BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pos Pemeriksaan Bukit Sami Diserang, Lima Anggota Renjer Thai Maut, Dua Penduduk Cedera

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

Lima anggota renjer Thailand maut diserang di Narathiwat​

3591782.webp

Rakaman CCTV menunjukkan sebuah trak pikap hitam yang dinaiki enam lelaki bersenjata berpakaian hitam sejurus sebelum melancarkan serangan ke atas pos kawalan keselamatan di Narathiwat. Foto Thai PBS World.

NARATHIWAT – Lima anggota renjer Thailand terbunuh manakala dua orang awam, termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun, cedera dalam serangan bersenjata di sebuah pos kawalan keselamatan di wilayah bergolak Narathiwat pada Rabu.

Menurut laporan awal, serangan berlaku kira-kira jam 7 malam waktu tempatan di pos kawalan Buketa Sami, daerah Tanyong Mat, Ra-ngae yang dikendalikan Kompeni Renjer 4509.

Enam lelaki berpakaian serba hitam dipercayai tiba di lokasi dengan menaiki sebuah pikap Nissan empat pintu berwarna hitam sebelum melepaskan tembakan bertubi-tubi dan membaling beberapa bom paip ke arah anggota yang sedang bertugas.

Lima anggota renjer yang berada di pos kawalan itu disahkan maut di lokasi kejadian.

Dua orang awam turut cedera dalam serangan tersebut, termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun. Kedua-dua mangsa dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan kenderaan yang dinaiki enam suspek beberapa saat sebelum serangan dilancarkan.

Selepas melakukan serangan, kumpulan terbabit melarikan diri menggunakan pikap yang sama melalui Lebuhraya 4055 dari Tanyong Mat menuju ke daerah kecil Dusong Yo.

Pasukan keselamatan kemudian mengepung kawasan kejadian bagi menjalankan pemeriksaan forensik serta mengumpulkan bahan bukti, manakala siasatan bagi mengenal pasti dalang serangan sedang diteruskan.

Wilayah Narathiwat merupakan antara tiga wilayah di selatan Thailand yang berdepan konflik pemisah sejak lebih dua dekad lalu, dengan serangan terhadap anggota keselamatan masih berlaku dari semasa ke semasa.-Agensi

 

14278206544091629-413060.jpg

14278206544091629-413061.jpg

14278206569737173-413063.jpg

14278206569737173-413064.jpg

14278206569737173-413065.jpg

14278206569737173-413066.jpg

14278206569737173-413067.jpg

14278206569737173-413068.jpg

14278206569737173-413069.jpg

14278206569737173-413070.jpg

14278206569737173-413071.jpg


Pos Pemeriksaan Bukit Sami Diserang, Lima Anggota Renjer Thai Maut, Dua Penduduk Cedera
.
.
Serangan berlaku kira-kira jam 6.45 petang apabila sekumpulan enam lelaki berpakaian hitam, yang dipercayai menaiki sebuah trak pikap Nissan empat pintu berwarna hitam, menyerang Pos Pemeriksaan Perbandaran Bukit Sami di kawasan operasi Kompeni Renjer 4509.
.
Penyerang dilaporkan melepaskan tembakan menggunakan senjata api dan membaling bom paip ke arah pos pemeriksaan berkenaan.
.
Serangan itu mengorbankan lima anggota Renjer Thai, iaitu:
• Sarjan Mejar Thirayut Somakerd
• Anggota Renjer Sakiriya Jehna
• Anggota Renjer Wimon Dabthong
• Anggota Renjer Natthasit Kaewsena
• Anggota Renjer Solahuding Pi
.
Selain itu, dua penduduk awam turut cedera. Salah seorang daripada mereka ialah seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun, Habib Hina, yang telah dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
.
Selepas melancarkan serangan, kumpulan bersenjata itu dilaporkan melarikan diri menggunakan kenderaan berkenaan melalui Jalan 4055 menuju ke Mukim Dusong Nyo.

Sumber Wartani Melayu
 
 
Back
Top
Log in Register