BTC USD 84,278.0 Gold USD 4,290.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News Celcom & DiGi Bergabung, TELCO Terbesar Malaysia

FB_IMG_1624286160331.jpg

Axiata Group Bhd, Telenor Asia Pte Ltd dan Digi.Com Bhd pada Isnin mengumumkan mereka berjaya menyelesaikan proses ketekunan wajar dan memeterai perjanjian urus niaga bagi cadangan penggabungan Celcom Axiata Bhd (Celcom) dengan Digi, yang dirujuk sebagai syarikat gabungan.

Selanjutnya dalam Buletin Utama jam 8 malam ini.
 
MERGECO | Gabungan Celcom Axiata & Digi.com Semakin Jadi Kenyataan

Axiata Group Berhad, Telenor Asia Private Limited dan Digi.Com Berhad menyelesaikan proses ketekunan wajar dan memeterai perjanjian urus niaga bagi cadangan penggabungan Celcom Axiata dan Digi.

Cadangan penggabungan ini dijangka dapat diselesaikan pada suku kedua tahun depan.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 
Penggabungan Celcom Dengan Digi Dijangka Akan Menjana Pendapatan Sebanyak RM12.4 Bilion

Axiata Group Bhd, Telenor Asia Pte Ltd dan Digi.Com Bhd telah pun memeterai cadangan penggabungan Celcom Axiata Bhd (Celcom) dan Digi (MergeCo).

Penggabungan 2 syarikat telekomunikasi itu sekaligus menjadikannya peneraju utama pengendali telekomunikasi di Malaysia.

Gabungan itu juga akan membentuk pelanggan mereka yang dianggarkan berjumlah 19 juta dengan pendapatan terkumpul sebanyak RM12.4 bilion, kepada berdasarkan laporan kewangan berakhir 31 Dis, 2020.

Dalam kenyataan media bersama mereka, Celcom dan Digi akan melabur sehingga RM250 juta dalam tempoh lima tahun bagi membangunkan Pusat Inovasi bertaraf antarabangsa di Kuala Lumpur sebagai usaha untuk menjadikan Malaysia di barisan hadapan evolusi digital global.

Berkaitan status kakitangan pula, kedua-dua pihak menyatakan bahawa mereka akan melindungi kebajikan pekerja tanpa pemberhentian secara paksa.

Proses penggabungan ini dijangka lengkap pada suku kedua tahun hadapan.

Sumber asal Global News Wire
 
gabungan akan menguatkan saham atau menurunkan harga saham?

sape tahu?
 
Telenor ASA 3,809,750,30049.0%
Employees Provident Fund 1,163,913,49015.0%
Permodalan Nasional Bhd. 799,445,90010.3%
Kumpulan Wang Persaraan 285,260,7003.67%
Public Mutual Bhd. 123,808,7001.59%
The Vanguard Group, Inc. 115,868,7451.49%
Urusharta Jamaah Sdn. Bhd. 97,071,7001.25%
Lembaga Tabung Haji 71,413,0500.92%
BlackRock Fund Advisors 67,747,2000.87%
Eastspring Investments (Singapore) Ltd. 63,679,3000.82%

Khazanah Nasional Bhd. (Investment Company) 3,371,238,61736.8%
Employees Provident Fund 1,576,451,02817.2%
Permodalan Nasional Bhd. 1,528,027,39316.7%
Kumpulan Wang Persaraan 269,070,7382.93%
Public Mutual Bhd. 201,521,7962.20%
Bumiputra Investment Foundation 148,413,0811.62%
The Vanguard Group, Inc. 138,932,9511.51%
AIA Bhd. 122,320,5481.33%
Great Eastern Life Assurance Co. Ltd. 105,247,4571.15%
Urusharta Jamaah Sdn. Bhd. 77,196,2980.84%

nasib baik lge sudah pencen. rancangan ph ialah telenor makan celcom bahagian khazanah nasional. celcom singapura m1 sudah kena makan
 
Gabungan Celcom & DiGi Di Jangka Selesai Menjelang Suku Kedua 2022

Celcom
dan Digi hari ini telah memuktamadkan gabungan mereka, dan menandatangani perjanjian untuk bergabung selepas melalui proses semakan antara syarikat lanjutan daripada pengumuman hasrat untuk bergabung pada April lepas. Dengan gabungan, syarikat baharu Celcom Digi Berhad akan mempunyai sekitar 19 juta pelanggan, dengan pendapatan RM12.4 bilion.

Syarikat gabungan juga dijangka mempunyai nilai ekuiti mencapai RM50 bilion. Lanjutan pengumuman hari ini, ia dijangka akan melalui proses semakan dan pengesahan oleh pihak berkuasa. Axiata mengatakan gabungan menjadi satu syarikat ini dijangka selesai menjelang suku kedua 2022 – iaitu dalam tempoh setahun lagi.
 
Back
Top
Log in Register