BTC USD 85,941.2 Gold USD 4,333.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Che Abdullah sah jadi calon BN di Tumpat

Timbalan Presiden PAS berkata, tindakan itu sejajar dengan dasar parti yang menetapkan keahlian seseorang individu dalam PAS akan digugurkan secara automatik jika bertanding atas tiket parti lain.

Keahlian Che Abdullah gugur, jika tanding atas tiket BN, kata PAS​

November 3, 2022 6:47 PM

Che-Abdullah-Mat-Nawi-bernama.jpg

2018, Che Abdullah Mat Nawi memenangi Parlimen Tumpat dengan majoriti 17,500 undi, menewaskan calon BN dan PKR.

PETALING JAYA: Keahlian penyandang Parlimen Tumpat, Che Abdullah Mat Nawi dalam PAS akan digugurkan sekiranya beliau bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Timbalan Presidennya, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan itu sejajar dasar parti yang menetapkan keahlian akan digugurkan secara automatik, jika ahlinya bertanding dalam pilihan raya atas tiket parti lain.

“Senarai calon PAS kita sudah umum dan terpulang kepada masing-masing. Kita tak boleh menyekat mana-mana individu nak keluar atau nak bertanding.

“Jadi, kita akan tengok macam mana nanti, sama ada dia betul-betul disenaraikan calon mewakili parti (BN) ataupun dimasukkan dalam penamaan calon itu,” katanya ketika dihubungi FMT.

Terdahulu, BN Kelantan hari ini mengumumkan Che Abdullah akan bertanding mewakili gabungan itu di kerusi Tumpat pada PRU15.
Pengerusi BN Kelantan, Ahmad Jazlan Yaakub dilaporkan berkata, BN memberi laluan kepada Che Abdullah kerana beliau dianggap calon boleh menang.

Semalam, PN mengumumkan Parlimen Tumpat akan ditandingi Exco Kelantan, Mumtaz Md Nawi.

Pada 2018, Che Abdullah memenangi Parlimen Tumpat atas tiket PAS dengan majoriti 17,500 undi, menewaskan calon BN dan PKR
 
Loke nak lari ye
he3
Loke jawab mcm biasa pada aku. Dan jawapan terkini Zailah x jauh maksudnya dgn apa yg Loke pernah terangkan masa berbahas dgn mereka ni dulu. Kini Zailah pula kata rakyat x faham perihal pentadbiran, hok tu kite kene sedor. Padahal dia yg x sedor yg dia yg x faham perihal pentadbiran masa dok sedap belasah Loke tu, loni baru nok sedor.
 
Che Abdullah sah jadi calon BN di Tumpat

1667458299265.png

Diterbitkan: Nov 3, 2022 2:36 PM

Dikemaskini: 2:41 PM

PRU15 | Penyandang kerusi Parlimen Tumpat Che Abdullah Mat Nawi sah akan mempertahankan kerusinya menggunakan tiket BN dalam PRU15.
Perkara itu disahkan Pengerusi BN Kelantan Ahmad Jazlan Yaakub, hari ini.
Che Abdullah yang merupakan bekas setiausaha PAS Kelantan sebelum ini digugurkan dalam senarai calon Perikatan Nasional (PN).

Ketika sidang media di ibu pejabat Umno Kelantan di Kota Bharu hari ini, Ahmad Jazlan berkata BN negeri itu memberi laluan kepada Che Abdullah kerana dia dianggap sebagai calon boleh menang.

"Teka teki sudah terjawab apabila Che Abdullah akan bertanding atas tiket BN di Parlimen Tumpat. Kita rasa satu kelegaan apabila dia bersetuju dengan tawaran yang diberikan.

"Kehadirannya juga diterima baik oleh akar umbi Umno bahagian Tumpat," katanya.

Ahmad Jazlan berkata, pihaknya yakin akan memberi saingan sengit kepada Perikatan Nasional (PN) di kerusi Parlimen tersebut.
"Kita akui kita menawarkan kerusi berkenaan kepada Che Abdullah dan BN memang mengadakan pertemuan dengannya sebelum ini," katanya.

Mumtaz Md Nawi merupakan calon PAS di kerusi Parlimen Tumpat bagi menggantikan Che Abdullah.

Pada PRU lalu, Che Abdullah memenangi kerusi itu dengan tiket PAS dengan majoriti 17,500 undi, menewaskan calon BN Wan Johani Wan Hussin dan calon PH Nordin Salleh.
Apakah ini tidak istiqomah, atau pun layak digelar mufariqu liljamaah?
 
Timbalan Presiden PAS berkata, tindakan itu sejajar dengan dasar parti yang menetapkan keahlian seseorang individu dalam PAS akan digugurkan secara automatik jika bertanding atas tiket parti lain.

Keahlian Che Abdullah gugur, jika tanding atas tiket BN, kata PAS​

November 3, 2022 6:47 PM

Che-Abdullah-Mat-Nawi-bernama.jpg

2018, Che Abdullah Mat Nawi memenangi Parlimen Tumpat dengan majoriti 17,500 undi, menewaskan calon BN dan PKR.

PETALING JAYA: Keahlian penyandang Parlimen Tumpat, Che Abdullah Mat Nawi dalam PAS akan digugurkan sekiranya beliau bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Timbalan Presidennya, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan itu sejajar dasar parti yang menetapkan keahlian akan digugurkan secara automatik, jika ahlinya bertanding dalam pilihan raya atas tiket parti lain.

“Senarai calon PAS kita sudah umum dan terpulang kepada masing-masing. Kita tak boleh menyekat mana-mana individu nak keluar atau nak bertanding.

