262562686009197035_121.jpg

6262562686009197036_121.jpg

6262562686009197038_121.jpg

6262562686009197037_121.jpg

6262562686009197039_121.jpg


‎بِسْــــــــــــــــــــــم ِاللّه ِالرَّحْمَن ِالرَّحِيْمِ

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA SALAM JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA, BERPRESTASI TINGGI, CEPAT DAN MESRA SERTA SALAM MALAYSIA MADANI

JENIS INSIDEN: MENANGKAP ULAR

TARIKH/MASA PANGGILAN: 07.09.2024
JAM 09:31:01
ALAMAT: KUARTERS PEKERJA ISTANA FLINTSTONES MERSING, JOHOR
MASA JENTERA SAMPAI: 09:40:51
JARAK KE TEMPAT KEJADIAN (KM): 9 KM
MASA OPERASI TAMAT: 10:13:00
MANGSA: TIADA
KEANGGOTAAN: BBP MERSING
KOMANDER OPERASI: PBK I KUP ANUAR BIN HUSSINE

CATATAN:
SETIBANYA PASUKAN KELUARAN OPERASI (PKO) DI TEMPAT KEJADIAN DIDAPATI BENAR TERDAPAT SEEKOR ULAR SAWA BERUKURAN 3 METER BERADA DI HALAMAN RUMAH. PKO BERTINDAK MENGGUNAKAN 1 UNIT ALAT PENJERUT DAN MELEPASKAN JAUH DARI PENEMPATAN ORANG AWAM.

MAKLUMAT KEANGGOTAAN DAN LOGISTIK
JUMLAH ANGGOTA: 5 ANGGOTA
JENTERA: UTILITI NAVARA -1

SEKIAN, TERIMA KASIH.

Kredit ➡️ BBP MERSING
 
6296429168858086234_121.jpg

6296429168858086235_121.jpg


Khidmat Khas Tangkap ular

Pemanggil panik selepas kemunculan seekor ular dari salur najis. Kejadian di taman cempaka, Ipoh.

ID ULAR :-
Malayopython reticulatus
Ular Sawa Batik/Malayapython
Non Venomous (tidak berbisa)
Common Species

Kredit ➡️ BBP IPOH
 
Saya selalunya ular ni,..kalau kecik2 saya tak la risau sgt

Pernah ular tedung kecik,,,dtg kat luar..tepi dapur..saya pukul sja bagi mati..


Tapi berapa bulan lepas ..saya call bomba juga la 😅
anak saya balik rumah..masuk laman ikut pagar kecil tepi...tiba2 terjerit2 bagitau ada ular jatuh atas kepala dia! (atas tu ada ranting pokok ..saya ada tanam sikit..mempelam, longan dll)
dia kata hijau..tapi dia tak nampak jelas..sebab dia terus lari

so..setahu saya..hijau..munkin ular daun(tak bisa) ..atau kapak (Bisa)
munkin juga ular terbang ( bisa tak bahaya)..tapi dia tak tau rupa ular
cari2 memang tak jumpa
so..itulah..dah tak jumpa juga..risau..panggil la bomba

Bomba dtg ..ada 5 org kot..diorg tanya itu ini..cari2
pun tak jumpa
tapi dia syak ular terbang tu..sebab dia kata cepat sgt hilang
cari2 memang tak jumpa
bomba pun balik sja laa..
Sorry Bomba...jasa mu dikenang (y)

............

Baru2 ni..saya sendiri ternampak ada ular duk meniti atas tembok pagar rumah saya!
SAH
Ular terbang syurga..:)



220px-Chrysopelea_paradisi_%286032067972%29.jpg



haha..saya dtg dekat..dia relax je
saya usik sikit dgn kayu..
terus hilang!
cari2 tak jumpa dah
memang laju sungguh dia ni!
silap
rasanya kalau saya pelan2 pegang dgn tangan, rasanya dia tak lari kot
(cuma kena pastikan pakai sarung tangan kulit ka..sakit juga kot kalau kena gigit/patuk walau bisa dia tak bahaya...
 
Back
Top
Log in Register