Waalaikummussalam Puan
Cadangan saya, senang disatukan rm 1 juta tu untuk memudahkan urusan hibah (segerakan) & faraid (bila dah tiada). Kalau dah aim untuk dividen tahunan, lebih baik disimpan dalam tabung haji atau amanah hartanah bumiputera (ahb). Kedua-duanya dah dizakatkan & dikecualikan cukai.
Kalau simpan dalam akaun simpanan bank, nanti kena bayar zakat simpanan (2.5% dari amaun terendah tahunan/amaun terakhir tahunan ikut fatwa negeri masing2)
ASB pun boleh cuma setiap tahun kena bayar zakat ASB (2.5% daripada amaun pokok + nisbah dividen patuh syariah ASB kalau tak silap saya mengikut kiraan terkini Zakat Selangor)
cara kira zakat asb latest
nisbah patuh syariah asb tahun 2019 = 74.5%
Kalau dividen 5% paling rendah, amaun bersih asb lepas zakat cuma
rm 1 juta + (rm50 ribu x 74.5%) = rm1.037250 juta
rm 1.037250 juta x 2.5% = rm25931.25
nilai zakat asb tahunan perlu dibayar = rm25931.25
Kalau amaun dividen tu rm 50 ribu, tinggal rm 24068.75 je untuk bahagi tiap2 bulan dalam setahun lepas zakat, dapat la rm2005.73 sebulan untuk berbelanja
kalau simpan di TH
kita guna kadar 2019, kadar dividen = 3.05%
rm 1 juta x 3.05% = rm 35 ribu
rm 35 ribu bahagi 12, dapat la rm 2916.67 tiap2 bulan untuk berbelanja
rm2916.67 ni dah bersih, takde potongan zakat
kalau simpan di ahb kena bukak akaun atas nama syarikat (boleh buat senang je) kalau nak dividen penuh (sekali bonus) untuk deposit atas rm500k
yang seronok ahb, macam TH jugak dah potong zakat & dividen penuh (dividen + bonus) terendah sejak mula beroperasi, 5% untuk tahun 2020, dividen tertinggi 6.6% untuk tahun 2014 & 2015. yang leceh sebab dividen & bonus dia ni 2 kali setahun, pada bulan April & September. Dividen terus credit masuk dalam akaun bank Maybank.
sejarah dividen ahb
Kalau 5% dividen ahb
rm 1 juta x 5% = rm 50 ribu
rm 50 ribu bahagi 12, dapat la rm4166.67 tiap2 bulan
hati pun tenang bulan2 dapat rm4166.67 sebab dikecualikan cukai & zakat
yang tak seronok, nak bukak ahb ni renyah sikit sbb ade kejap2 je timing dia bukak
kena alert dengan pengumuman Maybank tiap2 tahun atau terus je pergi Maybank tanya staff sana
Disclaimer alert: Pengiraan ni dibuat untuk nilai rm 1 juta lumpsum. Kalau ada kesilapan pengiraan, mohon tegur saya, I stand corrected. Ni cadangan saya je, terlupa pulak nak advise akaun kwsp tu pastikan akaun syariah ye, senang nak kira waktu nak bawak keluar. rm 1 juta dari kwsp tu kena bayar zakat dulu waktu dikeluarkan sepenuhnya, tak silap 2.5% dari jumlah pengeluaran akaun.