BTC USD 83,840.0 Gold USD 4,165.45
Time now: Jun 1, 12:00 AM

CIMB Unit Trust - Amanah Saham CIMB

interested.

mr lochoe,

how if i am interested of being a person like you. Means do a job like you? do you accept coaching? Do we need high qualification?

sorry out of topic..
 
capital gain ni.. keuntungan atas modal, maksudnya, katakanlah U melabur RM10,000.00 dan beli dengan harga RM1.00 seunit, selepas 2 bulan, harga seunit dah naik RM1.10 , so jumlah duit you sekarang adalah RM11,000.00 maksudnya... :-)

You dah untung RM1000.00 tanpa dividen dan bonus, kalau you nak keluarkan pun, you memang boleh keluarkan, tiada tempoh matang.

Unit trust tiada tempoh masa untuk U melabur, you dapat je profit yang you nak , you mmg boleh keluarkan..

please contact me for more details

regards
shahrul
0132081015

ok bro, adakah harga akan sentiasa naik. Apa jadi kalau harga turun, maksud aku kalau beli harga rm1.00 lepas tu turun 0.90 sen, apa jadi dengan profit, dividen dan bonus.
tq
 
mr lochoe,

how if i am interested of being a person like you. Means do a job like you? do you accept coaching? Do we need high qualification?

sorry out of topic..

hi long time go this thread :P

hi there john.baem . u interested to be a unit Trust consultant? can , ur welcome :P about the coaching.. we hv class to attend for ur knowledge n information . n Qualification.. if u r degree its not a prob. :P

but if u in area damansara u can find me

or wangsa maju area u ding dong Mr Iochoe

ok bro, adakah harga akan sentiasa naik. Apa jadi kalau harga turun, maksud aku kalau beli harga rm1.00 lepas tu turun 0.90 sen, apa jadi dengan profit, dividen dan bonus.
tq

alo wanzek.. its depends rates semasa.. thats monitoring from ur

consultants its important let say kalo jatuh pun we hv strategi

how to tak bagi our client rugi ..

ape2 boleh contact

016-2552009 metaaura :P peace.. :)cgrock
 
Thanks sebab reply soalan saya. Jadi you ni konsultant la? Kalau duk beli then jual, yg annual dividen/bonus tu still dapat ke? Ke kena beli, simpan setahun then jual baru dapat annual bonus/dividen?
Pasal ranking tu saja la nk tau, aku ni melayu, of course nak tolong konsultant melayu, tapi kena la jugak yg berpengalaman. Apa2 hal pun, ko pun ok jugak kan? Berapa minimum nak join ni? Kalau 6 masuk bulan anggaran berapa range bleh dapat untung?

Hello sonche.. good question..
actually for the dividen, kami tiada tempoh matang untuk U dapat dividen, bila CIMB declare dividen.. auttomatic you terus dapat, saya ambil contoh terdekat ini ye, CIMB akan declare dividen untuk Double Growth Fund 6% pada 17 May 2007 ini, so jika U invest sebelum tarikh itu, so you automatic akan dapat dividen 6% daripada amounn pelaburan U.
Anyway, in unit trust untung U normally dari "capital Gain" (untung atas modal), dividen just help you untuk tambahkan keuntungan U.

ini adalah artikel saya mengenai "capital gain"
http://pelaburan.net/index.php?option=com_content&task=view&id=38

Minimum untuk Double Growth Fund adalah RM100.00 , based on current market performance, its not hard for you to get more than 10% return this year. :-)

is it I answer your question sonche? :-)


ok bro, adakah harga akan sentiasa naik. Apa jadi kalau harga turun, maksud aku kalau beli harga rm1.00 lepas tu turun 0.90 sen, apa jadi dengan profit, dividen dan bonus.
tq

Good for you notice that wanzek.. ok, off course we have strategy, like metaura mention..

would you mind to read this article, maybe it can help you to understand

:Same article like above:
http://pelaburan.net/index.php?option=com_content&task=view&id=38

anyway pelaburan ini adalah selamat dan berpontensi untuk help you a lot..

I post new article about " rugi jika tidak melabur di Unit Amanah" please visit my site ok :-)

www.pelaburan.net

*if anybody want to request me to write or explain about our investment plan please be free to message me :-), i try to help as best as I can..
 
