BTC USD 61,923.9 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

cara mengurangkan bil elektrik

underscore

Legendary Member
gem
Messages
19,745
Joined
Sep 20, 2008
Messages
19,745
Reaction score
5,497
Points
486
Bermula 1 Jun 2011, kadar purata elektrik untuk pengguna domestik akan meningkat sebanyak 4.52%.

cara-cara mengurangkan penggunaan tenaga dan perbelanjaan bil elektrik anda.

Padamkan peralatan elektrik atau lampu, jika tidak digunakan

Jika anda tidak menggunakan sebarang peralatan elektrik buat jangka masa yang panjang, sila padamkan dan cabut palamnya daripada suis.

Peralatan yang berada dalam mod siap sedia atau pengecas bateri yang dipasang masih menggunakan sejumlah tenaga yang kecil.

Gunakan lampu neon berkecekapan tenaga


Gunakanlah lampu neon atau floresen kerana ianya menggunakan tenaga dua pertiga kurang daripada lampu pijar dan dapat bertahan enam hingga 10 kali lebih lama. Lampu ini juga kurang menghasilkan haba.

Gunakan mentol watt lebih rendah

Daripada menggunakan mentol 100-watt, anda mungkin memerlukan hanya mentol 60 watt untuk beberapa bilik dan ruang di rumah anda.

Gunakan peti sejuk anda dengan bijak


Biarkan makanan yang dimasak sejuk terlebih dahulu sebelum menyimpannya ke dalam peti sejuk dan rancang simpanan makanan dan bahan mentah anda dengan bijak dan efisien kerana peti sejuk yang terlebih muatan akan menggunakan lebih banyak tenaga.

Juga pastikan peti sejuk ditempatkan sekurang-kurangnya 4 inci daripada dinding untuk mengelakkan motor peti sejuk anda rosak.

Optimumkan penggunaan mesin basuh anda

Basuh pakaian anda menggunakan air paip biasa dan basuhlah dalam kuantiti yang banyak. Apabila anda ingin membasuh sedikit pakaian, pilihlah tetapan yang bersesuaian dengan kuantiti pakaian anda pada mesin basuh. Cuba jemur pakaian anda seperti biasa daripada menggunakan mesin pengering yang tidak cekap tenaga.

Selenggara unit pendingin hawa anda

Bersihkan penapis udara pada pendingin hawa anda kerana penapis yang terlalu kotor menggunakan lebih banyak tenaga untuk beroperasi. Tetapkan suhu pendingin hawa di antara 22 hingga 26 darjah Celsius untuk keselesaan yang optimum.

Sejukkan rumah anda dengan mengurangkan haba dalaman

Selain daripada memadamkan peralatan elektrik mahupun lampu yang tidak digunakan, anda juga boleh menggunakan langsir bagi menapis sinaran matahari secara langsung ke dalam rumah anda. Apabila memasak, pastikan pengaliran udara dengan betul agar haba tidak mengalir ke ruang lain di rumah anda.

Ganti peralatan elektrik yang lama


Peralatan elektrik yang baru menggunakan kurang tenaga berbanding yang lama. Sebagai contoh, peti sejuk yand berada di pasaran kini menggunakan kurang 40 peratus tenaga berbanding model peti sejuk 10 tahun dahulu.

Semak Kecekapan Tenaga pada Peralatan Elektrik

Jika anda merancang untuk membeli peti sejuk baru, pastikan anda membuat perbandingan kecekapan tenaga pada model-model peti sejuk pilihan anda. Penilaian Kecekapan Tenaga diperkenalkan oleh Suruhanjaya Tenaga pada 2005, bertujuan memberikan informasi kepada pengguna dengan menggunakan sistem kedudukan melalui bintang berdasarkan kecekapan tenaga sesuatu model peralatan elektrik tersebut. Ianya dinilai dengan satu bintang bagi tidak cekap sehingga lima bintang bagi paling cekap tenaga.

Pilih 'Star Energy'

Begitu juga ketika memilih komputer atau peralatan komputer, anda boleh memilih jenama dan model yang memaparkan logo Star Energy. Peralatan ini telah memenuhi garis panduan kecekapan tenaga yang telah ditetapkan oleh Agensi Perlindungan Alam Sekitar dan Jabatan Tenaga Amerika Syarikat.



