BTC USD 63,954.0 Gold USD 4,331.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Article Discussion Caruman KWSP 11% atau 8% ?

Toxic2010

Legendary Member
gem
Messages
11,012
Joined
Jun 3, 2010
Messages
11,012
Reaction score
335
Points
131
Ini dari blog yang aku cari http://azharsalleh.blogspot.my/2008/12/caruman-kwsp-11-atau-8.html
Agak menarik juga untuk kita bincang.. ini antara isi kandungan blog tersebut untuk kita kongsikan bersama.:-?

Caruman KWSP 11% atau 8% ?

Mungkin ada yang masih dalam dilema . Mungkin ada yang telah buat keputusan tapi tidak tahu apa kesannya.

Kerajaan membuat keputusan potongan wajib caruman KWSP 8% adalah sebagai usaha untuk menambah pendapatan boleh guna rakyat.Dengan mengandaikan kesemua pencarum aktif yang berjumlah kira-kira 5 juta orang mencarum wajib 8%,KWSP kehilangan caruman kira-kira RM4.8 billion.Jumlah sebesar ini dikembalikan kepada pencarum dengan harapan dibelanjakan bagi menggalakkan permintaan domestik bagi menyokong pertumbuhan ekonomi di tengah-tengah krisis kewangan global sekarang ini.

Jika anda ingin membantu negara ,mencarumlah 8% , wang 3% dari pendapatan anda itu berbelanjalah secara berhemah.

Sebagai pekerja pula , pendapatan kita adalah tertakluk kepada Akta Percukaian 1967 , secara mudahnya wajib mencarum di KWSP . Pekerja juga tertakluk kepada Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 , wajib mencarum kepada PERKESO.

Jumlah caruman kedua-dua ini serta jadual potongannya boleh didapati dibawah ini :

Jadual potongan cukai berjadual pindaan 2004

Jadual caruman PERKESO lampiran A

Berdasarkan kedua-dua jadual di atas sedikit pengiraan telah dibuat untuk perbandingan bagi kiraan pendapatan berasaskan caruman 11% dan 8 %

1.Kategori Bujang,pendapatan tidak kena cukai adalah sehingga RM2550 sebulan bersih.

RM2550 - (potongan 11% KWSP) - (PERKESO)
RM2550 - RM280.50 - RM12.75 = RM2256.75

RM2550 - (potongan 8% KWSP) - (PERKESO)
RM2550 - RM204 - RM12.75 = RM2333.25

Pendapatan meningkat RM76.50(3.4%) jika memilih caruman KWSP 8%

2.Kategori bujang, gaji pokok pada RM2800 sebulan

RM2800 - (potongan 11% KWSP) - (PERKESO)
RM2800- RM308 - RM13.75 = RM2478.25(tiada potongan cukai)

RM2800 - (potongan 8 % KWSP) - (PERKESO)
RM2800 - RM224 - RM13.75 = RM2562.25-(PCB RM21)
= RM2541.25

Pendapatan meningkat RM63(2.5%) dan pendapatan LHDN juga bertambah RM21


2 pengiraan diatas menunjukkan bahawa mereka yang bujang dan bergaji pokok sehingga RM2799 boleh lah membuat pilihan untuk caruman samaada 11% atau 8%.Tepuk dada tanya selera .Jika membuat caruman 8% pendapatan anda bertambah 3.4% tetapi bagi mereka yang bujang memiliki gaji pokok RM2800 membuat pula caruman KWSP 8% pendapatan mereka hanya meningkat 2.5% dan terpaksa lagi membayar PCB sebanyak RM21.

Contoh pengiraan di atas jika buat kepada mereka yang sudah berkahwin , juga memberi kesan yang sama walaupun jumlah dan peratusannya berbeza.

Secara matematiknya , mereka yang bergaji besar jika membuat caruman 8% kepada KWSP meningkatkan pendapatan negara melalui cukai pendapatan dan peratusan pendapatan boleh guna agak kurang biar pun jumlahnya agak lumayan.

Jadi , keputusan di tangan anda. Mari kita bincangkan bersama potong caruman yang telah diumumkan dalam bajet minggu lepas.:D
 
Kene tgk pelepasan under caruman kwsp gak utk cukai..which is max at 6k kalo tak silap. Itu mainkan peranan gak menentukan jumlah cukai dikenakan.
 
Kene tgk pelepasan under caruman kwsp gak utk cukai..which is max at 6k kalo tak silap. Itu mainkan peranan gak menentukan jumlah cukai dikenakan.
Ada tak sesiapa dekat sini arif tentang bab-bab percukaian.:)
 
suka sangat teori.

nah...


11% atau 8 % tetap sesak jugak akhir bulan.:))
 
Saya potong 15 %....borang pun dah hantar ke HR.....habis cerita.
 
aku maintain je 11%..

kompom aku kurang bayar cukai
kompom duit aku beranak belas2 ribu selepas 20-30 tahun nanti
 
perlukan cash tambahan bulan-bulan.
so 8% tolak kwsp
kalau rasa boleh hidup, tahun depan naik jadi 11%
 
perlukan cash tambahan bulan-bulan.
so 8% tolak kwsp
kalau rasa boleh hidup, tahun depan naik jadi 11%

Bukan sekali jer kita bulih edit berkuatkuasa mac2016 smpi dec2017. Kalo dah agree...8%, dia akan maintain 8% sampai dec 2017, kan?
 
Back
Top
Log in Register