BTC USD 59,524.0 Gold USD 4,322.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cara Memeriksa Hadis Palsu

naning

Active+ Member
Messages
4,335
Joined
Mar 3, 2013
Messages
4,335
Reaction score
513
Points
71


Sekarang ni banyak hadis yg bercampur sahih dan dhoif. Amat bahaya kalau kita terikut dan beramal dengan hadis yg dhoif. Kalau serius nak tahu yang mana boleh ikut atau tidak boleh join mana-mana group dibawah:

# Kempen Semak Status Hadith Sebelum Sebarkan
https://telegram.me/kempensemakhadis

# Dr. Ustaz Rozaimi Ramle - Hadith
https://telegram.me/drRozaimi

# Dr. Maza
https://telegram.me/drmazanews

# ApDoi
https://telegram.me/apdoi

# Dr. Fathul Bari
https://telegram.me/drfathulbari

# Kelas Hadis Ustaz Huzaifah Hadis
https://telegram.me/KelasHadis

# Darul Quran Wal Hadis/Maulana Maulana Fakhrurrazi Abd Rahman
https://telegram.me/mediadaqwah

# Kedai Kitab Sunnah-Hadi Akmal
https://telegram.me/kedaikitab

# Dr. Abdul Basit Abdul Rahman
https://telegram.me/AbuAnasMadani

# Maulana Muhammad Asri Yusof
https://telegram.me/maulanaasri

#PromediaTajdid Channel
https://telegram.me/PMTChannel

# Kuliah Sunnah Livestreaming
https://telegram.me/sunnahlive

# Al-Kahfi
https://telegram.me/alkahfiservices

# Maklumat terkini berkenaan Ilmu Salaf Dot Com
https://telegram.me/ilmusalafdotcom

# K-Fiqh Official
https://telegram.me/kfiqhofficial

# Bimbingan Menurut Sunnah daripada Asatizah Indonesia
https://telegram.me/TausiyahBimbinganIslam


http://www.youtube.com/watch?v=rv-wBNknTPM&feature=youtu.be
 
Last edited:
perkongsian yang menarik tuan! :)cgrock
semoga jadi amalan masyarakat kita
 
terbaek...

Facebook-thumbs-up-image-clipart.jpeg
 
Bagus tuan dengan perkongsian ini. Dah lama cari group2 yang macam ini. Alhamdulillah :)cgrock:)cgrock:)cgrock
 
Kempen Semak Hadis:
HADITH BERTEMU TUKANG TILIK.

"Imam Muslim dalam kitab Shahih Muslim, meriwayatkan bahawasanya Rasullulah saw bersabda:"Barangsiapa mendatangi kepada tukang tilik, kemudian bertanya tentang sesuatu, maka tidak diterima solatnya selama 40 hari." (Riwayat Muslim)"

Salam Dr Rozaimi.
Adakah hadis ini juga sahih?

Dr Rozaimi menjawab:

Waalaikumussalam
Ya sahih. Wallahua'lam.
 
Kempen Semak Hadis:
>>Soalan di inbox page #kempensemakhadis :

Assalamualaikum... Mohon pencerahan.. Sahih ke?
Salam.
Tajuk : Adab menziarahi kubur.

Terutama kubur ibubapa. Disunatkan menziarah pd hari khamis selepas asar, sepanjang hari jumaat dan hari sabtu sebelum zohor. Waktu ini roh ada diperkuburan dan menunggu anak2 menziarahinya.

Iman al-Bukhari meriwayatkan drpd Abu Hurarah r.a Hadis rasulullah saw :
Seorang anak yg menziarahi kubur ibubapanya pd hari2 tersebut diatas akan dicatatkan kepadanya pahala seperti membuat kebaikan kpd kedua ibubapanya semasa hayat mereka. Dan dosa2 anak tersebut diampunkan oleh Allah SWT.
Jika anak tersebut adalah seorang yg derhaka semasa hayat ibubapanya, dengan menziarahi kubur ibubapa akan dicatatkan sebagai anak yg taat.

Ketika dikubur :
1. Memberi salam kpd simati dgn panggilan yg biasa semasa hayatnya. Seperti " Assalamualaikum mak/bapa". Roh mendengar dan menjawab salam.
2. Hendaklah kita menghadap kearah muka/kepala simati dan kita membelakangkan kiblat.
3. Membaca quran atau doa2 yg baik utk simati

>>Jawapan :

Hadith tersebut tidak terdapat dalam Shahih al-Bukhari.

Sebaliknya terdapat hadith yang hampir sama maknanya, diriwayatkan oleh al-Thabarani, Ibn Abi al-Dunya dan lain-lain.
Al-Imam al-'Iraqi ada bahas hadith tersebut dalam takhrij bagi kitab Ihya' 'Ulum al-Din.
Kata al-'Iraqi: "Isnadnya mu'dhal" juga "Yahya bin al-'Ala' al-Bujali seorang yang matruk".

Hadith tersebut dhaif jiddan.

Wallahua'lam

Rujuk : Al-Mughni 'An Haml al-Asfar Fi al-Asfar Fi Takhrij Ma Fi al-Ihya' Min al-Akhbar oleh al-'Iraqi, juz 2 m/s 1228, hadith no 4431. Cetakan pertama, tahun 1415 H/1995 M. Dar al-Thabariyyah, Riyadh.

Jawapan oleh Ustaz Zulfadhli.

#kempensemakhadis
 
Kempen Semak Hadis:
Dr Rozaimi Ramle's Channel:
Nabi SAW bersabda:
Maksubnya: "Sesiapa yang berdiri bersama imam sehingga dia (imam) beredar ditulis baginya ganjaran orang yang Qiyam semalaman.
[HR Tirmizi]

Assalam Dr, mohon penjelasan hadith di atas tqvm

Dr Rozaimi menjawab:

Waalaikumussalam,
Disahihkan oleh Imam Tirmizi, Ibn Khuzaimah dan Ibn Hibban. Wallahua'lam.
 
Kempen Semak Hadis:
Hadis Tentang Seluar Panjang Perempuan:

Assalamu'alaikum Ustadz..Harap dapat ustadz terangkan apakah kedudukan hadith yg dinyatakan dibawah..bunyinya lain macam je...t.kasih ustadz..

HADITH TENTANG SELUAR PANJANG WANITA

Pernah berlaku kejadian seorang wanita yang TERJATUH dari kenderaan sehingga TERSELAK KAINNYA di hadapan Rasulullah S.A.W. dan sahabat2.
Maka dengan segera Nabi S.A.W. MEMALINGKAN WAJAHNYA. Lalu ada sahabat memberitahu bahawa dia (wanita itu) sebenarnya ada MEMAKAI SELUAR PANJANG dibahagian dalam jubahnya.

Lalu Rasulullah SAW TELAH MEMUJI dengan menyebut hadith ini.
Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah bersabda.

“Allah sentiasa MERAHMATI para wanita yang MEMAKAI SELUAR PANJANG."
(sebagai pakaian tambahan disebelah dalam)

H.R. Al-Uqayli kitab Dar al-Qutni dan kitab Kanzul Ummal.

Jawapan:

Waalaikumussalam

Hadith: "Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar..." adalah palsu sebagaimana disebutkan oleh Ibn al-Jauzi dab lain-lain. Wallahua'lam.

#admin
Page Ustaz Dr Rozaimi - Hadith
 
Back
Top
Log in Register