BTC USD 84,488.4 Gold USD 4,282.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News Celcom & DiGi Bergabung, TELCO Terbesar Malaysia

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,597
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,597
Reaction score
7,741
Points
916
Pada 2019 yang lepas, Axiata dan Telenor telah mengumumkan hasrat mereka untuk berbincang dalam menyatukan kedua-dua syarikat, sekaligus menjadi syarikat telekomunikasi gergasi di Asia Tenggara.

Dengan gabungan berkenaan, ia juga akan memperlihatkan Celcom dan Digi bergabung, sekaligus menjadi syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia. Apa pun, perbincangan pada 2019 berkenaan tidak berjalan lancar, dan tiada gabungan berlaku lanjutan daripadanya disebabkan beberapa perkara.

Terbaru, menurut laporan TheStar, kedua-dua pihak ini dikatakan telah mula berbincang kembali berkenaan mengabungkan syarikat ini.

Perbincangan baru ini dikatakan hadir lanjutan daripada pengumuman kerajaan berkenaan infrastruktur 5G yang akan disewakan oleh satu badan kepada syarikat telekomunikasi. Langkah ini akan membuatkan semua syarikat telekomunikasi mempunyai akses sama, sekaligus bersaing dari segi harga dan kualiti penawaran.

Apa pun, ia tidak diketahui lagi ditahap manakah perbincangan ini. Mengikut beberapa penganalisa dan pakar, gabungan kedua-dua syarikat ini akan menguntungkan kedua-duanya dalam beberapa perkara, termasuk dalam mengukuhkan kedudukan dalam arena telekomunikasi serantau.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut berkenaan perbincangan kedua-dua pihak ini – dan sama ada akan saksikan Celcom dan Digi bergabung pada tahun ini atau sebaliknya.

Screenshot-3797.jpg

Berita asal https://www.thestar.com.my/business...3/06/celcom-digi-merger-may-be-on-cards-again
 
digi pantas tp x meluas... urban area shj yg ok... rural area mmg barai.. celcom meluas tp kekadang cam siput vavi... kan dah dah carut...
 
munkin Maxis yg untung sbb pengguna terlalu ramai utk satu telco jika bergabung..
 
digi laju saja kawasan kampung. asal saja korang tak jumpa lte band lapan
celcom band 3 sudah semput sebab ramai pengguna celcom dan telko tumpang celcom. onexox semput sebab sudah ramai pelanggan. kena tukar band 7 baru laju
 
Sah! Celcom, Digi bakal bergabung


KUALA LUMPUR: Syarikat induk Celcom, Axiata Group Bhd hari ini, mengesahkan penggabungan dua syarikat telekomunikasi, Celcom dan Digi.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan itu, Datuk Izzaddin Idris dalam satu sidang media, berkata gabungan tersebut akan dinamakan Celcom Digi Bhd.

Katanya, penggabungan itu bagi mempercepatkan proses digitalisasi sejajar dengan aspirasi negara untuk mentransformasikan Malaysia menjadi masyarakat digital.

“Ia akan menghasilkan sinergi yang hebat dengan entiti penggabungan ini, juga dapat menarik minat global dan mewujudkan perkongsian global.

“Selain itu, kedua-dua Axiata dan Telenor juga ingin mengumumkan pusat inovasi berkelas dunia di Malaysia.

“Pusat inovasi ini, menerusi gabungan ini, akan dapat menarik ekosistem Axiata dan Telenor sekali gus memanfaatkan kedua-dua syarikat,” katanya.

Turut hadir pada sidang media berkenaan ialah Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Telenor Asia, Jorgen Rostrup.

Izzaddin dilantik sebagai Pengerusi Celcom Digi Berhad, manakala Rostrup sebagai timbalannya. CEO Celcom Axiata, Idham Nawawi pula dilantik sebagai CEO Celcom Digi Berhad dan CEO Digi, Albert Murty (Timbalan CEO Celcom Digi Berhad).

Mengulas lanjut, Izzaddin berkata Telenor dan Axiata masing-masing akan akan memegang 33.1 peratus saham dalam Celcom Digi Berhad.

Dalam perkembangan sama, Izzaddin berkata pihaknya akan melindungi pekerja mereka dan tidak akan berlaku pemecatan secara paksaan.

“Kami akan melindungi kesejahteraan pekerja dan kami akan mewujudkan pekerjaan berkemahiran tinggi menerusi pusat inovasi kami.

