BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pegawai Tentera Didenda RM1,700 Tumbuk Rakan Wanita

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80
5cf981137f8e97274303b3791adf9bf45e3a410945855


Seorang pegawai tentera didenda RM1,700 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah mencederakan rakan wanitanya pada Oktober lepas.

Majistret Dr Teoh Shu Yee menjatuhkan hukuman tersebut ke atas R Rajakogillan, 35, serta memerintahkan tertuduh dipenjara empat bulan sekiranya gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, Rajakogillan didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap wanita berusia 44 tahun itu dengan menumbuk bahagian belakang kepala mangsa sebanyak tiga kali.

Kesalahan itu dilakukan di kawasan parkir Taman Terendak Heights, Masjid Tanah, pada 7.30 malam, 5 Okt lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Ehsan Nasarudin mencadangkan hukuman setimpal dikenakan ke atas tertuduh.

Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Goh Jee Chee yang mewakili tertuduh memohon hukuman minimum atas alasan anak guamnya baru sahaja berkahwin.

 
biasa tentera sesama mereka tumbuk muka kawasan antara hidung dan pipi..
 
Back
Top
Log in Register