BTC USD 76,704.6 Gold USD 4,373.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Che Abdullah sah jadi calon BN di Tumpat

Penyandang kerusi Parlimen Tumpat itu tidak dicalonkan kerana gagal dapat kelulusan daripada Majlis Syura Ulama - Ahmad Yakob.

Pencalonan Che Abdullah tidak diluluskan Majlis Syura Ulama​


03 November 2022 12:56amMasa membaca: 1 minit



1967565.jpg

Datuk Che Abdullah Mat Nawi



KOTA BHARU - Penyandang kerusi Parlimen Tumpat, Datuk Che Abdullah Mat Nawi tidak dicalonkan kerana gagal mendapat kelulusan daripada Majlis Syura Ulama, demikian kata Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Menurut beliau, bagi penyandang kerusi Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz pula sukarela memberi laluan kepada calon muka baharu, Mohd Syahir Che Sulaiman.


"Kita ucap terima kasih atas sukarela dia tidak mahu bertanding.
"Tiada alasan, mungkin masa depan masih luas dan masa lebih panjang untuk melanjut pelajaran dan sebagainya," katanya semasa sidang akhbar selepas mengisytiharkan calon PRU15 PN Kelantan di sini pada malam Rabu.

Pada PRU15, Che Abdullah yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Tumpat digantikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demit, Datuk Mumtaz Md Nawi.

PRU14 lalu Che Abdullah menang dengan majoriti 17,500 sekali gus menewaskan calon BN dan PKR.
Beliau memperoleh undian sebanyak 47,041 undi, BN (29,541) dan PKR (10,003).
 

Nik Abduh sukarela untuk tidak bertanding: Tuan Ibrahim​

03 November 2022 12:37amMasa membaca: 1 minit

1967560.jpg

Tuan Ibrahim Tuan Man

KOTA BHARU - Pas mendedahkan anak kepada bekas Menteri Besar Kelantan Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat iaitu Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz secara sukarela untuk tidak pertahankan kerusi Parlimen Bachok pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, keputusan itu sekaligus menafikan dakwaan berkait isu mematikan legasi Allahyarham Nik Abdul Aziz.


"Semua perlu ingat, perjuangan bukan individu sebaliknya dasar yang mahu diperjuangkan," katanya ketika diminta mengulas berhubung Nik Mohamad Abduh yang digugurkan dari calon Perikatan Nasional (PN) pada PRU15.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pengisytiharan Calon PRU15 PN Kelantan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhamamd IV, di sini, pada Isnin.

Beliau berkata, segala dasar polisi Allahyarham Nik Abdul Aziz akan teruskan.
Katanya, justeru tidak timbul isu boikot di Parlimen berkenaan.

“Insya-Allah sepanjang kempen beliau akan membantu calon baru di Parlimen berkenaan untuk menyokong komitmen kepimpinan parti memandangkan calon baharu iaitu Mohd Syahir Che Sulaiman merupakan rakan beliau,” ujarnya.

Nik Abduh dan penyandang Parlimen Tumpat, Datuk Che Abdullah Mat Nawi digugurkan daripada calon PN di Kelantan pada PRU15.
 
Penyandang kerusi Parlimen Tumpat itu tidak dicalonkan kerana gagal dapat kelulusan daripada Majlis Syura Ulama - Ahmad Yakob.

Pencalonan Che Abdullah tidak diluluskan Majlis Syura Ulama​


03 November 2022 12:56amMasa membaca: 1 minit



1967565.jpg

Datuk Che Abdullah Mat Nawi



KOTA BHARU - Penyandang kerusi Parlimen Tumpat, Datuk Che Abdullah Mat Nawi tidak dicalonkan kerana gagal mendapat kelulusan daripada Majlis Syura Ulama, demikian kata Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Menurut beliau, bagi penyandang kerusi Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz pula sukarela memberi laluan kepada calon muka baharu, Mohd Syahir Che Sulaiman.



"Tiada alasan, mungkin masa depan masih luas dan masa lebih panjang untuk melanjut pelajaran dan sebagainya," katanya semasa sidang akhbar selepas mengisytiharkan calon PRU15 PN Kelantan di sini pada malam Rabu.

Pada PRU15, Che Abdullah yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Tumpat digantikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demit, Datuk Mumtaz Md Nawi.

PRU14 lalu Che Abdullah menang dengan majoriti 17,500 sekali gus menewaskan calon BN dan PKR.
Beliau memperoleh undian sebanyak 47,041 undi, BN (29,541) dan PKR (10,003).
Adakah sebab gagal reform pemakaian pramugari menjadi sbb gagal penilaian majlis syura, walaupun dulu bkn main lantang berbahas dgn Anthony Loke di Dewan Rakyat isu pramugari menutup aurat.
 
Adakah sebab gagal reform pemakaian pramugari menjadi sbb gagal penilaian majlis syura, walaupun dulu bkn main lantang berbahas dgn Anthony Loke di Dewan Rakyat isu pramugari menutup aurat.
Bkn dia ka kes kawin kt thailand tu?
 
Bkn dia ka kes kawin kt thailand tu?
Rasanya mmg dia.

Tp pelik, ketiga2 tokoh yg berdebat dgn Anthony Loke berkenaan isu pemakaian pramugari kesemua tidak menjadi calon dlm PRU15 ni, Zailah, Abdullah, dan juga Khairuddin Takiri.

Bagi yg belum pernah melihat video perdebatan isu pramugari ini, ini videonya.

 
Che Abdullah sah jadi calon BN di Tumpat

1667458299265.png


Che Abdullah sah jadi calon BN di Tumpat
Diterbitkan: Nov 3, 2022 2:36 PM

Dikemaskini: 2:41 PM




PRU15 | Penyandang kerusi Parlimen Tumpat Che Abdullah Mat Nawi sah akan mempertahankan kerusinya menggunakan tiket BN dalam PRU15.
Perkara itu disahkan Pengerusi BN Kelantan Ahmad Jazlan Yaakub, hari ini.
Che Abdullah yang merupakan bekas setiausaha PAS Kelantan sebelum ini digugurkan dalam senarai calon Perikatan Nasional (PN).



Ketika sidang media di ibu pejabat Umno Kelantan di Kota Bharu hari ini, Ahmad Jazlan berkata BN negeri itu memberi laluan kepada Che Abdullah kerana dia dianggap sebagai calon boleh menang.

"Teka teki sudah terjawab apabila Che Abdullah akan bertanding atas tiket BN di Parlimen Tumpat. Kita rasa satu kelegaan apabila dia bersetuju dengan tawaran yang diberikan.

"Kehadirannya juga diterima baik oleh akar umbi Umno bahagian Tumpat," katanya.

Ahmad Jazlan berkata, pihaknya yakin akan memberi saingan sengit kepada Perikatan Nasional (PN) di kerusi Parlimen tersebut.
"Kita akui kita menawarkan kerusi berkenaan kepada Che Abdullah dan BN memang mengadakan pertemuan dengannya sebelum ini," katanya.

Mumtaz Md Nawi merupakan calon PAS di kerusi Parlimen Tumpat bagi menggantikan Che Abdullah.

Pada PRU lalu, Che Abdullah memenangi kerusi itu dengan tiket PAS dengan majoriti 17,500 undi, menewaskan calon BN Wan Johani Wan Hussin dan calon PH Nordin Salleh.
 
Back
Top
Log in Register