BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Majlis kahwin jadi huru-hara, wanita 'serang' bekas tunang

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146
3126937.webp

Tular sebuah rakaman memaparkan seorang wanita 'menyerang' majlis perkahwinan bekas tunangnya.

BHUBANESWAR - Tular sebuah rakaman memaparkan seorang wanita 'menyerang' majlis perkahwinan bekas tunangnya seperti babak dalam filem.

The Times of India melaporkan wanita itu berang setelah lelaki itu memutuskan pertunangan mereka secara tiba-tiba sedangkan mereka sudah menjalinkan hubungan sejak 2021 dan merancang berkahwin pada tahun ini.

Kejadian menggemparkan keluarga kedua-dua mempelai dan para tetamu itu berlaku di bandar Bhubaneswar di India.

"Pengantin lelaki juga terkejut dan menunduk malu setelah melihat tunangnya. Wanita itu menjelaskan dia sudah pun membuat persiapan untuk hari bahagia mereka.

"Tetapi, hubungan mereka mula renggang sejak beberapa bulan lalu setelah lelaki tersebut meminta hantaran yang tinggi dan majlis perkahwinan yang mewah.

"Permintaan itu ditolak dan lelaki itu kemudiannya memutuskan pertunangan mereka tanpa persetujuannya serta menyekat seluruh akses komunikasi dan menghilang tanpa khabar," jelas laporan itu lagi.

Wanita itu juga menjelaskan dia akhirnya mendapat tahu tentang majlis perkahwinan tersebut sedangkan mereka baru putus beberapa hari lalu.

"Dia berlaku curang ketika masih menjadi tunang saya. Dia turut mengambil wang dan tidak mengembalikan cincin pertunangan kami," menurut laporan itu memetik luahan hati wanita tersebut.

Dek situasi yang semakin tegang, pihak keluarga perempuan yang menjadi mangsa keadaan terpaksa menangguhkan majlis perkahwinan tersebut.

Warganet yang simpati dengan nasib wanita itu mengecam lelaki berkenaan kerana tergamak meninggalkan tunangnya demi berkahwin dengan bakal isteri lebih kaya. - Agensi

NI berita benua hindi...rakyat Modi..Perempuan bagi hantaran...haha...elok la p serang
kadang lelaki mcm ni mmg tatak guna...serang sja..:devilish:

KES DI MALAYSIA...kawan anak saya.....sama sama Lawyer
Sedih
si Budak perempuan ni ya ya je nak bertunang..dah pasang kemah..dah panggil Catering..jemputan..
walau Majlis bertunang...anak gadis sulung tunggal..tentulah mak pak nak buat besar juga..

Tau2 esok nak bertunang ni..si lelaki call kata sakit
tapi rupa2nya hari bertunang tu dia buat Majlis Kawin dgn org lain!!!

APA PUNYA GILA???

Dunia kecik...lagipun sama2 profesion..memang ada la kawa pada kawan tu kawan juga..:unsure:

siap hantar gambar la

Memang sakit jiwa la si gadis ni
bercinta dah lebih setahun..
elok konon nak bertunang
tau2 sja tipu???
Tapi sayangnya dia tak la sampai p serang majlis tu (ELOKNYA P SERANG! )
menangis meraung la kata anak saya....lepas tu MIA juga dlm 2 minggu..anak saya pulak tension..kawan dia lost kontek

tapi la ni dah O.K dah budak perempuan tu

memang tak guna la budak laki2 mcm ni

apa patut di buat pada org mcm ni ya...huh!
 
boleh bagi tak no phone kawan anak encik tu ..

saya berasa simpati dgn nasib kawan anak encik tersebut .. maka saya ingin meng-offer diri saya kepada gadis loyer yg malang itew ..
 
Back
Top
Log in Register