“Kami juga akan mengadakan program sokongan peralihan sekiranya terdapat keperluan untuk melatih semula pekerja dalam entiti gabungan ini,” katanya,

Dengan gabungan ini, Celcom Digi Berhad akan kekal disenarai awam di Bursa Malaysia dan bakal menjadi penyedia perkhidmatan telekomunikasi terbesar Malaysia.


== astro awani
 

Celcom Digi bakal jadi telco terbesar Malaysia​


KUALA LUMPUR: Celcom Digi Bhd (Celcom Digi), entiti yang terbentuk menerusi penggabungan operasi telekomunikasi Axiata Group Bhd dan Telenor ASA di Malaysia bakal menjadi penyedia perkhidmatan telekomunikasi (telco) terbesar Malaysia.


Rundingan yang akan dimuktamadkan dalam tempoh tujuh hingga sembilan bulan akan datang itu bakal menyaksikan Celcom Digi menerajui industri telekomunikasi tempatan dari segi nilai, pendapatan dan keuntungan.


Jika penggabungan membabitkan Celcom Axiata Bhd (Celcom) dan Digi.com Bhd itu menjadi kenyataan, ia akan mewujudkan pendapatan pro forma sekitar RM12.4 bilion, sementara pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) pra sinergi mencecah RM5.7 bilion.


Penggabungan Celcom-Digi juga akan membentuk 19.1 juta pelanggan di seluruh negara, sekali gus menjadikan Celcom Digi sebagai peneraju pasaran.

Mengulas mengenai rundingan yang bakal memasuki pasal ketekunan wajar, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Axiata, Datuk Izzaddin Idris, berkata pembentukan Celcom Digi akan menyaksikan Axiata dan Telenor masing-masing menguasai 33.1 peratus pegangan, manakala selebihnya dikuasai pemegang saham institusi dan rakyat Malaysia.


"Sebagai sebahagian daripada urus niaga penggabungan, Axiata akan menerima saham baharu yang diterbitkan dalam Digi mewakili 33.1 peratus pegangan saham pasca bernilai RM2 bilion, di mana RM1.7 bilion adalah daripada Digi menerusi penerbitan hutang baharu, manakala baki RM300 juta lagi dari Telenor.


"Penggabungan ini buat masa ini hanya akan membabitkan pasaran Malaysia sahaja dan ia tidak akan berkait dengan pasaran lain di mana entiti Axiata dan Telenor beroperasi," katanya pada sidang media khas pengumuman terbabit di sini, hari ini.


Yang turut hadir, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Telenor Asia, Jørgen C Arentz Rostrup.


Saham Axiata dan Digi digantung pagi tadi menjelang pengumuman itu.


Cadangan penggabungan yang sebelum ini dikenali sebagai MergeCo menamakan Izzadin dan Rostrup, masing-masing sebagai Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Celcom Digi.


Jawatan CEO Celcom Digi pula akan digalas Idham Nawawi yang ketika ini adalah CEO Celcom Axiata, manakala Timbalan CEO pula akan dipikul oleh Albern Murty, yang ketika ini CEO Digi Telecommunications.


Struktur organisasi berkenaan dan struktur lain akan diumumkan selepas mendapat kelulusan pemegang saham.


Mengulas lanjut, Izzaddin berkata, penggabungan itu akan mempercepatkan digitalisasi negara dan mewujudkan persekitaran perniagaan yang mampan dan terbukti pada masa depan.


Katanya, Celcom Digi yang akan kekal sebagai syarikat senarai awam dijangka dapat meningkatkan kecairan dan profil di Bursa Malaysia sebagai antara syarikat teknologi terbesar dan antara syarikat dengan pemodalan pasaran terbesar dalam pasaran ekuiti.


"Kami yakin dengan penyertaan dalam penggabungan ini dan tanggungjawab kepada dua pemegang saham bagi memastikan penggabungan berjalan lancar.


"Penggabungan ini tidak mengurangkan pegangan pasaran, malah akan meningkatkan penguasaan kami di pasaran domestik," katanya.


Mengenai kapasiti kakitangan pasca penggabungan, beliau menjelaskan, semua 2,400 pekerja Celcom dan 1,400 pekerja Digi akan dikekalkan.


"Perkara ini (pemberhentian pekerja) sudah dibincangkan sejak beberapa bulan lalu. Kami memutuskan tiada pengurangan pekerja pasca penggabungan," katanya.


Sementara itu, Rostrup berkata, pegangan sama rata dalam Celcom Digi bukan menjadi halangan untuk memacu syarikat berkenaan untuk meneroka pasaran Malaysia.


"Kami tidak bimbang siapa yang mengawal Celcom Digi, sebaliknya percaya ia adalah perkara sepatutnya untuk memacu pembangunan syarikat pada masa depan," katanya.


