BTC USD 80,591.1 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

CG Running Club

Kalau lama2
Teruk jem jln nanti
Half takpe santai2 bang
Jalan kaki pn leh :p

Putrajaya Night Run tu mesti join
Layan HM :D

finisher shirt dier last year..cantik... tp bab hadiah mmg out.. kedekut... member otai dpt 12th kategori veteran.. satu ape x dpt..#:-S
 
http://www.jomkitalari.com/e-panduan-standard-chartered-kl-marathon-2018/

Ini adalah bas Rapid KL. Ia juga adalah bas "penyapu" yang akan membawa pelari-pelari yang tak lepas Cut Off Time (COT) balik ke Dataran Merdeka.

COT bagi setiap kategori adalah seperti berikut:
Full Marathon (42.195 km) - 7 jam 15 minit
Half Marathon (21.1 km) - 3 jam 30 minit
10 km
Speed - 75 minit
Cruise - 90 minit
Leisure - 120 minit
5 km Fun Run - 60 minit
3 km Kids Dash - 40 minit

Bagi pelari Full Marathon, terdapat beberapa checkpoint di sepanjang laluan. Jika korang tidak sampai ke setiap checkpoint dalam masa COT yang ditentukan, korang akan diarahkan untuk menaiki bas penyapu (direct translate dari “sweeper bus”). Siapa yang lambat tu, semua kena “sapu”. Pelari yang menaiki “sweeper bus” akan dibawa ke lokasi berhampiran Bank Negara/ Dataran Merdeka.

COT Checkpoint ini adalah untuk keselamatan pelari sendiri. Jalan akan ditutup kepada lalu-lintas hanya selama tujuh (7) jam dan lima belas (15) minit dari masa perlepasan pelari. Jadi, COT yang dilaksanakan di setiap check point akan membantu pelari menamatkan larian mereka dalam masa kelayakan (COT Perlumbaan) iaitu 7 jam 15 min.

Kepada pelari acara marathon, min cadangkan agar hafal atau tuliskan COT checkpoint ini di tangan dengan pen marker supaya korang tidak tercicir dalam perlumbaan. Kalau boleh gunakan khidmat pacer yang disediakan.

Cut off time Full Marathon adalah seperti berikut:
KM 19: Jalan Jelatek/ DUKE highway, cut-off time 7:25 am
KM 27: DUKE highway/ Jalan Kuching, cut-off time 8:45 am
KM 35: Jalan Dato' Onn/ Jalan Sultan Salahuddin, cut-off time 10:05 am

Setiap pelari marathon harus mengambil gelang tangan (wrist band) yang akan diberikan oleh pegawai MAF di checkpoint di KM 19. Pakai atau simpan gelang tu elok-elok untuk menebus kemeja T dan pingat penamat. Tanpa gelang tersebut, anda hanya boleh gigit jari.

Masa COT yang diberikan adalah memadai bagi seorang pelari yang sihat tubuh badan bagi menamatkan perlumbaan dan jangan la ada pulak yang mengada-ngada nak mintak tambahkan masa COT atau nak demand finisher T dan pingat selepas COT. Sekian...

Sumber: e-Guide Standard Chartered KL Marathon
 
jog sorang² je skrg, tapi kalau ada pesaing semangat sikit nak lari. kalau x, ngelat² je la.

mohon kawan² bagi tips camne nak atasi.
 
gud luck sapa yg lari scklm, den masuk jgk tapi macam tak cukup trening huhuhu. harap boleh abis within COT dan tak kena sapuuuuu
 
Back
Top
Log in Register