BTC USD 28,346.9 Gold USD 1,997.78
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cara Jawab Azan Untuk Semua Waktu Solat & Waktu Subuh

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
41,364
Top Poster #5
Joined
Nov 23, 2012
Messages
41,364
Reaction score
5,111
Points
516
Awards
1

Cara jawab azan

Apabila kita mendengar seruan azan dilaungkan maka sunat untuk kita menjawab. Cara menjawab seruan azan ialah mengikut atau ulang secara perlahan-lahan apa yang dilaungkan oleh muazzin dalam azan tersebut kecuali beberapa kalimah tertentu. Berikut ialah cara untuk menjawab azan dalam bentuk visual yang lebih mudah difahami;
1671695468362.png

1671695507394.png

Cara Jawab Azan Subuh

Seperti yang dimaklumkan di atas tadi, azan Subuh ada kalimah tambahan yang bertujuan mengingatkan umat Islam yang sedar tidur supaya bangkit dan bangun mendirikan solat. Azan subuh yang dilaungkan mengandungi kalimah ini;
1671695520442.png

Untuk lafaz khusus solat Subuh ini, maka anda perlu menjawab seperti berikut;
1671695535965.png

Cara Jawab Iqamah / Iqamat

Ada orang eja iqamah, ada orang mengeja dengan ejaan iqamat. Kedua-duanya sama sahaja. Berikut ialah cara untuk menjawab iqamah / iqamat dalam bentuk visual:
1671695562052.png

Apa maksud azan?

Azan ialah seruan panggilan yang menandakan telah masuk waktu untuk melakukan solat yang dilakukan oleh muazzin atau bilal (orang yang melaungkan seruan azan). Azan hanya boleh dilakukan oleh lelaki sahaja dan bukan perempuan dan kaedah azan adalah dilaunkan dengan lafaz-lafaz dan nada tertentu.

Perkara Sunat Yang Di Lakukan Sebelum Melaungkan Azan

  1. Berwudhu’.
  2. Menghadap kiblat.
  3. Berdiri sewaktu melaungkan azan.
  4. Dilakukan di tempat yang tinggi agar mudah didengari oleh semua.
  5. Mengeluarkan suara yang nyaring.

Lafaz & Ejaan Azan Dalam Rumi

Jika anda tidak mahir Bahasa Arab, anda boleh jawab azan seperti bacaan rumi di bawah. Berikut ialah bacaan azan dalam rumi:
  • Allahu Akbar, Allahu akbar
  • Ashhadualla ilaha illallah
  • Ashaduannamuhammadar rasulullah
  • Haiyya ‘alas solah
  • Haiyya ‘alal falah
  • Allahu akbar, Allahu akbar
  • Laa ilaha illallah

Maksud Laungan Azan

Berikut pula ialah maksud laungan azan oleh muazzin;
  • Allah Maha Besar, Allah Maha Besar
  • Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan selain Allah
  • Aku naik saksi bawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah
  • Marilah kita bersolat
  • Marilah kita menuju kejayaan
  • Allah Maha Besar, Allah Maha Besar
  • Tiada Tuhan Melainkan Allah

Cara Jawab & Lafaz Azan Dalam Rumi

Kepada anda yang masih tidak faham tentang kaedah menjawab azan yang betul, lihat jadual yang kami sediakan di bawah:
Lafaz Azan
Lafaz Jawab Azan
Allahu Akbar, Allahu akbar
Allahu Akbar, Allahu akbar
Ashadualla ilaha illallah
Ashadualla ilaha illallah
Ashaduannamuhammadar rasulullah
Ashaduannamuhammadar rasulullah
Haiyya ‘alas solah
Laa haula wa laa quwwata illaa billaah
Haiyya ‘alal falah
Laa haula wa laa quwwata illaa billaah
Allahu akbar, Allahu akbar
Allahu akbar, Allahu akbar
Laa ilaha illallah
Laa ilaha illallah

Bacaan Doa Selepas Muazzin Selesai Melaungkan Szan

Berikut ialah doa selepas azan yang sunat dibaca;
1671695604294.png

Maksud Doa Selepas Azan - Bacaan doa selepas azan dalam rumi;
Allahumma rabba hazihid da’ watittamah.
Wassolatil qaimah.
Ati saiyidana Muhammadanil wasilata wal fadhilah.
Wassyarafa waddarajatal ‘aliatar rafi’ah.
Wab’athhul maqamal mahmudal lazi wa’adtah. Innaka laatukhliful mi’ad.


Makna Doa Selepas Azan
“Ya Allah, Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan. Kurniakanlah kepada Nabi Muhammad ﷺ Kedudukan yang tinggi dan terpuji Yang telah engkau telah janjikan. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji”
 
Top
Log in Register