strom
Legendary Member

- Messages
- 17,846
- Joined
- Jul 18, 2011
- Messages
- 17,846
- Reaction score
- 4,719
- Points
- 191
rasanya kena tanya saintis nasa awan oart tu mcm mana bro..tapi untuk ison bro boleh baca ni kenapa ison istimewa..
http://i.imgur.com/LTJqDDi.jpg
abis da bro
Begitu banyak perkembangan yang berlaku terhadap Komet ISON, sehinggakan saya terpinga-pinga untuk memilih yang mana satu sesuai untuk dihuraikan menerusi laman web ini. Apa pun saya akan cuba mana-mana yang paling relevan.
Setelah hampir 48 jam komet ini melintasi begitu hampir dengan matahari (Perihelion), menerusi foto-foto yang dirakam oleh probe angkasa seperti SOHO, Komet ISON kelihatan semakin hilang ‘semangatnya’, dan mula perlahan-lahan pudar.
Ketika ia muncul selepas perihelion pada awal pagi Jumaat yang lalu (waktu Malaysia), ramai ashli astronomi terkejut kerana tidak menyangka ia akan terselamat daripada haba extrem matahari.
![]()
Atas: Sesuatu yang muncul di bahagian atas matahari. Lebih kurang jam 8 pagi, 29 Nov 2013 waktu Malaysia.
Kemunculan ‘sesuatu’ itu telah memberi semangat dan harapan baru kepada peminat astronomi dunia, dan ramai yang mula berkira-kira untuk kembali merakam kemunculan komet ini di waktu pagi sekali lagi.
![]()
Atas: 12 jam kemudian, iaitu lebih kurang jam 8 malam 29 Nov 2013 waktu Malaysia
Tetapi menjelang petang tadi, objek yang muncul itu mula pudar kembali. Ahli astronomi Jakub Cerny, berdasarkan kajian beliau menyatakan di dalam forum comets-ml, objek itu lebih menunjukkan kepada ciri-ciri sebuah kepulan awan debu yang sedang mengembang.
![]()
Atas: Keadaan Komet ISON pada jam 6 petang tadi, 30 Nov 2013 waktu Malaysia
Agak menarik apabila saya mengikuti perbincangan di situ , kerana ada yang tidak begitu setuju dengan pandangan beliau, dan boleh dikatakan sampai ke tahap ‘bertengkar’. Namun, masing-masing mengemukakan teori berdasarkan kiraan masing-masing, yang saya berpendapat ia merupakan ‘pertengkaran yang sihat berasaskan ilmu’ dan bukannya emosi atau ‘agak-agak’.
@SungrazerComets melaporkan menerusi twitternya, tiada tanda-tanda ada nukleus yang wujud, dan yang muncul selepas perihelion haritu mungkin hanya sekadar ‘longokkan’ batu-batu atau saki baki komet, yang kini semakin hancur dan menghilang.
Menurut beberapa Karl Battam di sini, kecerahan Komet ISON sekarang hanya magnitude 5. Maknanya kalau dari langit Kuala Lumpur yang penuh dengan lampu ni, hampir pasti ia tidak akan dapat dilihat dengan mata.
Kadar kecerahannya pun semakin pudar setiap jam. Saya rasa menjelang 5 atau 6 Disember nanti, apabila ISON mula berada cukup jauh dari matahari, kita tidak akan dapat lihat apa-apa lagi.
Sementara sedang menyiapkan artikel ini, Damien Peach, pakar astrofoto telah pos sebuah foto kompilasi Komet ISON yang menakjubkan, dari 1 Sep hinggalah 13 Nov lepas.
Bak kata mat salleh “A fitting tribute to ISON”
![]()
Tapi dipanjangkan sbb byk sangat kaki teori
http://falakonline.net/semesta/2013/11/selamat-jalan-ohmyison/
Ada bro..selak page page sebelum ni..suhu..laju..ikutkan nasa paling banyak alat nak pantau ison ni..tapi ada benda dia buat mcm tak nampak..(dia tahu dia tak bagitahu)..ni dari sumber bebas..orbit laluan ison..bear in mind jarak sebenarnya berjuta juta kilometer..
![]()
Ok, baru jumpa sesuatu yg MENARIK utk direnungkan bersama...
1. Pegi Google Translate.
2. Pilih perkataan Hebrew.
3. Taip ISON.
4. Tukar ke English.
5. Kat bawah ada ayat ni - Did you mean: (Klik sini)
6. Lihat apa maksud perkataan ISON tu...
jeng jeng jeng...![]()
Terbaru..Ison tidak secerah sebelum ni..
Malaysia rasanya keadaan cuaca tidak mengizinkan..takpe..ada laporan yg kata laporan akhbar bbc yg aku update kat depan tu fake..ison terselamat..ison tak cair..