"rugi jika tidak melabur di Unit Amanah"

tapi tambah sikit la

"rugi jika tidak melabur di Unit Amanah With CIMB"

suke plak aku ayat ni.. ekekek bagus-bagus
 
Mr Iochoe : CIMB announced to declare dividen for Double Growth Fund (6%) on 17 May 2007, bila anda invest sekarang.. anda akan dapat 6% profit dengan segera... :-)
Minimum investment with Double Growth Fund is RM100
jadi Hurry up :P tak ada rugi la :P
contact metaaura
atau
Mr Iochoe
tQ
 
Kumpulan CIMB tawar perbankan persendirian Islam pertama

KUALA LUMPUR 25 Mac – Kumpulan CIMB akan melancarkan perkhidmatan perbankan persendirian yang berteraskan prinsip- prinsip Syariah sepenuhnya yang pertama di negara tahun ini melalui unit perbankan persendiriannya.

Perkhidmatan terbaru ini disasarkan kepada para individu yang memiliki aset tinggi lebih daripada RM1 juta dalam bentuk aset boleh labur dan memerlukan perkhidmatan pengurusan dana, khidmat nasihat dan produk pelaburan khas yang mematuhi prisip-prinsip Syariah.

Ketua CIMB Perkhidmatan Pelanggan Persendirian, Yeoh Keat Seng (gambar) berkata: “Kami sentiasa memperkenalkan penyelesaian pelaburan baru bagi memenuhi kehendak pelanggan kami dan perbankan persendirian berteraskan Islam adalah segmen utama yang menjadi tumpuan kami. Sejajar dengan ini kami telah memperkenalkan perkhidmatan pentadbiran amanah dan pengurusan pewarisan berteraskan Islam kepada pelanggan kami.

“Sekarang adalah masa yang tepat untuk memperkenalkan perkhidmatan seumpamanya kerana para pelabur tempatan dan luar kini semakin berminat terhadap produk pengurusan kekayaan Islam termasuklah sukuk, nota berkaitan ekuiti dan produk berstruktur.”

Menurut Keat Seng, produk pelaburan dan perkhidmatan berteraskan Islam semakin diterima ramai. “Sebagai bukti, industri perbankan Islam negara ini telah mencatatkan peningkatan yang tinggi, meraih keuntungan RM800 juta untuk separuh tahun pertama tahun lepas.

“Tambahan lagi, jumlah aset perbankan Islam mencatatkan jumlah RM122 bilion sementara bon korporat Islam sebanyak RM121 bilion, merangkumi 55 peratus daripada jumlah pasaran bon korporat di Malaysia,” katanya.

Menyifatkan langkah tersebut sebagai pembangunan strategik, Badlisyah Abdul Ghani, Ketua Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Islamic berkata: “Menjalankan perniagaan ini amat memberangsangkan kerana terdapat kekayaan lebih dari AS$1 trilion di kalangan orang Islam dalam pasaran GCC dan Asia Tenggara.

“Dengan francais perbankan Islam CIMB yang kukuh, kami percaya kami mampu memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi pelaburan dalam produk pengurusan kekayaan berteraskan Syariah.”

CIMB Private Banking, merupakan bank persendirian pertama di negara ini yang menawarkan perkhidmatan menyeluruh.

Ia pakar dalam aset berasaskan ringgit, mempunyai kehadiran yang kukuh dalam pasaran modal negara dan mempunyai kedudukan yang dominan dalam perkhidmatan pasaran hutang dan ekuiti.

Dilancarkan pada 2002, CIMB Private Banking mempunyai aset dibawah pengurusan lebih daripada RM4 bilion dengan pejabat- pejabat di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kuching dan Kota Kinabalu.

Ia disokong oleh satu kumpulan penasihat kewangan berpengalaman dan kumpulan kajiselidik berdedikasi yang mempunyai kepakaran dalam perbankan persendirian luar pesisir hingga kepada kajiselidik ekuiti.

CIMB Islamic baru-baru ini diiktiraf sebagai Bank Pelaburan Islam Tahun 2006 oleh The Banker (salah satu ahli Financial Times) dan diiktiraf oleh Euromoney sebagai Bank Islam Terbaik Asia sejak dua tahun lepas.

so ,CIMB is The Biggest Islamic investment . so dont worried la kalo bab halal ternyata halal ;P

ape lagi sesiape yg teringin atau penjelasan lebih lanju bleh contact aku or Pm je kang nnt aku contact balik :P

- mazlan 0162552009 -
 
Kepentingan Perancangan Kewangan..

Masyarakat yang merdeka memiliki kebebasan kewangan. Bebas membuat pilihan dan keputusan dengan kemahiran kewangan serta tidak terikat dengan kongkongan hutang, keterbatasan kuasa beli, kelegaan dari liabiliti jangka panjang dan beban psikologi krisis kewangan.

Secara umum, kita tidak mempunyai sumber pendapatan yang aktif dan terlalu dinamik sekarang dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu, lebih ketara lagi apabila berada dalam tempoh persaraan. Kita cenderung memilih untuk menghabiskan tempoh lazim persaraan dalam keadaan yang tenang dan santai. Sedangkan, kos sara hidup tidak pernah bersara malah semakin hari semakin meningkat terutamanya perbelanjaan perubatan.

