BTC USD 60,054.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cara Memeriksa Hadis Palsu

Soalan:

Pencerahan tentang kesahihan hadis ni ����

⭕️Hadith 2
Rasulullah (SAW. Dalam riwayat Qays Ibn Rafi al Qatsi menyebut Rasulullah (SAW) berkata "dalam dua perkara pahit pasti ada penyembuhan iaitu aloe dan safa."

Malah, di beberapa tempat di dunia ini masih menggunakan aloe vera sebagai penawar untuk mengubati penyakit tertentu.

Jawapan :

�� Hadith 2:
Hadis tersebut Dha'if.
Yang diriwayatkan oleh Qais bin Rafi', ianya diriwayatkan oleh al-Imam Abu Daud dalam kitab al-Marasil beliau (m/s 481-482, hadith no 442. Tahqiq oleh Dr Abd Allah al-Zahrani).

Wallahua'lam

#admin

Page Ustaz Dr Rozaimi - Hadith
 
Kempen Semak Hadis, [23.02.16 23:27]
Antara ciri-ciri hadis palsu adalah ia mengandungi sesuatu yang nyata batilnya.

Contohnya hadis ;

"Galaksi yang berada di langit berasal daripada peluh ular yang berada di bawah Arasy."

Ia direkodkan oleh Ibn al-Jauzi dalam kitabnya Al-Maudhu'at yang merupakan sebuah kitab yang mengumpulkan hadis-hadis palsu.

#kempensemakhadis
 
Sahabat iSDC, [15.09.16 09:26]
ZIKIR "ALLAHU ALLAH"

Ini contoh kurangnya ilmu golongan sufi yang kononnya ahli ibadah di kala mereka berzikir dengan zikir-zikir yang tiada contohnya daripada Sunnah Nabi.

Ternyata ia tidak membawa apa-apa makna kerana ia bukan jumlah ayat yang lengkap yang perlu kepada 'mubtada' (مبتدأ) dan 'khabar' (خبر).

Adapun menyebut: Allah Allah, ia adalah mubtada' sahaja tanpa khabarnya.

Ini menjadikan jumlah ayatnya tergantung. Orang yang mendengar akan bertanya: Allah apa? Kenapa dengan Allah?

Kerana itu Nabi telah menunjukkan kepada kita sebaik-baik zikir seperti:

Allahu Akbar (Allah Maha Besar)

Alhamdulillah (Segala Puji bagi Allah)

Subhanallah (Maha Suci Allah)

Dan zikir yang paling agung iaitu:

La ilaha illaAllah (Tiada Tuhan yang Berhak Disembah Kecuali Allah)

Demikian juga dalam contoh yang lain, zikir ucapan mereka: Yahanana Yabanana

Yang tidak membawa apa-apa makna dalam bahasa Arab.

Akan ada yang mendakwa Yahanana ertinya: "Betapa beruntungnya kami".

Demikian 'takwil' mereka yang tidak bersandarkan kepada apa-apa hujah selain daripada andaian dan rekaan semata-mata.

Ibarat anak kecil yang belum pandai bercakap mengatakan: "Gaga gugu" lalu ibunya menjelaskan bahawa ertinya: Saya nak susu.

Ironinya zikir-zikir ini dibawakan oleh kelompok-kelompok yang kononnya menitip beratkan nahu saraf bahasa Arab dalam pengajian pondok mereka.

Itulah kesan apabila meninggalkan Sunnah Nabi.

Akhirnya dibawakan zikir-zikir seperti "Allahu Allahu" yang sekalipun disebut sebanyak seribu kali, ia tidak akan menambahkan iman seseorang itu.

Kerana ia tidak membawa erti yang lengkap.

Maka perlu disambung: Allahu Akbar atau Allau Ahad (Allah Maha Esa) dan seumpamanya.

Baru ia membawa makna yang diharapkan mendapat pahala dengan mengucapkannya.

Akhirnya kita katakan:

Mana 'sanad' kamu memperoleh zikir seperti "Allahu Allahu" dan "Yahanana Yabanana" ini?

Wallahul musta'an.