:)paid:)cgrock




bghil3.jpg



bil elektrik untuk rumah saya bulan ini...penggunaan hanya 86 kwh




bnol4.jpg



kali terakhir kena bayar bil..bulan feb 2011 :">:">


 
Last edited:
utk kaki gamers...star energy rase tak sesuai...

sbnarnya tgk PSU komputer bepa watt...klau utk hardcore mmg smpai 500watt..

tuk lampu aku pakai energy saving punya yng pakai masuk jenis skru....lagi jimat..
 
1. Bilakah tarif elektrik yang baru akan berkuatkuasa?

Tarif elektrik yang baru akan berkuatkuasa mulai 1hb Jun 2011. Semasa tempoh peralihan, iaitu di dalam bulan pertama kadar tarif baru berkuatkuasa, bil elektrik akan dikira berdasarkan kaedah prorata. Dengan kata lain, penggunaan elektrik sebelum tarikh kuatkuasa akan dikira berdasarkan kadar tarif lama manakala penggunaan elektrik selepas tarikh kuatkuasa adalah berdasarkan kadar tarif yang baru.
2. Berapakah kenaikan tarif elektrik pada semakan tarif kali ini?

Kadar tarif purata akan meningkat sebanyak 7.12%. Kenaikan ini disebabkan oleh:

* Kenaikan purata 5.12% disebabkan peningkatan harga gas asli kepada sektor tenaga sebanyak 28% daripada RM10.70/mmBTU kepada RM13.70/mmBTU);
* Kenaikan purata sebanyak 2.0% bagi menampung sebahagian daripada kenaikan kos pembekalan elektrik sejak semakan tarif asas yang kali terakhir dilaksanakan pada Jun 2006; dan

Pakej ulangkajikaji tarif ini juga merangkumi kadar dan diskaun tambahan seperti berikut:

* Diskaun 10% ke atas bil elektrik bulanan yang sedang dinikmati oleh sekolah Kerajaan, institusi pengajian tinggi Kerajaan, rumah-rumah ibadat dan badan-badan kebajikan yang berdaftar dengan Kerajaan adalah dikekalkan. Diskaun 10% ini juga akan turut diberikan kepada institusi pengajian yang ditaja sebahagiannya oleh Kerajaan.
* Pengguna Thermal Energy Storage (TES) akan menikmati kadar diskaun lebih tinggi untuk penggunaan dalam tempoh luar puncak.
* Pengurangan kadar Firm Standby untuk Co-generators bagi menggalakkan inisiatif-inisiatif Teknologi Hijau, Kecekapan Tenaga (Energy Efficiency) dan Demand Side Management (DSM).
* Syarikat-syarikat rawatan air, pengagihan air dan pembentungan akan dikategorikan di bawah Tarif Perindustrian

Sejajar dengan Akta Tenaga Boleh Baharu yang telah diluluskan pada bulan April 2011, pihak Kerajaan akan mengenakan 1% bagi Feed-in-Tariff (FiT) untuk Dana Tenaga Boleh Baharu (RE) yang akan berkuatkuasa mulai 1 September 2011. Dana tersebut akan digunakan untuk tujuan promosi dan pembangunan projek-projek dan inisiatif-inisiatif berhubung Tenaga Boleh Baharu. Dana ini akan diuruskan oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (Sustainable Energy Development Authority, SEDA) di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.
3. Berapakah purata kenaikan bil tarif elektrik yang dialami oleh setiap segmen pengguna?

* Pengguna Perindustrian akan mengalami kenaikan purata sebanyak 8.35% (dalam lingkungan 6.2% sehingga sekitar 10%).
* Pengguna Perdagangan akan mengalami kenaikan purata sebanyak 8.35% (dalam lingkungan 6.2% sehingga sekitar 8.35%).
* Pengguna Domestik/Kediaman dengan penggunaan bulanan tidak melebihi 200kWj tidak akan mengalami sebarang kenaikan tarif. Pengguna Domestik/Kediaman dalam jaluran ini akan terus menikmati kadar subsidi 21.8 sen/kWj.
* Pengguna dengan penggunaan 300kWj sebulan dan ke bawah tidak akan mengalami kenaikan tarif Dengan ini, tiada kenaikan tarif kepada 75% pengguna (4.4 juta pengguna):
o - Tiada kenaikan tarif kepada Jaluran Penggunaan Asas (Lifeline Band) (3.3 juta pengguna)
o - Tiada kenaikan tarif kepada jaluran 201 – 300kWj (1.1 juta pengguna)

4. Apakah impak terhadap pengguna Jaluran Penggunaan Asas (Lifeline Band)?

Jaluran Penggunaan Asas (Lifeline Band) dikekalkan pada 200kWj sebulan.