“Jadi, kita akan tengok macam mana nanti, sama ada dia betul-betul disenaraikan calon mewakili parti (BN) ataupun dimasukkan dalam penamaan calon itu,” katanya ketika dihubungi FMT.

Terdahulu, BN Kelantan hari ini mengumumkan Che Abdullah akan bertanding mewakili gabungan itu di kerusi Tumpat pada PRU15.
Pengerusi BN Kelantan, Ahmad Jazlan Yaakub dilaporkan berkata, BN memberi laluan kepada Che Abdullah kerana beliau dianggap calon boleh menang.

Semalam, PN mengumumkan Parlimen Tumpat akan ditandingi Exco Kelantan, Mumtaz Md Nawi.

Pada 2018, Che Abdullah memenangi Parlimen Tumpat atas tiket PAS dengan majoriti 17,500 undi, menewaskan calon BN dan PKR

Silapharibulan kalah dia ni
 
Che Abdullah sah jadi calon BN di Tumpat

1667458299265.png

Che Abdullah sah jadi calon BN di Tumpat
Diterbitkan: Nov 3, 2022 2:36 PM

Dikemaskini: 2:41 PM

PRU15 | Penyandang kerusi Parlimen Tumpat Che Abdullah Mat Nawi sah akan mempertahankan kerusinya menggunakan tiket BN dalam PRU15.
Perkara itu disahkan Pengerusi BN Kelantan Ahmad Jazlan Yaakub, hari ini.
Che Abdullah yang merupakan bekas setiausaha PAS Kelantan sebelum ini digugurkan dalam senarai calon Perikatan Nasional (PN).

Ketika sidang media di ibu pejabat Umno Kelantan di Kota Bharu hari ini, Ahmad Jazlan berkata BN negeri itu memberi laluan kepada Che Abdullah kerana dia dianggap sebagai calon boleh menang.

"Teka teki sudah terjawab apabila Che Abdullah akan bertanding atas tiket BN di Parlimen Tumpat. Kita rasa satu kelegaan apabila dia bersetuju dengan tawaran yang diberikan.

"Kehadirannya juga diterima baik oleh akar umbi Umno bahagian Tumpat," katanya.

Ahmad Jazlan berkata, pihaknya yakin akan memberi saingan sengit kepada Perikatan Nasional (PN) di kerusi Parlimen tersebut.
"Kita akui kita menawarkan kerusi berkenaan kepada Che Abdullah dan BN memang mengadakan pertemuan dengannya sebelum ini," katanya.

Mumtaz Md Nawi merupakan calon PAS di kerusi Parlimen Tumpat bagi menggantikan Che Abdullah.

Pada PRU lalu, Che Abdullah memenangi kerusi itu dengan tiket PAS dengan majoriti 17,500 undi, menewaskan calon BN Wan Johani Wan Hussin dan calon PH Nordin Salleh.
xpa..tanding ataih tiket BN, Che Abdullah ni xkan di kata pengkhianat tp sebaliknya akan di kata menyokong aspirasi rakyat..label mau lazat2 la
 
1667789351270.png

PAS janji tumbangkan 20 lembu jika menang besar di Tumpat

Diterbitkan: Nov 7, 2022 8:30 AM

Dikemaskini: 9:13 AM

PRU15 | PAS berjanji kepada pengundi untuk menumbangkan 20 ekor lembu jika parti itu berjaya mempertahankan kemenangan di Parlimen Tumpat dengan majoriti RM20,000 pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Naib Presiden PAS, Mohd Amar Nik Abdullah, berkata dia yakin pengundi di kawasan Tumpat akan terus setia bersama parti itu meskipun penyandangnya kini bertanding atas tiket BN.

"Hari itu (PRU menang) majoriti 17,000, kali ini hendak (majoriti) 20,000. Dulu kita sendiri boleh 17,000. Kali ini kita tak sendirian.
"Kalau boleh 20,000 (majoriti) kita sembelih 20 ekor lembu, tidak mustahil insya-Allah.

“Kita undi PAS bukan kerana calon tapi kerana perjuangan," katanya ketika berucap di Wakaf Baru, Tumpat, malam tadi.

82026e0aacd3dab36c5b6ec5598dfbfc.jpg

Kerusi Parlimen Tumpat dimenangi Che Abdullah Mat Nawi dengan 17,500 undi pada PRU2018 apabila dia berjaya menewaskan calon BN, Wan Johani Wan Hussin dan Pakatan Harapan (PH), Nordin Salleh.

Bagaimanapun Che Abdullah digugurkan dalam senarai calon PAS pada pilihan raya umum kali ini.

Sebaliknya PAS yang merupakan sebahagian daripada Perikatan Nasional (PN) mempertaruhkan Mumtaz Md Nawi bagi mempertahankan kerusi berkenaan dalam pertandingan lima penjuru.

Manakala Che Abdullah pula akan bertanding atas tiket BN.

1809f2a0023c0e3a9762c63b216cd2d3.jpg

Selain Che Abdullah dan Mumtaz, kerusi itu turut ditandingi Che Mohd Asemari Che Ali dari Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra); Khairul Azuan Kamarrudin dari Warisan dan Wan Mohd Johari Wan Omar dari Pakatan Harapan (PH).

Dalam pada itu, Mohd Amar berkata dia yakin pengundi Tumpat akan terus mengundi PAS meskipun BN mempertaruhkan Che Abdullah di kerusi berkenaan.

"Insya-Allah kita undi PAS bukan kerana calon tapi kerana perjuangan.

"Kalau boleh majoriti 20,000 kita sembelih 20 ekor lembu, ambo (saya) berjanji," katanya.
 
Back
Top
Log in Register