- Ustaz Abu Omar Idris Sulaiman (hafidzahullah) -

[ Official Facebook: www.facebook.com/idrissulaiman ]
 
Sahabat iSDC, [10.09.16 13:59]
PUASA HARI AHAD

Terdapat beberapa pandangan para ulama tentang puasa sunat pada hari Ahad secara bersendirian sama ada untuk puasa sunat mutlak ataupun puasa sunat bersebab seperti puasa Arafah.

Terdapat hadis di mana Umm Salamah berkata:

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يصوم السبت والأحد أكثر مما يصوم من الأيام ، ويقول : « إنهما عيد المشركين فأنا أحب أن أخالفهم »

“Sesungguhnya Rasulullah shallallahu alaihi wasallam berpuasa pada hari Sabtu dan Ahad lebih banyak berbanding hari yang lain. Baginda berkata: Keduanya adalah hari perayaan orang musyrikin dan aku suka menyelisihi mereka.”

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan daripada riwayat beliau Al-Baihaqi turut meriwayatkannya daripada jalan Abdullah bin Muhammad bin Omar bin Ali, dia berkata: Ayahku mengkhabarkan kepada kami daripada Karib, bahawasanya dia mendengar Umm Salamah berkata: Lalu disebutkan lafaz hadis.

Imam Al-Hakim mengatakan: Sanadnya sahih dan Imam Az-Zahabi bersetuju dengan beliau.

Kata Imam Al-Albani: Kenyataan ini perlu perhatian lanjut kerana dalam sanadnya ada Muhammad bin Omar bin Ali dan beliau tidak masyhur (yakni tidak dapat dipastikan sejauh mana kethiqahan beliau).

Kemudian Imam Al-Albani menjelaskan kecenderungan beliau mendaifkan perawi tersebut dan juga anaknya Abdullah yang keadaannya sama seperti ayahnya, dan hanya Ibnu Hibban sahaja yang menthiqahkan si anak.

KESIMPULAN TARAF HADIS:

Hadis Umm Salamah ini LEMAH / DAIF.

Maka ia tidak boleh dijadikan sebagai hujah. Lebih-lebih lagi ia bertentangan dengan hadis lain seperti:

"Jangan kamu berpuasa pada hari Sabtu kecuali dalam apa yang difardukan atas kamu"

yang disahihkan oleh Imam Al-Albani daripada riwayat Imam Ahmad dan yang lain.

PANDANGAN PARA ULAMA

Berdasarkan hadis Umm Salamah tadi, sebahagian ulama menganjurkan puasa hari Ahad kerana ia adalah perayaan orang Nasrani maka afdalnya adalah untuk menyelisihi mereka. Maka berpuasa pada hari ini adalah satu bentuk untuk menyelisihi mereka.

Sebahagian ulama lain berpandangan sebaliknya mengatakan bahawa puasa hari Ahad adalah makruh.

Ini kerana puasa adalah satu bentuk pengagungan. Oleh itu, sekiranya hari Ahad adalah hari perayaan orang kafir, maka berpuasa pada hari tersebut adalah satu bentuk pengagungan untuknya dan hal tidak dibenarkan Syarak.

KESIMPULAN HUKUM PUASA HARI AHAD:

Jika diperhatikan ternyata tiada hadis sahih yang menjelaskan tentang kedudukan puasa hari Ahad secara spesifik.

Pandangan yang mengatakan bahawa ia adalah sunat kembali kepada hadis Umm Salamah yang daif.

Adapun yang mengatakan makruh, ia adalah ijtihad semata-mata tanpa sandaran dalil.

Akhirnya, puasa hari Ahad adalah seperti puasa pada hari Selasa dan Rabu, tiada anjuran berpuasa secara khusus mahupun tegahan makruh.

PUASA ARAFAH PADA HARI AHAD

Jika hari Arafah jatuh pada hari Ahad, maka dianjurkan berpuasa pada hari Ahad tersebut.

Dan tidak disyaratkan ia disertai dengan puasa hari Sabtu atau Isnin memandangkan syarat ini juga tiada sandaran dalilnya.

Wallahu a'lam.

- Ustaz Abu Omar Idris Sulaiman (hafidzahullah) -

[ Official Facebook: www.facebook.com/idrissulaiman ]
 
Dr Rozaimi Ramle's Channel, [22.09.16 07:21]
1 Syurga, 999 Neraka?