Dalam masa yang sama, kita masih leka tentang kepentingan pelaburan. Kalau dulu kita berada dalam suasana kampung, hidup di dalam satu institusi keluarga yang kukuh. Setelah bersara atau tidak bekerja, ibubapa yang tiada pendapatan tinggal bersama anak-anak mereka atau dalam kelompok kejiranan berdekatan serta saling bantu membantu. Inilah pegangan masyarakat kita dahulu yang memegang nilai sebagai landasan hidup. Dengan pendapatan yang kecil, mereka berjaya membesarkan anak-anak dengan kecukupan pendidikan, akhlak, keperluan asas dan sebagainya. Berbeza dengan situasi sekarang. Kemudahan pinjaman, keperluan seharian dan pengaruh persekitaran menjadikan kita keliru dan terkadang gagal menjustifikasikan tindakan. Persediaan yang sepatutnya perlu dibuat bermula dari sekarang iaitu membuang sifat negatif terhadap kebendaan dan membina nilai diri dan keluarga dengan keperluan dan kelengkapan sarahidup yang bukan sahaja dari aspek kewangan malah ilmu pengetahuan serta pengisian menyeluruh rohani, mental dan fizikal.

Bayangkan sekiranya kita hanya mempunyai kurang daripada RM50,000 wang KWSP apabila tiba umur persaraan dan dalam keadaan kita tidak bekerja. Jumlah ini sememangnya tidak mencukupi untuk menampung kehidupan di masa umur emas. Dengan peruntukan sebanyak RM1,000 sebulan, duit tersebut boleh habis dalam tempoh 4 tahun sahaja. Itupun dengan andaian sekiranya RM1,000 sebulan dibelanjakan dan belum diambilkira dari segi kos-kos yang wajib dalam menyelesaikan liabiliti tertangguh sebelumnya.

Langkah penting dalam perancangan kewangan adalah pelan pelaburan. Perancangan ini hendaklah bermula dari sekarang. Pelan pelaburan bukan lagi satu pilihan malah menjadi suatu kemestian kepada setiap individu. Seorang ketua keluarga perlu merancang ketahanan sumber pendapatan keluarganya untuk masa yang mendatang. Seorang bapa yang sedar kepentingan pendidikan anak-anaknya, perlu mula melabur atau mencari pelan perancangan kewangan menyokong pendidikan anak-anak, terutamanya dengan kos pendidikan yang tinggi dan ketidakpastian bantuan kewangan dari sumber-sumber yang dulunya boleh diharapkan.

Rasullullah s.a.w berpesan, rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara, iaitu masa muda sebelum masa tua, sihat sebelum sakit, masa berharta sebelum masa miskin, lapang sebelum sibuk, masa hidup sebelum mati. Maka sewajarnyalah hadith ini diaplikasikan untuk kebaikan dengan perancangan kewangan yang bijak Yang jelas, pelaburan mesti direbut dengan bertindak dari sekarang.

to Be COntinue ...

Credit to www.ikim.gov.my
 
Continues form previous post

Bayangkan sekiranya kita hanya mempunyai kurang dpda RM50,000 wang KWSP apabila tiba umur persaraan dan dalam keadaan kita tidak bekerja. Jumlah ini sememangnya tidak mencukupi untuk menampung kehidupan di masa umur emas. Dengan peruntukan sebanyak RM1,000 sebulan, duit tersebut boleh habis dalam tempoh 4 tahun sahaja. Itupun dengan andaian sekiranya RM1,000 sebulan dibelanjakan dan belum diambilkira dari segi kos-kos yang wajib dalam menyelesaikan liabiliti tertangguh sebelumnya.

Langkah penting dalam perancangan kewangan adalah pelan pelaburan. Perancangan ini hendaklah bermula dari sekarang. Pelan pelaburan bukan lagi satu pilihan malah menjadi suatu kemestian kepada setiap individu. Seorang ketua keluarga perlu merancang ketahanan sumber pendapatan keluarganya untuk masa yang mendatang. Seorang bapa yang sedar kepentingan pendidikan anak-anaknya, perlu mula melabur atau mencari pelan perancangan kewangan menyokong pendidikan anak-anak, terutamanya dengan kos pendidikan yang tinggi dan ketidakpastian bantuan kewangan dari sumber-sumber yang dulunya boleh diharapkan.

