BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,324.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cara kembalikan cinta awek yang tinggal di overseas

band

Silent Member
Messages
0
Joined
Aug 4, 2013
Messages
0
Reaction score
0
Points
0
Aku berkenalan dengan awek ini masa aku g overseas tahun ni, masa first time aku jumpa dia hubungan kami setakat kawan sahaja, sebab aku tahu dia clash dengan bf dia dan dia tengah recover lagi..dan semasa kami berkawan..dia pernah ajak aku jumpa parents dia dkt kampung dia dkt Malaysia..aku pun jumpa dengan parents dia mana tahu ada rezeki dia jadi jodoh aku :)…lepas aku jumpa parents dia aku pun luahkan perasaan aku pd awek tu yg aku nak jadikan dia sebagai GF. Awek tu kata dia perlukan masa sebab masih tengah recover lagi, aku pun kata ok dan maintain sebagai kawan..so lepas dia balik ke overseas, aku masih keep in touch sebagai kawan…dan pada satu masa dia kata nak jadikan hubungan kami berdua ini special sebagai kekasih…so baru2 ini dia balik Malaysia…so aku pun jumpa dia..dia pun cerita kan pasal hidup dia..yang mak dia risau pasal dia tak khawin…ex boyfriend dia dah bertunang dan ex bf dia tengah cuba contact dia..walaupun benda dia cakap ini buat aku sakit hati…dan perangai dia start berubah sikit walaupun bukan kerap kali kami jumpa..dia macam avoid nak jumpa aku..so aku pun mula syak ada benda yang dia tengah rahsiakan pada aku..pada masa ini pulak aku dapat tahu dia admit dekat hospital dkt area kampong dia..sebab dia tengah sakit siap dia update status pada fb…Hati aku pun rasa kesian dan caring balik pada dia.. mulalah aku contact dia balik dan hubungan kita orang pulak kembali pulih..

Tapi hati aku masih tak tenteram sebab aku sayangkan dan aku nak tahu apa hala tuju hubungan aku dengan dia..so 2 hari sebelum dia balik overseas aku contact dia..dah tanya pasal hala tuju hubungan ni..dia kata dia masih tak dapat lupakan ex-bf dia walaupun dia dah bertunang..benda lagi sakitkan hati aku…ex-bf cari dia balik . lepas tu dia cakap hubungan aku dengan dia sebagai kawan terus jadi tahap friendzone…:(.

Baru 2 hari lepas…lepas dia balik overseas, dia contact aku sebab dia kena admit dkt hospital siap hantar gambar kena buat rawatan..aku pun hanya bagi kata2 semangat supaya dia recover cepat..dan dalam mindset aku hanya anggap dia sebagai kawan biasa je..tetapi dalam hati aku masih sayangkan dia..tetapi kalau aku masih letak harapan pada dia yg dia akan kembali pada aku…aku rasa macam buang masa…

Pada warga CG, PUA (pick up artist)..apa perlu aku buat sekarang :-?
 
Hurmm..cb ko jd kawan je dulu.

Doa byk2 mohon Allah bg petunjuk. Inshaallah klu dah jodoh x kemana :)

Hurm perempuan ni kdg2 mmg ssh buat keputusan. Mgkn sbb dia ada kenangan dgn ex dia kan..so ssh na lupa.

Sebenarnya jarak tu bkn masalah pun. Kdg2 kita yg dok sebelah-menyebelah pun krg berckp/ krg interaksi. So hubungan tu ttp ble bermasalah jgk.

Apa2 pun good luck tt..aku doakan yg terbaik tuk hang :)
 
di zaman sains dan teknologi, ko masih ada masalah nih..
 
Thanks hana...aku belum give up lagi, insyallah ada jodoh tak kemana.
 
boleh p tunggu.. apa punya b*doh.. ang tau x.. potensi pompuan yang dalam otak dok teringat marka lama.. akan tetap ingat marka lama walo dia sedang couple ngan ang..

ang tempat rawat dan rehat ja.. makan buah buang lidi kat park keta rnr ngan tempat singgah tuk b*rak kencing..

dia tunggu ada kesempatan ja bila bila perlu tuk buat u turn balik.. tanpa kira apa dah..
 
buat solat ishtikharah. InsyaALLAH ... dipermudahkan segala urusan :D
 
boleh p tunggu.. apa punya b*doh.. ang tau x.. potensi pompuan yang dalam otak dok teringat marka lama.. akan tetap ingat marka lama walo dia sedang couple ngan ang..

ang tempat rawat dan rehat ja.. makan buah buang lidi kat park keta rnr ngan tempat singgah tuk b*rak kencing..

dia tunggu ada kesempatan ja bila bila perlu tuk buat u turn balik.. tanpa kira apa dah..

Aku akan ingat nasihat bro
 
kita punya kisah yg sama.. i feel u bro. inshaa Allah ada jodoh untk tt nnti :)
 
Back
Top
Log in Register