BTC USD 80,099.5 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Comet ISON Dah Jadi Sejarah..

ulang tayang soklan ko jer laa..malas nak taip..:p..sebab ang pun belum tido/tido lewat..

aku belum tidur lagi sebab tengah mencerap ison...tapi aku teropong banyak nampak plane je lalu...pelik aku:-?
 
Boleh jer pi kat SOHO punya website bro.. ada update kat sana skg ni, Nasa kata diorang dah tak nampak nukleus Ison.. tapi sebelum ni pun Nasa kata Ison dah cair, tup2 keluar balik lagi terang.. so skg ni apa pun yg Nasa ckp, kita hold dulu... =;

Klu bro ada baca psl laporan dari Lisbon Observatory tu, diorang kata Ison akan hit bumi, berdasarkan simulasi model yg diorang buat ke atas Ison.. itu satu2nya observatory yg buat laporan secara terus-terang, selain observatory di Rusia (tak ingat lak namanya)...

Ison ni klu dia tak berpecah, adalah lebih baik daripada dia berpecah.. klu dia berpecah, fragmentsnya akan terbang ke serata arah dan kemungkinan memasuki bumi adalah sgt tinggi...

LOVEJOY pun survive masa rempit ke matahari....lg dekat rasnye..

http://www.youtube.com/watch?v=qPJ3Xbl9nZM
 
komet tu dah kena telan dek matahari ka belom?
 
Selamat Jalan … OhMyISON!

komet tu dah kena telan dek matahari ka belom?

abis da bro :D

Begitu banyak perkembangan yang berlaku terhadap Komet ISON, sehinggakan saya terpinga-pinga untuk memilih yang mana satu sesuai untuk dihuraikan menerusi laman web ini. Apa pun saya akan cuba mana-mana yang paling relevan.

Setelah hampir 48 jam komet ini melintasi begitu hampir dengan matahari (Perihelion), menerusi foto-foto yang dirakam oleh probe angkasa seperti SOHO, Komet ISON kelihatan semakin hilang ‘semangatnya’, dan mula perlahan-lahan pudar.

Ketika ia muncul selepas perihelion pada awal pagi Jumaat yang lalu (waktu Malaysia), ramai ashli astronomi terkejut kerana tidak menyangka ia akan terselamat daripada haba extrem matahari.

2013_11_29_00_00_00_AIA_171__LASCO_C2__LASCO_C3.png


Atas: Sesuatu yang muncul di bahagian atas matahari. Lebih kurang jam 8 pagi, 29 Nov 2013 waktu Malaysia.

Kemunculan ‘sesuatu’ itu telah memberi semangat dan harapan baru kepada peminat astronomi dunia, dan ramai yang mula berkira-kira untuk kembali merakam kemunculan komet ini di waktu pagi sekali lagi.

2013_11_29_12_00_00_AIA_171__LASCO_C2__LASCO_C3.png


Atas: 12 jam kemudian, iaitu lebih kurang jam 8 malam 29 Nov 2013 waktu Malaysia

Tetapi menjelang petang tadi, objek yang muncul itu mula pudar kembali. Ahli astronomi Jakub Cerny, berdasarkan kajian beliau menyatakan di dalam forum comets-ml, objek itu lebih menunjukkan kepada ciri-ciri sebuah kepulan awan debu yang sedang mengembang.

2013_11_30_10_42_36_AIA_171__LASCO_C2__LASCO_C3.png


Atas: Keadaan Komet ISON pada jam 6 petang tadi, 30 Nov 2013 waktu Malaysia

Agak menarik apabila saya mengikuti perbincangan di situ , kerana ada yang tidak begitu setuju dengan pandangan beliau, dan boleh dikatakan sampai ke tahap ‘bertengkar’. Namun, masing-masing mengemukakan teori berdasarkan kiraan masing-masing, yang saya berpendapat ia merupakan ‘pertengkaran yang sihat berasaskan ilmu’ dan bukannya emosi atau ‘agak-agak’.

@SungrazerComets melaporkan menerusi twitternya, tiada tanda-tanda ada nukleus yang wujud, dan yang muncul selepas perihelion haritu mungkin hanya sekadar ‘longokkan’ batu-batu atau saki baki komet, yang kini semakin hancur dan menghilang.

Menurut beberapa Karl Battam di sini, kecerahan Komet ISON sekarang hanya magnitude 5. Maknanya kalau dari langit Kuala Lumpur yang penuh dengan lampu ni, hampir pasti ia tidak akan dapat dilihat dengan mata.

Kadar kecerahannya pun semakin pudar setiap jam. Saya rasa menjelang 5 atau 6 Disember nanti, apabila ISON mula berada cukup jauh dari matahari, kita tidak akan dapat lihat apa-apa lagi.

Sementara sedang menyiapkan artikel ini, Damien Peach, pakar astrofoto telah pos sebuah foto kompilasi Komet ISON yang menakjubkan, dari 1 Sep hinggalah 13 Nov lepas.

Bak kata mat salleh “A fitting tribute to ISON”

c2012_s1_sep_nov13.jpg


Tapi dipanjangkan sbb byk sangat kaki teori :D

http://falakonline.net/semesta/2013/11/selamat-jalan-ohmyison/
 
Hehe... hari tu pun sama juga ceritanya, Nasa kata dah cair, dah hilang.. alih2 timbul balik, Nasa juga yg malu :"> . So skg ni to be on the safe side, better just wait and see... belajar dari kesilapan lalu, iaitu jgn cepat menjatuhkan hukuman.. alih2 nanti Ison keluar balik, apa pula nak kata.. so better just sit back, relax and enjoy the show...
icon6.gif
 
kan post tu tulis mmg timbul tapi makin pudar.. :D So skang ni pun da takde berita hangat sangat da pun. Sbb orang gelar comet of the century. Tapi ending dorang da le agak :D
 
Apa pun yg keluar dari mulut Nasa skg ni, den observe sajalah. Bak kata orang putih, 'Once bitten, twice shy...' :cool:
 
Back
Top
Log in Register