Antara tindakan yang perlu diambil kira adalah seperti berikut:

* Pelaburan bermula dengan mempunyai duit yang lebih. Malangnya, tidak ramai di antara kita mempunyai lebihan wang sama ada bekerja sendiri atau makan gaji. Kalau berlebihanpun, bukanlah seberapa kerana keperluan masa kini amat mencabar sehinggakan kadang-kadang pendapatan gagal berlebih malah tidak mencukupi. Di sinilah titik tolak yang akan membezakan orang yang merancang dengan orang yang tidak merancang. Kita hendaklah bijak berbelanja dan memperuntukan sebahagian pendapatan untuk membolehkan kita melabur. Pelaburan yang disandarkan kepada pinjaman semestinya akan rendah nilai apabila diambil kira modal yang tertakluk kepada keuntungan pihak ketiga yang memberi pinjaman.
* Melengkapkan diri dengan kemahiran pengurusan kewangan. Seseorang individu hendaklah berbelanja dengan bijak untuk mengelak dari membelanjakan kepada perkara-perkara yang tidak memberi nilai tambah. Pendapatan yang banyak bukan bermakna seseorang itu kaya. Yang penting adalah bagaimana kita mengurus kewangan kita. Perbelanjaan perlu diutamakan kepada perkara asas yang menyumbang kembali kepada sumber pendapatan. Perbelanjaan sepatutnya berdasarkan keperluan utama dan bukan berdasarkan kepada pengaruh lain seperti iklan, rakan dan sebagainya. Sekiranya perbelanjaan dikaitkan dengan perkara-perkara sampingan, beban membayar nilai perkhidmatan atau barangan tersebut akan ditanggung oleh kita sendiri.
* Memahami pelaburan. Pelaburan adalah tindakan atau satu proses yang diambil pada wang atau aset kita dengan menjangkakan pulangan pada masa akan datang iaitu memperolehi hasil daripadanya. Seperkara yang perlu diberi perhatian adalah hasilnya tidak semestinya positif. Oleh itu, kita mestilah mengkaji dengan terperinci sebelum sesuatu pelaburan membawa hasil sebagaimana yang dijangkakan. Kita perlu bukan sekadar mengetahui istilah-istilah pelaburan seperti risiko, pulangan, nilai masa duit, inflasi dan sebagainya tetapi tahu mengaplikasikan. Unsur-unsur penting pelaburan yang perlu didalami adalah:

o Pelaburan jangka pertengahan kepada jangka panjang seperti kita jangkakan pulangan untuk tempoh 10 tahun ke 20 tahun akan datang.
o Pelaburan hendaklah dibuat ke atas pelbagai asset atau industri dengan taburan yang sepatutnya.
o Risiko yang minima berbanding pulangan atau pulangan secara relatif.
o Mengambil kira kesan inflasi sebahagian daripada kos atau jangkaan kos inflasi.

* Mengambil bahagian dalam pelaburan dengan kepelbagaian bidang seperti kewangan, hartanah atau sumber manusia seperti kemahiran tertentu yang bersesuaian dengan matlamat jangka panjang kita. Membangunkan kemahiran diri dengan menambah pengetahuan bagi kemahiran tertentu seperti membaikpulih kenderaan, menulis artikel kepada majalah-majalah dan sebagainya juga merupakan pelaburan.

Bertindaklah sekarang dengan membuat caruman ke akaun pelaburan sedia ada atau melakukan pelaburan sendiri. Adalah disarankan supaya pelan persaraan bermula dengan menguruskan pendapatan sedia ada dan dilaburkan di tempat yang terjamin serta boleh diharapkan. Unit trust,Amanah Saham CIMB dan any agency lain ,adalah salah satu contoh pelaburan yang baik. Kenapa? Kerana institusi ini mempunyai orang yang berkelayakan yang memang bekerja memberi keuntungan kepada pelabur. Memang ada kos ke atas perkhidmatan mereka tetapi sekurang-kurangnya kita tidak membayar dalam kerugian sekiranya kita kurang arif membuat pelaburan sendiri. Seperkara lagi yang tidak kurang pentingnya adalah mengenai peruntukan pelaburan perlu diasingkan dari peruntukan kecemasan. Peruntukan pelaburan tidak digalakkan digunapakai dalam keadaan kecemasan. Pelaburan yang didepositkan hendaklah tidak dikeluarkan walau apa keadaan sekalipun. Memandangkan banyak perkara yang perlu kita lakukan, biarlah orang yang mahir melakukan pelaburan bagi pihak kita.

Penekanan penting di sini ialah " kesedaran tentang pentingnya tindakan awal ", kemahiran mengurus kewangan, disiplin diri yang tinggi serta perancangan yang rapi. Berilah peluang hidup kita merdeka dari krisis kewangan yang dialami hasil dari kegagalan sendiri.

credit to www.ikim.gov.my

so any want interested pls do call me :p or add YM

tQ
 
Back
Top
Log in Register