Nilah masalahnya sekarang ni..
ade yg rase bila jadi melayu tu maknanya jadi rasis, padahal, kalau betul nak rasis ni dulu lagi org melayu tolak warga imigran ni, ade sorang sultan tu awalnya sampai sanggup tolak tawaran kemerdekaan sampailah dapat semua tanpa kongsi, tak bagi taraf kerakyatan tetap tp TAR datang pujuk, ni siap bg mcm2 hak lagi yg dijamin dlm perlembagaan.. negara lain ade bagi tak camni? jgnlah hipokrit sangt ye..
Aku takde masalah dgn org yg berpandangan
liberal yg asal, iaitu berfikiran terbuka dan selalu berusaha nak buat yang terbaik.. tapi setelah dia
betul faham suatu isu,
suatu nas dan dalil dari segi agama hatta dari fakta sejarah, dia semak ulang /
cross check dgn pakar2.. barulah dia buat keputusan untuk buat pembaharuan.. itu pun kadang2 dia amal sendiri je, takde nak canang dkt org
Yang aku paling tak berkenan.. ialah geng
ACAH liberal ni, sama mcm geng penungang agama.. dia rasa dia betul dia pandai, tp sebenarnya dia kudakan nama liberal atau nama agama tu untuk puaskan nafsu idea songsang dia tu je sebenarnya.. tu pasal jadi serba tak kena sbb sendiri yg pilih nak jadi "abnormal" .. songsang org tak buat .. tp masih lagi syok sendiri tak tentu arah
Macam contoh, ada org dok dalam gua, bila kita dah nasihat dia kata dekat luar ada cahaya, kita nak tunjuk jalan ke pintu keluar.. dia bantai kata ada jalan lain, yg masuk lagi dalam ke delam perut gua.. sampai kita terpaksa tinggalkan dia sbb nak bawak org lain yg ramai lagi nak keluar gua ni..
kalau baca simple news article biasa pun selalu boleh salah faham, sbb ade simptom kecelaruan minda, jenis jiwa kacau.. inikan nak baca perlembagaan atau ayat quran, selalu ikut faham syok sendiri jelah jadinya..
kalau baca quran ni ade tafsir dia, bukan semua ayat terus boleh direct translate, kena tengok tajuk ayat tu pasal apa, pasal wanita ke, pasal hutang ke.. jadi kalau nak ambik ayat tu, kena pastikan dialog / petikan ayat tu masih merujuk dlm tajuk yg berkenaan,
bukan ambik ayat dari tajuk A tampal dgn ayat tajuk B.. lepas tu buat kesimpulan tajuk C, banyak yang dah jadi sesat camtu
ni sbb ikut nafsu dia nak menang tu, dia buat fahaman agama DIY dia.. mix and match.. silap gaya boleh jadi ajaran sesat, nilah awalnya boleh jadi mcm tu..
tok janggut tu tak nak bayar cukai dkt british, hak kutip cukai tu hak asal pembesar negeri yg dianugerahkan oleh sultan, resident british ni plak datang nak buat tax collection sendiri.. difitnahnya konon tok janggut ni melawan sultan sbb tak nak org melayu lain sokong perjuangan dia.. tp hari ni ade gak yg percaya tok janggut tu "penderhaka" .. betul2 buta sejarah buta hati..
dulu ade sekolah melayu yg guna jawi, ade sekola agama yg ajar mengaji/hadis/quran, lepas tu masuk british buat plak sekolah british, sekolah convent sekolah vernacular, lepas org melayu mansuhkan sekolah melayu sendiri sbb nak satukan semua bawah satu bumbung, dah takde lagi vernacular .. tp masih ade lagi yg tak nak anak2 bersatu dari awal, nak jaga identiti konon.. nilah rasis sebenar, tak nak ber asimilasi / integrasi..
sekolah agama tu sbb dia kira special streamed school, nak belajar agama, mcm sekolah teknik / vokasional.. jadi tak boleh ambik semua, kena tengok kelulusan dan minat dulu.. tp basic dia mesti dari sekolah yg umum, kebangsaan
menteri (ke senator je?) yg hantar anak ke sekolah vernacular tu setakat sorang dua je.. tp dicanangnya mcm satu kabinet semua.. yelah, bukan selalu dapat points kan? hehe..
kalau betul2 yakin dgn Islam, kena faham agama ni atas semua, above all sbb God commandment's, kalau nak kawen campur takde masalah, tp kena sama agama sbb nanti bila nak beramal, akan jadi masalah, contoh nikah, rukun nikah yg pertama mestilah islam keduanya, kat situ dah masalah kalau nak ikut fahaman serong geng acah liberal ni.. kalau dah tak yakin, tak perlu ambik tau pun, move along je.. aku doakan kau jumpa jalan pulang je nanti, pegi jelah "ambik angin" tu dulu..
jangan marah ye.. saje nak nulis panjang lebar