Pengguna Domestik/Kediaman dalam jaluran 1 hingga 200kWj sebulan tidak pernah mengalami sebarang kenaikan tarif elektrik semasa semakan-semakan tarif sejak tahun 1997 lagi. Kira-kira 3.3 juta isi rumah akan terus menikmati kadar subsidi pada 21.8 sen/kWj. Jumlah isi rumah ini meliputi kesemua 200,000 isi rumah miskin (pendapatan tidak melebihi RM750 sebulan)1.
Sumber: 1 - GTP Roadmap, Chapter 9
5. Apakah rasional utama kenaikan tarif kali ini?

Kenaikan tarif elektrik pada kali ini sebahagian besarnya adalah disebabkan oleh kenaikan harga gas asli kepada sektor tenaga daripada RM10.70/mmBTU kepada RM13.70/mmBTU mulai berkuatkuasa 1hb Jun 2011.

Kenaikan harga gas asli ini adalah selari dengan keputusan Kerajaan berhubung mekanisme penetapan harga gas asli yang mana harga gas asli disemak secara berkala berpandukan kepada trend harga pasaran semasa.

Memandangkan 50% daripada campuran kos bahan api (fuel cost mix) untuk pembekalan elektrik adalah daripada gas asli (TK2010), pertambahan kos bahan api disebabkan oleh semakan harga gas ini menyumbang kepada kenaikan tarif elektrik pengguna.

Salah satu komponen utama lain dalam kos bahan api TNB ialah kos arang batu ( 48.3% daripada campuran kos bahan api pada TK2010). TNB hanya mendapat balik sebahagian daripada kos pembelian arang batu kerana semakan tarif kali ini masih berdasarkan kepada harga arang batu pada USD85/tan CIF1 (CV5500 kcal/kg) (sebagaimana harga yang digunapakai semasa semakan tarif pada Mac 2009) walaupun harga purata arang batu bagi enam bulan pertama TK2011 adalah USD100/tan CIF dan pada ketika ini harga arang batu adalah sekitar USD 120/tan CIF.
Nota: 1CIF: Cost, Insurance & Freight
6. Ketika pengumuman keputusan kewangan baru-baru ini, TNB telah mencatatkan keuntungan. Mengapakah TNB masih memerlukan semakan tarif asas?

Kali terakhir semakan tarif asas dibuat ialah pada Jun 2006. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kos pembekalan elektrik telah mengalami peningkatan terutamanya disebabkan kos-kos yang di luar kawalan termasuklah kos modal, peralatan dan bahan, inflasi, kos pertukaran wang asing dan kos pembangunan infrastrukur pembekalan elektrik.

Pada ketika ini, pulangan (Return on Ratebase, RoRB) TNB adalah jauh lebih rendah daripada kos modalnya (Weighted Average Cost of Capital, WACC) dan dijangka akan terus merosot sekiranya tarif asas semasa dikekalkan. Semakan tarif asas diperlukan untuk memastikan supaya Industri Pembekalan Elektrik di Malaysia terus berdaya maju.

Pinjaman TNB pada masa kini adalah tinggi sekitar RM21.3 billion pada 2010. TNB juga memerlukan perbelanjaan modal sekitar RM4 billion hingga RM5 billion setahun untuk pembangunan infrastruktur pembekalan elektrik pada masa hadapan.
7. Adakah Kerajaan akan terus memberikan rebat elektrik kepada pengguna Domestik/Kediaman yang menggunakan elektrik kurang daripada RM20 (bersamaan dengan 91.7 kWj) sebulan?

