teapear
Active Member
- Messages
- 2,199
- Joined
- Jan 25, 2009
- Messages
- 2,199
- Reaction score
- 369
- Points
- 51
Salam semua..
Inshaa Allah tahun depan suami akan dapat keluar EPF anggaran dalam satu juta.. sekarang tgh bincang2 dengan suami apa nak buat dengan duit tu untuk kembangkan lagi
Paling senang yang kami fikirkan ialah letak semua dalam ASB dengan (400k di ASB saya dan 400k di ASB suami, 200k di ASB anak). So dari dividen setiap bulan dapat around RM4,100. Ini paling mudah, in fact sebenarnya dah cukup untuk kami.
Tapi kalau rakan-rakan kat sini ada cadangan lain yang lebih baik boleh la utarakan di sini ya. Terima kasih.
Kalau aku,
First sekali aku akan invest pada diri..
Iaitu kesihatan..
Ye lah, dah kerja penat2 selama ni tapi kesihatan tak terjaga..
Ramai orang suka invest pada kereta, rumah..tapi invest pada diri sendiri tak mahu..
Beli alat exercise, macam treadmill, basikal etc..
Dan juga invest barang makanan kesihatan organic, berries, sayuran organic, ikan salmon..etc
Asalkan bukan produk2 kesihatan yang mengarut tu..
Seterusnya invest untuk kenangan keluarga..
Travel lah ke sana-sini bersama keluarga..
Kenangan ini akan terpahat sampai bila2 terutamanya pada anak2 dan cucu..
Hati2 invest pada bisnes2... sebab mindset bekerja dan berniaga ni lain..
Kalau nak buat bisnes juga buat bisnes kecil2 lah je.. yang modal tak lebih RM5K..
Kalau bisnes tu hangus so tak rasa sangat kepedihan hilang modal tu..
Bisnes yang sesuai mcam jual nasi lemak, dan masakan2 ringan..
Try migrate ke kampung dan beli tanah dalam 3-5 ekar..
Usahakan tanah tu dengan tanam buah2an macam pisang etc..
Boleh juga buat kolam kecil dan ternak ikan talapia dan keli..
Mungkin kos ni dalam rm80k-200k.
Tapi kalau diusahakan dengan betul, rm5k bulan2 tak lari..
Dan juga invest 30-50k untuk rumah burung walit..
Sekarang memang pasaran agak slow, tapi 2-3 tahun akan datang pasaran mungkin akan naik balik..
So baki 200-300k tu boleh simpan dalam ASB sebagai duit kecemasan..
