BTC USD 60,762.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cara Memeriksa Hadis Palsu

Berhati2lah kamu terhadap Khadra' ad-Dimn/kehijauan kotoran binatang ternak.
Baginda ditanya, "apakah khadra' ad-dimn itu? Sabdanya: Perempuan cantik yang tumbuh disuasana buruk (rupawan tetapi hatinya jahat).

Terlalu dhaif. rujuk Takhrij al-Ihya' 42/2. Silsilah al-Dhaifah - no. 14
 
Dr Rozaimi Ramle's Channel, [21.09.16 17:59]
SAHIHKAH HADIS 60 RIBU MALAIKAT MEMOHON KEAMPUNAN UNTUK KHATAM AL-QURAN?

Nabi Sallallahu'Alaihi Wasallam telah bersabda:-

"Apabila baca seseorang akan Al-Qur'an sekali khatam, nescaya meminta ampun baginya enam puluh ribu malaikat di waktu khatamnya. (HR: Ad-Dailami daripada 'Amru Bin Syu'aib).

Jawapan:

Assalamualaikum.

Hadis ini diriwayatkan oleh Ad-Dailami dalam Musnadnya:

حدثنا الحسن بن علي بن زفر ، حدثنا شيبان بن فروخ ، حدثنا يزيد بن زياد ، حدثنا عبد الله بن سمعان ، عن عمرو بن شعيب ، عن أبيه ، عن جده ، قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : " إذا ختم العبد القرآن ، صلى عليه عند ختمه ستون ألف ملك " .

Ia merupakan hadis palsu. Para ulama menyenaraikannya dalam koleksi hadis palsu seperti oleh Al-Syaukani dalam Al-Fawaid Al-Majmu'ah, Al-Kinani dalam Tanzih al-Syariah, Al-Fattani dalam Tazkirah al-Maudhu'at.

Kata Al-Fattani:

فيه ابن سمعان كذاب وأبو سعيد العدوي المشهور بالوضع.
Pada sanadnya terdapat Abdullah bin Sam'an, beliau seorang kazzab, dan Abu Sa'id al-Adawiy (iaitu Al-Hasan bin Aliy dalam sanad di atas) adalah pemalsu hadis.

Kesimpulan:

Hadis ini palsu.

-ADMIN-
 
Dr Rozaimi Ramle's Channel, [27.09.16 14:02]
[Forwarded from Sunnah YouTube]

BEBERAPA KAEDAH MENGENALI HADITH PALSU.

1. Ia bercanggah dengan teks al-Quran.
2. Ia bercanggah dengan teks hadith yang sahih.
3. Ia bercanggah dengan sejarah.
4. Ia bercanggah dengan unsur Islam.
5. Menjanjikan fadhilat pahala menyamai pahala seorang rasul.
6. Ia bercanggah dengan akal.
7. Lafaz yang longgar dan lekeh.
8. Melampau dalam memberikan pahala dan azab bagi suatu amalan yang kecil.

Itu antara ciri-cirinya. Dr Rozaimi ada mengulas beberapa hadith palsu yang sering kali ditanya iaitu nama Muhammad, wanita memasak, dan beberapa hadith palsu. Sahabat sekalian boleh mendengar kuliah ringkas oleh Dr Rozaimi dan jika baik, maka sebarkan. Setiap amalan yang baik itu, InsyaAllah akan diberi ganjaran pahala disisi Allah. Wallahua'lam



http://www.youtube.com/watch?v=rv-wBNknTPM&feature=youtu.be
 
Last edited:
Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0069.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah Saw. bersabda: "Jauhilah tujuh perkara yang membinasakan:
(1) Mempersekutukan Allah;
(2) Sihir;
(3) Membunuh orang yang telah dilarang membunuhnya; kecuali kerana alasan yang dibenarkan Allah (seperti kisas);
(4) Memakan harta anak yatim;
(5) Memakan riba;
(6) Lari dari medan pertempuran; dan
(7) Menuduh wanita mukminah yang baik dan tahu memelihara diri, berbuat jahat (zina)."
 
Dr Rozaimi Ramle's Channel, [21.09.16 17:59]
SAHIHKAH HADIS 60 RIBU MALAIKAT MEMOHON KEAMPUNAN UNTUK KHATAM AL-QURAN?

Nabi Sallallahu'Alaihi Wasallam telah bersabda:-

"Apabila baca seseorang akan Al-Qur'an sekali khatam, nescaya meminta ampun baginya enam puluh ribu malaikat di waktu khatamnya. (HR: Ad-Dailami daripada 'Amru Bin Syu'aib).

Jawapan:

Assalamualaikum.

Hadis ini diriwayatkan oleh Ad-Dailami dalam Musnadnya:

حدثنا الحسن بن علي بن زفر ، حدثنا شيبان بن فروخ ، حدثنا يزيد بن زياد ، حدثنا عبد الله بن سمعان ، عن عمرو بن شعيب ، عن أبيه ، عن جده ، قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : " إذا ختم العبد القرآن ، صلى عليه عند ختمه ستون ألف ملك " .

Ia merupakan hadis palsu. Para ulama menyenaraikannya dalam koleksi hadis palsu seperti oleh Al-Syaukani dalam Al-Fawaid Al-Majmu'ah, Al-Kinani dalam Tanzih al-Syariah, Al-Fattani dalam Tazkirah al-Maudhu'at.

Kata Al-Fattani:

فيه ابن سمعان كذاب وأبو سعيد العدوي المشهور بالوضع.
Pada sanadnya terdapat Abdullah bin Sam'an, beliau seorang kazzab, dan Abu Sa'id al-Adawiy (iaitu Al-Hasan bin Aliy dalam sanad di atas) adalah pemalsu hadis.

Kesimpulan:

Hadis ini palsu.

-ADMIN-

Tumpang tnya tt...org yg reka hadis palsu ni jenis yg kuat ibadah atau sebaliknya?
 
Tumpang tnya tt...org yg reka hadis palsu ni jenis yg kuat ibadah atau sebaliknya?


Tak ada siapa pun kenal siapa pereka hadis palsu. Kalau tanya pun tak ada siapa pun akan mengaku.
 
Tak ada siapa pun kenal siapa pereka hadis palsu. Kalau tanya pun tak ada siapa pun akan mengaku.

Cer hg tnya ustad pujaan hati hg...hadis2 palsu yg mfitnah nabi..kebyakkan di reka oleh org yg kuat ibadah atau sebaliknya..dah dapat jawapan nanti,helo2 kat sini...
 
Cer hg tnya ustad pujaan hati hg...hadis2 palsu yg mfitnah nabi..kebyakkan di reka oleh org yg kuat ibadah atau sebaliknya..dah dapat jawapan nanti,helo2 kat sini...


Ynag itu tuan buatlah thread yang baru. Thread ini hanya untuk compile hadis2 palsu sebagai panduan orang ramai sahaja. Tak nak campur2 pelbagai isu satu thread nanti buat semak je.
 
banyak hadis2 yg aku penah nampak palsu rupanya.
thread SUBSCRIBED!
 
Back
Top
Log in Register