Rebat daripada Kerajaan kepada pengguna Domestik/Kediaman yang menggunakan elektrik sehingga RM20 sebulan akan dikekalkan sehingga Disember 2011.
 
8. Mengapa TNB masih menggunakan arang batu sedangkan harga arang batu terus meningkat?

Di bawah Polisi 5- Bahan Api Kerajaan, TNB perlu mempelbagaikan sumber bahan api dan ini termasuklah dengan menggunakan arang batu sebagai salah satu opsyen. Ini adalah untuk mengurangkan kebergantungan TNB kepada gas asli kerana sumber tersebut semakin menyusut. Di samping itu, polisi untuk mempelbagaikan sumber bahan api adalah bagi menjamin keselamatan bekalan tenaga jangka panjang untuk negara.

Keputusan Kerajaan untuk membina loji janakuasa berasaskan arang batu telah dibuat pada awal 1980-an yang pada ketika itu harga arang baru adalah lebih rendah. Walau bagaimanapun peningkatan permintaan komoditi sejak akhir-akhir ini telah menyaksikan peningkatan harga komoditi (arang batu dan lain-lain) sehingga ke paras yang tinggi.
9. Mengapa TNB tidak mempertimbangkan opsyen penjanaan tenaga yang lain seperti solar, angin dan biomass?

TNB telah menjana elektrik daripada sumber-sumber bersih seperti hidro, hidro mini dan sisa-sisa buangan. Di antara projek-projek RE utama yang bakal dilaksanakan kelak ialah projek hidro Hulu Terengganu dan Ulu Jelai dan juga loji janakuasa berasaskan biomass yang dibangunkan dengan kerjasama Felda dan juga projek pilot solar PV berkapasiti 5MW di Putrajaya.

Walau bagaimanapun, penjanaan elektrik daripada Sumber Tenaga Boleh Baharu (Renewable Energy, RE) adalah lebih mahal (i.e. tidak berdaya saing) berbanding dengan sumber konvensional terutamanya bagi penjanaan elektrik berskala besar. Selain daripada itu, teknologi terkini RE hanya membolehkan penjanaan tenaga dalam kapasiti dan skala yang terhad.

Adalah dijangkakan bahawa pelaksanaan mekanisme Feed-in-Tariff (FiT) kelak akan membantu perkembangan dan pembangunaan penjanaan elektrik daripada sumber RE di Malaysia.
10. Bagaimana saya boleh menjimatkan bil elektrik?

TNB menggalakkan para pengguna untuk menggunakan elektrik secara cekap. Sebagai contoh, pengguna boleh menggunakan lampu dan peralatan elektrik yang lebih cekap tenaga. Peralatan yang berkadaran kuasa tinggi seperti pemanas, penghawa dingin dan motor industri haruslah digunakan secara berhemah untuk menjimatkan tenaga. Pengguna juga disarankan untuk bertukar kepada peralatan-peralatan yang mempunyai kecekapan tenaga yang tinggi.
11. Adakah TNB akan terus memberi diskaun kepada badan-badan kebajikan?

TNB akan terus memberikan diskaun sebanyak 10% kepada sekolah-sekolah Kerajaan, institusi-institusi pengajian tinggi Kerajaan, rumah-rumah ibadat dan institusi-institusi kebajikan yang berdaftar dengan Kerajaan. Di samping itu, diskaun sebanyak 10% ini akan turut ditawarkan kepada institusi-institusi pengajian yang ditaja sebahagiannya oleh Kerajaan.
12. Mengapakah pengguna Tarif Industri Khas (TIK) mengalami peningkatan yang sedikit lebih tinggi berbanding pengguna Perindustrian biasa?

Ini selaras dengan hasrat Kerajaan untuk mengurangkan pemberian subsidi kepada industri secara berperingkat-peringkat. Walaupun dengan peningkatan kadar tarif yang sedikit lebih tinggi ini, pengguna TIK akan terus menikmati kadar tarif diskaun yang lebih rendah jika dibandingkan dengan pengguna Perindustrian biasa. Perbandingan tarif Perindustrian di negara-negara serantau menunjukkan bahawa tarif Perindustrian TNB yang baru ini masih lagi kompetitif.
13. Saya merupakan seorang pengguna Co-generator. Bagaimanakah tarif baru ini memberi kesan kepada saya?

Untuk tarif elektrik yang baru ini, kadar baru dikenakan untuk caj Top-Up dan caj Standby. Perbezaan utama dalam tarif baru ini ialah tiada lagi caj-caj Firm dan Non-Firm untuk Standby sebaliknya hanya satu caj Standby sahaja akan dikenakan.

Kadar Standby yang baru (sebagaimana 1hb Jun 2011) akan dikenakan kepada pengguna-pengguna berikut:

* Semua Co-generator yang baru; dan
* Co-generator sedia ada yang berhasrat untuk bertukar kepada kadar Standby yang baru ini.

Bagi Co-generator sedia ada yang ingin mengekalkan kadar Standby (Firm dan Non-Firm) sebagaimana sebelum ini, mereka akan dikenakan kadar Standby (Firm dan Non-Firm) sebagaimana sebelum ini bersama-sama dengan kadar Top-Up yang baru (bermula 1hb Jun 2011).
14. Apakah Feed-in-Tariff?

Feed-in-Tariff (FiT) akan diperkenalkan untuk mempromosi pembangunan Tenaga Boleh Baharu (RE) di Malaysia berkuatkuasa 1hb September 2011.

Kutipan FiT akan digunakan untuk membiayai Dana RE yang akan diuruskan oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (Sustainable Energy Development Authority, SEDA) di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air. SEDA merupakan badan yang bertanggungjawab untuk mengurus dan menyelia hal-hal berkaitan RE dan FiT di Malaysia.

Dana RE tersebut akan digunapakai untuk merangka kadar-kadar FiT yang cukup menarik untuk menggalakkan syarikat dan pihak individu melabur dalam penjanaan daripada Sumber Tenaga Boleh Baharu. Walau bagaimanapun, FiT bukanlah bertujuan untuk membolehkan pemaju-pemaju RE mengaut keuntungan berlebihan. Ia sebaliknya adalah untuk mengatasi halangan-halangan pasaran supaya rakyat boleh bersama-sama Kerajaan menyumbang kepada penjanaan tenaga hijau, dalam masa yang sama dapat menjamin tahap keselamatan pembekalan elektrik negara di samping menjana peluang-peluang ekonomi baru.
15. Apakah tujuan pelaksanaan FiT?

Pada ketika ini, penjanaan elektrik daripada sumber-sumber RE adalah sangat mahal dan tidak kompetitif berbanding loji janakuasa berkapasiti besar yang menggunakan sumber konvesional bahan api fosil. Kos per unit yang lebih tinggi ini menyebabkan pelaburan dalam RE tidak menarik minat para pelabur dan utiliti elektrik.

Pelaksanaan FiT adalah bertujuan untuk menggalakkan pertumbuhan RE di Malaysia. Kutipan FiT ini akan digunakan untuk memberi subsidi perbezaan harga antara kadar tarif premium dengan harga jualan seunit elektrik yang pada ketika ini dinikmati oleh pemaju-pemaju RE di bawah program REPPA (harga jualan maksimum pada 21 sen/kWj).

Mekanisme FiT telah dilaksanakan dengan jayanya di negara-negara seperti Jerman dan Sepanyol dan telah dikenal pasti sebagai pemangkin ut
 
klau nak ceritakn pasal penjimatan...tgklah lampu2 jalan tu bepa watt makan tu?...seribu lampu kali 100 wattdah dah 100 000 watt pakai dahh...
 
Tutup suis elektrik bila tak guna, yang ni JANGAN LUPA...
 
utk kaki gamers...star energy rase tak sesuai...

sbnarnya tgk PSU komputer bepa watt...klau utk hardcore mmg smpai 500watt..

tuk lampu aku pakai energy saving punya yng pakai masuk jenis skru....lagi jimat..

500watt.....kalau 2 biji pc, dah boleh masak air satu cerek:o:o


x silap... processor utk mobile/laptop boleh juga utk kaki gamers. lebih jimat dan power.

lampu jenis skru nie walaupun jimat tp cepat terbakar, lebih baik guna lampu kalimantang. cahaya lebih terang cukup utk satu bilik :)paid
 
Back
Top
Log in Register