BTC USD 83,543.3 Gold USD 4,255.52
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kisah cinta terlarang

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,548
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,548
Reaction score
1,681
Points
201
376676-376676.jpg


Kisah cinta terlarang
(Kes kes remaja di Baitus Solehah)

Remaja berusia 13 tahun bercinta dengan lelaki sama usia bapa kandung berumur 37 tahun.

Lelaki berkenaan tinggal berhampiran dan sering datang bertandang. Bersembang, beri hadiah dan makanan.

Lelaki ni tahu , ibu telah bercerai, tidak ada sesiapa di rumah waktu ibu bekerja.

Grooming adalah benar. Grooming adalah nyata. Bila dah percaya dan suka tidak ada lagi rasa cuak dan berwaspada. Hilang rasa berjaga jaga. Mana nak sangka lelaki sama usia bapa sanggup buat perkara terkutuk dengan budak kecik, umur 12 tahun.

Lelaki ini adalah kenalan lama, sejak dari kecil. Sehingga ibu percaya. Remaja ni pun percaya dan jatuh suka.

Bila sering bersama, gurau senda sehingga terjadi perkara terlarang. Sekali takde apa, remaja ingat itu cuma main pondok pondok. Game yang menyeronokkan. Berulang berkali ketika umur 12 tahun. Berlarutan hingga usia 13 tahun. Last sebelum puasa.

Lepas raya mengadu sakit perut. Emak bawa ke klinik. Buat scan, ada kantung. Sekarang sudah 10 minggu kandungan.

Lelaki berkenaan sudah ditahan atas pengakuan sendiri. Remaja 13 tahun ni terpaksa berhenti sekolah.

Dalam laporan polis remaja sendiri mengakui buat dengan boyfren , suka sama suka. Entah apa dalam fikiran remaja ini menganggap lelaki seusia bapa sebagai boyfren. Mungkin miskin kasih sayang dari bapa maka terbuai dengan lelaki yang beri perhatian, padahal lelaki ni grooming sehingga emak hilang rasa berjaga jaga.

Dan cabaran menyantuni remaja mengandung pun bukan mudah. Sedangkan demam pun menangis, merengek minta emak teman, inikan pulak menghadap morning sickness. Makan tak lalu, tekak loya dan muntah muntah. Moga menjadi pengajaran dan pelajaran untuk menjaga diri selepas selamat melahirkan anak. Games yang mendatang musibah kepada diri sendiri.

Moga kisah ini menjadi iktibar untuk ibu ibu diluar sana , jangan pernah hilang rasa berjaga jaga terhadap anak perempuan , tidak kira masih kecik atau remaja walau dengan siapa pun.

Yang menulis ,

Mak Liza
 
Back
Top
Log in Register