Update dari seorang forumer oversea 10 minit yg lalu..
Sini http://198.118.248.97/data/realtime/c2/
Sini http://198.118.248.97/data/realtime/c3/
Sini http://stereo-ssc.nascom.nasa.gov/beacon/latest/ahead_cor2_latest.jpg
Sini http://stereo-ssc.nascom.nasa.gov/beacon/latest/behind_cor2_latest.jpg
Boleh nampak ison terselamat..
Kita tunggu pengesahan dari nasa sama ada ison masih lagi sebuah komet atau yg terselamat itu hanya debu debu cairan dari komet ison..![]()
Sebuah komet di namakan sebagai C/2012 S1 baru di jumpai pada 21 September lepas oleh ahli astronomi Russia bernama Vitali Nevski dan Artyom Novichonok. Ia dijangka berada pada jarak yang paling hampir dengan matahari pada 28 November 2013. Ia sedang hangat diperkatakan di kalangan ahli astronomi kerana ia sangat terang lebih 15 kali ganda dari cahaya bulan purnama ketika menghampiri bumi. Ia sangat menakjubkan hingga cahayanya yang terang itu boleh dilihat dengan mata kasar disiang hari. Ini menunjukkan juga walaupun dengan berbagai teknologi yang dimiliki oleh NASA mereka masih lagi tidak dapat mengesan sepenuhnya objek-objek dilangit yang menghampiri sistem suria.
Ketika ia mula dikesan, komet tersebut berada sejauh 625 juta batu dari bumi dan 584 juta batu dari matahari, berada dalam kedudukan buruj Cancer. Tetapi apabila ia berada dalam kedudukan paling hampir dengan matahari pada 28 November tahun depan, ia berada pada jarak 800,000 batu dari matahari menyebabkan ia berubah menjadi objek menakjubkan, yang sangat terang hingga boleh kelihatan di siang hari.
Apabila ia mula beredar dari matahari, ia meninggalkan ekornya yang memanjang yang menjangkau hingga ufuk langit barat ketika matahari terbenam seperti lampu suluh dengan sudut cahaya lengkung 70 darjah.
Detik kemunculannya beberapa hari sebelum berada dalam kedudukan paling hampir dengan matahari pada 28 Nov. 2013 adalah paling menakjubkan. Ia akan berpusar dengan kencang dan menjadi objek paling terang ketika itu.
In this Hubble Space Telescope composite image taken in April 2013, the sun-approaching Comet ISON floats against a seemingly infinite backdrop of numerous galaxies and a handful of foreground stars. The icy visitor, with its long gossamer tail, appears to be swimming like a tadpole through a deep pond of celestial wonders. In this composite image, background stars and galaxies were separately photographed in red and yellow-green light. Because the comet moved between exposures relative to the background objects, its appearance was blurred. The blurred comet photo was replaced with a single, black-and-white exposure. Credit: NASA, ESA, and the Hubble Heritage Team (STScI/AURA)
# Kini ianya sedang menghampiri planet Mars.
Insha Allah bakal kelihatan dari Bumi dgn mata kasar
walaupun di siang hari pada 28 November 2013
# What a coincidence - 28 November 2013 depa sambut hari 'Happy Thanks Giving'.
# Pabila hampir dgn matahari nanti, adakah ianya akan selamat dari
impak bahang sang suria atau serpihannya mungkin melampiaskan
bencana kepada penduduk Bumi?
Sumber http://phys.org/news/2013-09-comet-ison.html
Dua Komet Hiasi Langit Hingga Bulan Depan
KUALA LUMPUR - Orang ramai boleh melihat dua komet yang dijangka terus menghiasi ruang langit negara ini dari bulan ini hingga bulan depan, kata Agensi Angkasa Negara.
Komet C/2012 S1 (ISON) kini semakin menghampiri Matahari dan waktu yang terbaik untuk melihatnya pada esok (Khamis) sebelum subuh, kata agensi itu dalam kenyataan di sini.
Komet itu akan berada paling dekat dengan Matahari pada 28 Nov.
Selain komet itu, terdapat sebuah lagi komet, C/2013 R1 (Lovejoy) yang agak terang dan kini boleh dilihat di langit pada waktu pagi.
Komet 'Lovejoy' itu ditemui oleh pencerap Australia, Terry Lovejoy pada 9 September dan kini bergerak mendekati Matahari pada 25 Disember.
Ia berada pada ketinggian yang baik untuk dicerap iaitu sekitar 35 hingga 45 darjah dari ufuk timur laut kira-kira sejam sebelum matahari terbit sehingga akhir bulan ini.
Mereka yang berminat, boleh menyertai Program Angkasa 'Talk-Meteor & Comet: Countdown for ISON' pada 23 November bermula jam 8.30 malam hingga 10 malam di Planetarium Negara.
-- BERNAMA
Last edited: