BTC USD 76,474.1 Gold USD 4,297.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tunang dijemput Ilahi 8 jam sebelum bernikah

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,511
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,511
Reaction score
1,681
Points
201
356471-356471.jpg


Tunang dijemput Ilahi 8 jam sebelum bernikah


Dia berdepan episod duka kerana tidak sempat mendirikan rumah tangga selepas tunangnya, Mohamad Faiz Md Rozi, 34, dijemput Ilahi kira-kira lapan jam sebelum mereka sempat diijabkabulkan pada kelmarin dan dijadualkan bersanding pada 25 Disember ini.

Lebih menyedihkan, Mohamad Faiz yang sebelum ini bekerja sebagai juruteknik elektrik di sebuah kilang bukan hanya meninggal dunia pada hari pernikahannya namun sehari selepas menyambut ulang tahun kelahirannya.



"Sebelum tidur, kami ada berhubung melalui WhatsApp pada 11 malam dan saya ingatkan dia (Allahyarham Mohamad Faiz) untuk tidur awal.

"Arwah beritahu dia baru selesai menggosok baju dan saya sempat ingatkan hari nikah muka jangan ketat kerana nanti gambar tak cantik.

"Dia jawab akan senyum waktu bergambar sebelum ucap selamat malam. Tiga jam kemudian, saya terjaga selepas terima panggilan daripada kakak tunang mengatakan arwah sudah tiada.

"Waktu itu, saya tersentak dan terus panggil emak dengan ayah sebelum kami ke rumah tunang di Sungai Dua, Butterworth," katanya kepada Harian Metro.



"Setahu saya, arwah tiada masalah kesihatan cuma pernah mengadu sakit kepala. Mengikut apa diceritakan ibunya, dia sempat bersembang dengan arwah sebelum tidur.

"Sekitar 1.30 pagi, ibu arwah masuk ke biliknya dan mendapati Mohamad Faiz sudah meninggal dunia.

"Sedih rasanya kerana arwah tunang pergi tanpa tinggalkan pesan dan kami sudah berjanji untuk berjumpa pada hari pernikahan tapi lain jadinya apabila kami tak dapat berkahwin dan sebaliknya saya mengiringi jenazahnya ke tanah perkuburan," katanya yang berkenalan dengan tunangnya pada akhir 2019 sebelum terputus hubungan selama empat tahun dan kembali berhubung pada Ramadan lalu.


"Arwah sudah lama simpan rambut panjang cuma saya nak dia berambut pendek dan dia ikut.

"Waktu di kedai gunting rambut, arwah asyik merenung saya sampai saya malu dan dia juga pakai kasut nikah pada hari berkenaan.

"Saya tegur dan tanya kenapa pakai, arwah kata dia nak cuba dulu kerana teruja. Arwah juga ada hantar gambar swafoto berbaju nikah lengkap dengan sampin namun saya tak fikir ia petanda sehingga selepas kematiannya," katanya.

Menurutnya, terlalu banyak memori dicipta dengan Mohamad Faiz dan menyifatkan tunangnya sebagai lelaki yang baik kerana tidak pernah menyentuh jauh sekali mengambil kesempatan terhadapnya sepanjang perkenalan mereka.


"Arwah orang yang baik kerana dia pun meninggal pada hari Jumaat dan kalau nak dibandingkan, saya bukan wanita yang baik.

"Nak diceritakan kebaikan arwah memang banyak kerana dia pun rajin puasa sunat dan pernah nyatakan hasrat nak meninggal dunia seperti Cikgu E (penghidap barah, Nassry Mardee Ismail) kerana ramai doakan.

"Allah SWT makbulkan doa arwah kerana selepas kongsi di media sosial semalam, beribu orang mendoakannya walaupun tak kenal dan asbab kematiannya, ramai juga doakan saya serta datang ziarah.

"Saya tak tahu akan jumpa atau tidak lelaki sepertinya yang sayang, takut kehilangan saya dan layan seperti puteri," katanya yang juga terkilan kerana tidak sempat menyediakan lontong iaitu makanan kegemaran tunangnya pada hari pernikahan mereka.

Artikel ➡️ Berita Harian
 
Back
Top
Log in Register