Mengenai rancangan penggabungan operasi di luar negara, beliau menjelaskan, Telenor-Axiata tidak memiliki sebarang pertimbangan buat masa ini, tetapi tidak menolak wujudnya kerjasama lain pada masa depan.


"Kami belum pasti lagi. Buat masa ini tiada. Pertimbangan ketika ini adalah menjadikan Celcom Digi sebagai organisasi kukuh di Malaysia.


"Apa yang berlaku pada masa depan biarlah masa yang tentukan," katanya.


Pada Mei 2019, Axiata dan Telenor mengumumkan rundingan menubuhkan entiti global yang baharu, MergedCo, dengan menggabungkan operasi mereka dalam pasaran ASEAN serta Asia Tenggara.


Cadangan urus niaga berkenaan, bertujuan membolehkan MergedCo menyatukan kombinasi pengalaman, skala, kecekapan dan pengalaman kedua-dua syarikat yang luas dalam menerajui serta menguruskan pasaran sempadan dan pasaran baru muncul.


Dari sudut domestik, pelan yang dirancangkan adalah untuk menggabungkan Celcom dan Digi menjadi MalaysiaCo.


Bagaimanapun, tiga bulan kemudian, Axiata dan Telenor ASA secara bersama bersetuju menamatkan rundingan penggabungan berikutan beberapa kerumitan berkaitan cadangan itu.


Namun, pada bulan lalu, muncul semula cadangan penggabungan antara Celcom dan Digi yang mana sudah dijangkakan dan dikatakan boleh memberi manfaat bersama kepada kedua-dua pihak.
 
CELCOM-DIGI | Jadi Syarikat Telekomunikasi Terbesar Negara​

Cadangan penggabungan antara Celcom Axiata Berhad dan Digi.Com Bhd bakal mewujudkan syarikat telekomunikasi terbesar dalam negara.

Axiata Group Bhd and pemegang saham majoriti Digi, Telenor Asia kini di peringkat rundingan lanjutan yang dijangka selesai menjelang Jun.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 
Sah! Celcom, Digi bakal bergabung


KUALA LUMPUR: Syarikat induk Celcom, Axiata Group Bhd hari ini, mengesahkan penggabungan dua syarikat telekomunikasi, Celcom dan Digi.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan itu, Datuk Izzaddin Idris dalam satu sidang media, berkata gabungan tersebut akan dinamakan Celcom Digi Bhd.

Katanya, penggabungan itu bagi mempercepatkan proses digitalisasi sejajar dengan aspirasi negara untuk mentransformasikan Malaysia menjadi masyarakat digital.

“Ia akan menghasilkan sinergi yang hebat dengan entiti penggabungan ini, juga dapat menarik minat global dan mewujudkan perkongsian global.

“Selain itu, kedua-dua Axiata dan Telenor juga ingin mengumumkan pusat inovasi berkelas dunia di Malaysia.

“Pusat inovasi ini, menerusi gabungan ini, akan dapat menarik ekosistem Axiata dan Telenor sekali gus memanfaatkan kedua-dua syarikat,” katanya.

Turut hadir pada sidang media berkenaan ialah Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Telenor Asia, Jorgen Rostrup.

Izzaddin dilantik sebagai Pengerusi Celcom Digi Berhad, manakala Rostrup sebagai timbalannya. CEO Celcom Axiata, Idham Nawawi pula dilantik sebagai CEO Celcom Digi Berhad dan CEO Digi, Albert Murty (Timbalan CEO Celcom Digi Berhad).

Mengulas lanjut, Izzaddin berkata Telenor dan Axiata masing-masing akan akan memegang 33.1 peratus saham dalam Celcom Digi Berhad.

Dalam perkembangan sama, Izzaddin berkata pihaknya akan melindungi pekerja mereka dan tidak akan berlaku pemecatan secara paksaan.

“Kami akan melindungi kesejahteraan pekerja dan kami akan mewujudkan pekerjaan berkemahiran tinggi menerusi pusat inovasi kami.

“Kami juga akan mengadakan program sokongan peralihan sekiranya terdapat keperluan untuk melatih semula pekerja dalam entiti gabungan ini,” katanya,

Dengan gabungan ini, Celcom Digi Berhad akan kekal disenarai awam di Bursa Malaysia dan bakal menjadi penyedia perkhidmatan telekomunikasi terbesar Malaysia.


== astro awani
saham selebih nya iaitu 66.2 % siapa punya?
bmf lagi tak?
 
Back
Top
Log in Register