BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,266.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anggota Tentera Cedera Terkena Tembakan Di Lapang Sasar

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,764
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,764
Reaction score
289
Points
146

Anggota Tentera Cedera Terkena Tembakan Di Lapang Sasar​

cc0e7d3b3b409fc5ff3dab4f5ff130366a50dc33cf6e6

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan SAC Mohd Nasharudin Mohd Shariff (tengah)

Seorang anggota tentera lelaki cedera pada bahagian muka dipercayai terkena tembakan dilepaskan rakannya ketika berada di lapang sasar di Sungai Menyala, Port Dickson, semalam.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan SAC Mohd Nasharudin Mohd Shariff berkata kejadian berlaku kira-kira 2.15 petang ketika mangsa yang berusia lingkungan 20-an bersama beberapa anggota lain berada di lokasi berkenaan untuk latihan menembak.

“Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Port Dickson sebelum dirujuk ke Hospital Tuanku Ja’afar, di sini bagi rawatan lanjut. Mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata susulan kejadian itu, seorang lelaki berusia lingkungan 20 tahun yang juga anggota tentera ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 37 Akta Senjata 1960 dan Seksyen 337 Kanun Keseksaan.

 
Back
Top
Log in Register