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : يَقُولُ اللَّهُ تَعَالَى : " يَا آدَمُ ، فَيَقُولُ : لَبَّيْكَ وَسَعْدَيْكَ وَالْخَيْرُ فِي يَدَيْكَ ، فَيَقُولُ : أَخْرِجْ بَعْثَ النَّارِ ، قَالَ : وَمَا بَعْثُ النَّارِ ، قَالَ : مِنْ كُلِّ أَلْفٍ تِسْعَ مِائَةٍ وَتِسْعَةً وَتِسْعِينَ فَعِنْدَهُ يَشِيبُ الصَّغِيرُ وَتَضَعُ كُلُّ ذَاتِ حَمْلٍ حَمْلَهَا وَتَرَى النَّاسَ سُكَارَى وَمَا هُمْ بِسُكَارَى وَلَكِنَّ عَذَابَ اللَّهِ شَدِيدٌ ، قَالُوا : يَا رَسُولَ اللَّهِ وَأَيُّنَا ذَلِكَ الْوَاحِدُ ، قَالَ : " أَبْشِرُوا فَإِنَّ مِنْكُمْ رَجُلًا وَمِنْ يَأْجُوجَ وَمَأْجُوجَ أَلْفًا

Abu Sa’id al-Khudri radiallahu ‘anhu meriwayatkan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Allah Ta’ala berfirman: Wahai Adam!’ Adam menjawab: Aku menjawab panggilan Mu, segala kebaikan ada di kedua tangan Mu. Lalu Allah berfirman: Keluarkanlah rombongan penghuni Neraka. Dia bertanya: Berapakah jumlah rombongan penghuni Neraka?. Allah menjawab: Untuk setiap seribu orang ada sembilan ratus sembilan puluh sembilan. Saat itu rambut anak kecil mendadak beruban, setiap orang yang hamil keguguran kandungannya, dan engkau lihat manusia mabuk padahal mereka tidak mabuk, melainkan azab Allah sangat pedih. Para Sahabat bertanya: Ya Allah, Siapakah di antara kami yang termasuk satu orang itu? Nabi menjawab: Bergembiralah, sesungguhnya satu orang daripada kalian dan seribu orang itu daripada Ya'juj dan Ma'juj.

[Sahih al-Bukhari, Kitab Ahadis al-Anbiya’, hadis no: 3121]

Page Dr Ustaz Rozaimi Ramle - Hadith
 
Dr Rozaimi Ramle's Channel, [21.09.16 17:59]
SAHIHKAH HADIS 60 RIBU MALAIKAT MEMOHON KEAMPUNAN UNTUK KHATAM AL-QURAN?

Nabi Sallallahu'Alaihi Wasallam telah bersabda:-

"Apabila baca seseorang akan Al-Qur'an sekali khatam, nescaya meminta ampun baginya enam puluh ribu malaikat di waktu khatamnya. (HR: Ad-Dailami daripada 'Amru Bin Syu'aib).

Jawapan:

Assalamualaikum.

Hadis ini diriwayatkan oleh Ad-Dailami dalam Musnadnya:

حدثنا الحسن بن علي بن زفر ، حدثنا شيبان بن فروخ ، حدثنا يزيد بن زياد ، حدثنا عبد الله بن سمعان ، عن عمرو بن شعيب ، عن أبيه ، عن جده ، قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : " إذا ختم العبد القرآن ، صلى عليه عند ختمه ستون ألف ملك " .

Ia merupakan hadis palsu. Para ulama menyenaraikannya dalam koleksi hadis palsu seperti oleh Al-Syaukani dalam Al-Fawaid Al-Majmu'ah, Al-Kinani dalam Tanzih al-Syariah, Al-Fattani dalam Tazkirah al-Maudhu'at.

Kata Al-Fattani:

فيه ابن سمعان كذاب وأبو سعيد العدوي المشهور بالوضع.
Pada sanadnya terdapat Abdullah bin Sam'an, beliau seorang kazzab, dan Abu Sa'id al-Adawiy (iaitu Al-Hasan bin Aliy dalam sanad di atas) adalah pemalsu hadis.

Kesimpulan:

Hadis ini palsu.

-ADMIN-

Page Dr. Ustaz Rozaimi Ramle - Hadith
 
Back
Top
Log in Register