BTC USD 84,523.1 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News Celcom & DiGi Bergabung, TELCO Terbesar Malaysia

Screenshot_20211027_113117.jpg


Paling lama selenggara. Lebih dari 3 hari
 
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia Lulus Cadangan Penggabungan Digi Dan Celcom

Digi
dan Celcom telah menyatakan akan bergabung dibawah satu entiti sejak awal tahun 2021 lepas. Ia seterusnya telah melalui sejumlah fasa, termasuk pengesahan pihak pemegang saham, pengesahan pihak SKMM, dan kini mereka turut menerima pengesahan daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Ia dikatakan Suruhanjaya Sekuriti telah mengesahkan dan meluluskan struktur ekuiti Bumiputera dalam Digi berikutan dengan penggabungan tersebut.

Selepas penggabungan, saham terbitan yang diperuntukkan kepada Bumiputera akan menjadi 12.5%, turun 18.8% sebelum gabungan. Dengan pengesahan terbaru ini, ia membawa setapak lagi menghampiri dalam menyelesaikan transaksi gabungan kedua-dua syarikat telekomunikasi besar ini.​
 
Patut harga boleh turun la lepas gabung nie
 
Pemegang Saham Axiata Luluskan Cadangan Gabung Celcom - DiGi

18.11.2022 - Kuala Lumpur, Lembaga Pengarah Axiata Group Bhd mengumumkan bahawa pemegang sahamnya telah meluluskan cadangan penggabungan operasi telekomunikasi Celcom Axiata Bhd dan Digi.Com Bhd. Menurut konglomerat telekomunikasi itu, keputusan tersebut dibuat pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) kumpulan hari ini.

"Keputusan EGM melalui undian telah dikemukakan kepada Bursa Malaysia seperti yang dikehendaki oleh peraturan yang terpakai," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Axiata berkata dengan persetujuan pemegang saham, penggabungan itu hampir selesai, selepas mendapat kelulusan sebelum ini daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia sebelum EGM ini.

Berita asal https://www.hmetro.com.my/bisnes/20...m-axiata-luluskan-cadangan-gabung-celcom-digi​
 
Gabungan Celcom - DiGi, Ini Yang Anda Perlu Tahu Buat Masa Sekarang

Celcom dan Digi secara rasmi sudah bergabung dan kini dikenali sebagai CelcomDigi. Axiata dan Telenor masing-masing memiliki pegangan sebanyak 33.1%, menjumlahkan 66.2%. Selebihnya, saham syarikat ini turut dimiliki oleh KWSP, PNB dan KWAP. Dengan gabungan 2 syarikat telekomunikasi ini, maka ia kini syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia. Tapi, untuk pelanggan pula, apa maksud dan kesannya? Dalam waktu terdekat, tidak apa apa-apa perubahan namun pastinya ada dalam jangka masa panjang. Teruskan tatal ke bawah.
​

1. Kenapa Celcom dan Digi bergabung?​

celcomdigi-1-768x432.jpg

Menurut CelcomDigi, mereka bergabung untuk mengukuhkan lagi syarikat. Oleh itu, hasil penyatuan ini menggabungkan rangkaian, saluran agihan, produk, perkhidmatan, rakan kerjasama dan tenaga kerja dalam menyediakan servis pada pelanggan.

​

2. Apa jadi dengan jenama Celcom dan Digi?​

celcom-digi-768x432.jpg

Kedua-dua jenama iaitu Celcom dan Digi akan terus beroperasi. Namun, anda akan dapat lihat logo baharu, CelcomDigi dengan penampilan kedua-dua jenama ini.
​

3. Apa yang pelanggan Celcom dan Digi perlu buat sekarang?​

61b06ee5ff60956ff1703186_media-placeholder.png

Anda langsung tak perlu buat apa-apa. Buat masa ini, segala tawaran, pelan, kedai, rangkaian akan dapat terus dinikmati pelanggan seperti biasa daripada syarikat masing-masing. Senang cerita, anda nikmati saja apa yang ada sementara mereka merumuskan tawaran baharu pada masa akan datang.
​

