hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 27,511
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 27,511
- Reaction score
- 1,681
- Points
- 201
BAWA AWEK KE HOTEL SEBELUM AWEK SAMBUNG BELAJAR JAUH
Penguatkuasa JAINJ mengadakan pemeriksaan hotel secara berkala di daerah Pontian.
Dalam operasi jam 12.05 tengah malam, penguatkuasa telah menahan satu pasangan di sebuah bilik hotel di bandar Pontian.
Lelaki ini berumur 26 tahun, masih bujang, beralamat di Ayer Baloi dan bekerja di Pontian.
Wanita pula berumur 18 tahun, masih anak dara yang beralamat di Kampung Melayu Raya Pekan Nanas. Dia akan sambung belajar jauh tak lama lagi selepas dapat keputusan cemerlang dalam perperiksaan.
Mungkin cerita di kedai mamak atau kedai tomyam tidak selesa bercerita panjang, maka mereka memilih berbicara di bilik hotel.
Tapi penguatkuasa layan saja alasan pasangan ini kerana yang pasti hanya mereka berdua saja dalam bilik hotel ini dan amat mudah ditangkap bawah Kes khalwat.
Pasangan ini ditangkap khalwat dan akan dituduh di Mahkamah Syariah yang boleh membawa hukuman denda sehingga tiga ribu ringgit atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya sekali di bawah seksyen 27.
Sumber Penguatkuasa JAINJ