BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cedera Rakan Setugas: Dua Anggota Tentera Didenda RM2,200

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146
f631160d819941ac7d15045ad2b6fb2c672753ac74d69

--fotoBERNAMA

Dua anggota tentera berpangkat koperal masing-masing didenda RM2,200 oleh dua Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana mencederakan dua rakan setugas, awal bulan lepas.

Hukuman itu dijatuhkan selepas Mohamad Izzuddin Ahmad, 27, serta Muhamad Amir Irfan Mohd Ridzuan, 25, selaku orang kena saman (OKS) mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut yang dibacakan secara berasingan.

Di hadapan Majistret Muhammad Syaiful Akmal Mohamad Razi, mereka didakwa mencederakan seorang lelaki berusia 25 tahun di bilik penginapan bujang Batalion 165 Risik, Kem Lapangan Terbang Sungai Layar di sini antara 10.05 hingga 11.50 malam 5 Mac.

Bagi kesalahan itu, mereka didenda RM700 setiap seorang atau dipenjarakan 14 hari jika gagal membayar denda tersebut.

Sementara itu, di hadapan Majistret Mohamad Azlan Basri, dua OKS terlibat dituduh mencederakan seorang lagi lelaki berusia 25 tahun di lokasi serta pada masa dan tarikh yang sama.

Mahkamah mengenakan denda RM1,500 ke atas setiap OKS atau penjara dua bulan jika mereka gagal membayar denda.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, peguam Chong Sen Ming yang mewakili dua OKS itu memohon hukuman denda minimum atas alasan mereka masih bujang, berpendapatan rendah dan perlu menyara ibu bapa masing-masing.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Adlin Sufiya Kamaruzzaman dan Nur Hazwani Md Noor memohon hukuman setimpal diberikan sebagai pengajaran untuk mengelakkan kejadian sama berulang.

 
Back
Top
Log in Register