4. Apa akan jadi dengan rangkaian Celcom dan Digi?​

celcom-5g-768x432.jpg

Untuk masa ini, pengguna akan nikmati perkhidmatan yang sama seperti sebelum ini. Namun pada masa akan datang, CelcomDigi mengatakan mereka akan melakukan penaiktarafan infrastruktur yang akan memberikan pengalaman rangkaian yang lebih baik. Ini mungkin bermakna Celcom dan Digi akan menggunakan infrastruktur yang sama untuk menawarkan liputan mereka seluruh Malaysia. Celcom amat terkenal dengan keluasan liputannya. Ia akan menjadi berita baik untuk pengguna Digi jika mereka berkongsi infrastruktur.

​

5. Apa yang pelanggan Celcom dan Digi boleh jangka?​

menara-4g-jendela-suku-ketiga-2022-768x531.jpg


Anda boleh jangka perubahan daripada segi penawaran perkhidmatan dan rangkaian, namun bukan dalam masa terdekat.
CelcomDigi akan mula menggabungkan sumber masing-masing kelak. Justeru, pelanggan akan dapati perubahan dan mempunyai lebih banyak pilihan produk serta perkhidmatan tapi secara berperingkat. Secara peribadi, saya percaya perubahan tawaran akan mula diperlihatkan mulai tahun depan. Untuk tempoh sebulan dua ini, tidak ada apa-apa yang terlalu ketara akan diperkenal sama ada pelan prabayar atau pascabayar baharu.
​

6. Saya pelanggan Digi. Apakah saya akan dapat guna rangkaian Celcom sekarang?​

Juara-Internet-2022-Digi.jpg

Untuk masa sekarang, tidak. Anda masih akan menggunakan rangkaian sama.
​

7. Saya pelanggan Celcom. Apakah saya akan dapat guna rangkaian Digi sekarang?​

Screenshot-2022-06-07-at-11.02.03-AM-768x364.jpg

Untuk masa sekarang, tidak. Anda masih akan menggunakan rangkaian sama.
​

8. Apakah penyatuan Celcom-Digi ini beri kesan pada kadar pelan saya sekarang?​

celcom-mix-match-2-768x432.jpg

Tidak. Tapi untuk jangka masa panjang, anda akan alami perubahan dari segi penawaran produk dan perkhidmatan di seluruh negara.
​

9. Apa jadi pula dengan kedai-kedai Celcom dan Digi?​


celcom-blue-cube-1.jpg

Buat masa ini, masing-masing akan terus beroperasi seperti sebelum ini. Pelanggan Celcom ke Blue Cube, pelanggan Digi ke Digi Store. Oleh itu, janganlah anda ke kedai Celcom untuk urusan akaun Digi, atau sebaliknya. DigiCelcom tidak memberitahu apakah kedai-kedai ini juga akan disatukan ataupun bila, memandangkan mereka berkata Celcom dan Digi akan terus beroperasi seperti biasa.
​

10. Apakah saya masih boleh buat transaksi?​

Digi-Shopee-Store-768x432.jpg

Ya, anda masih boleh melakukan transaksi seperti sebelum ini di kedai Celcom dan Digi. Selain itu, boleh juga dilakukan secara dalam talian melalui Celcom Life dan MyDigi.
​

11. Apa jadi dengan pelanggan perniagaan?​

200212-celcom-mega-pascabayar-hero-1024x576-1-768x432.jpg

Untuk pelanggan Celcom Business dan Digi Business, anda boleh hubungi Business Account Managers dan rakan kerjasama (Value-Added Partners) untuk bantuan.

Sumber asal https://help.digi.com.my/en/support...celcom-digi-merger-frequently-asked-questions​
 
Back
Top
Log in Register